Saturday, 23 August 2014

Suntikan Imunisasi Zara 1 Tahun

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang birthday Zara dah lepas kan.. So maknanya Zara sepatutnya dah kena suntik untuk umur setahun.. Tapi sehingga ke hari ini, masih belum lagi.. Dah rujuk doktor tentang hal ni.. Doktor kata tak de masalah sebab untuk dapatkan suntikan tu, bayi kena sihat..

Nak dijadikan cerita, birthday Zara hampir sangat hari Raya Aidilfitri.. Jadi kami terpaksa tangguhkan ke selepas hari Raya sebab beraya di Terengganu.. Bila balik je Terengganu, Zara mula 'buat hal' satu persatu.. Ada ketika di panas macam nak demam.. Mungkin sebab dia bergaul dengan baby lain di nursery.. Terpaksa tangguh..

Lepas tu, macam selesema.. Juga berjangkit dengan kawan nursery.. Lepas tu dia macam dijangkiti sakit mata.. Tapi tak sempat serius sebab cepat bawa pergi jumpa doktor.. Jadi sempat selamatkan.. Then, sehari dua pulak, Zara kena ulser mulut pulak.. Adoi.. Mencabar sungguh menjadi Zara lepas raya ni.. Kesian dia.. 

Jadi sekarang ni nampaknya dah makin ok, dah plannya dalam minggu akan bawa Zara ke klinik untuk dapatkan suntikan.. Selalu orang cerita, suntikan setahun ni akan demam.. Harapnya Zara akan ok.. Insyaallah.. Harapnya takde halangan lagi..

#Orang tua-tua kata, bayi ni macam tahu nak kena suntik, sebab tu demam je memanjang.. Hehe..

Sumber : Google

5 comments:

  1. tak suka kena suntik. tak best.

    ReplyDelete
  2. Hmmm... Kdg² demam kdg² tak..

    ReplyDelete
  3. husna dah besar pon takut jarum lg.. zara jgn nangis ye..:)

    ReplyDelete
  4. Hehehe Zara kena suntik laaa..keciann Zara

    ReplyDelete
  5. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.