Thursday, 28 August 2014

Yes! Malam ni berjaya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni berjaya juga berjaga malam.. Dah nak cuba 2, 3 malam yang lepas.. Tapi malangnya tak sampai pukul 11, dah lelap.. Malam ni usaha lebih sikit dengan minta isteri kacaukan kopi.. Terus mata segar.. Kenapa nak berjaga? Kalau sebelum ni sebab nak study dan siapkan assignment.. Tapi semua tu dah merdeka untuk Semester 3.. Semester 4 belum start.. Jadi boleh 'main-main' dulu..

Sebenarnya ada benda yang perlu disiapkan secara online.. Plan nak buat kat office tapi setiap kali nak cuba buat, setiap kali tu la tak sempat.. Masa sangat singkat sekarang.. So kena la buat di rumah dan waktu tengahmalam.. Kalau awal malam, Eraz akan sibukkan diri melayan Zara Faleesya.. Ya la, seharian dah kerja, tak boleh nak main dengan dia.. So selagi Zara tak tidur, main la sampai dia tertidur.. Nikmatnya melihat anak membesar depan mata..

Apa-apa pun, alhamdulillah, siap juga buat apa yang nak dibuat tu.. Submit!! Tertangguh selama beberapa hari.. Fuh!! Hehe.. By the way, korang tahu kan kenapa gambar burung hantu yang menjadi pilihan? 

#Tiba-tiba mata dah mengantuk.. Kesan kopi dah habis kot..

6 comments:

  1. hahahah dah tak berjaya lettew..... ok gudnite ~

    ReplyDelete
  2. kenapa gambar burung hantu jadi pilihan ?? karena aktif di malam hari. nokturnal..hehe

    ReplyDelete
  3. burung hantu berjaga mlm ehe

    ReplyDelete
  4. Berjaga malam ibarat burung antu. Bg ana kopi bukan untuk tahan ngantuk, tapi kopi bagaikan ubat tidur. Hehe..ade paham? :D

    ReplyDelete
  5. Hehe..kathy klu da ngantuk minum kopi pun tak jalan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.