Sunday, 31 August 2014

Penterjemahan Kemerdekaan


Assalamualaikum w.b.t..

Entri sempena Hari Kemerdekaan 2014

"KEMERDEKAAN" tanahair yang diterjemahan dalam seni lukisan..

Terharu mengenangkan perjuang-pejuang negara yang telah pergi dahulu berjuang demi nama "Malaysia"

Komen anda?

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1 | 2 | 3

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1 | 2 | 3

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1 | 2 | 3 - Assalamualaikum w.b.t.. Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna akan menggantikan drama Rindu Awak 200% di Slot Akasia mulai Selasa ini.. Dan yang pasti, ianya drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel tulisan Acik Lana iaitu ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’.. Antara pelakonnya ialah Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura dan Ika Nabila.. Jom baca serba sedikit sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1, 2 dan 3..

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1 - Mengisahkan tentang dua hati yang mencari satu cinta.. Luqman seorang graduan luar negara, bekerja sebagai pengawal peribadi Melina dalam mengawal setiap langkah Melina atas permintaan orang tuanya..

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 2 - Datin Maziah mengadu kepada anak lelakinya, Heykal yang belajar di Melbourne Australia tentang perangai Melina yang semakin teruk.. Heykal hanya meminta Datin Maziah bersabar..

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 3 - Melina terus ke kelab malam itu dan mabuk lagi.. Apabila dihantar balik oleh Hariz, dia ditanya macam-macam oleh Dato' Zakri.. Melina terus menjawab.. Datuk Zakri hilang sabar dan terus menampar Melina..

Kepada peminat buku novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna, jom layan Maaf Jika Aku Tak Sempurna Episode 1, 2 dan 3 !

Hasil aktiviti mencangkul


Assalamualaikum w.b.t.. Itulah di antara hasil aktiviti mencangkul semalam.. Walaupun peluh bertitik bagai hujan (over perumpamaan), tapi tetap Eraz teruskan aktiviti mencangkul di kawasan depan rumah tanpa sedar akan apa yang berlaku pada tangan.. Tapi tak pe, itu sikit je.. Dalam pada mencangkul tadi, kenapa Eraz teruskan juga walaupun dah penat? Sebab tiba-tiba terbayang akan orang-orang tua terutama di kampung yang mana walaupun dah tua, masih mampu bekerja di tengah panas mencari rezeki..

Takkan kita yang muda ni tak boleh kan.. Dalam pada letih, ada benda positifnya.. Antaranya badan akan menjadi lebih sihat.. Betul tak? Macam senaman la.. Rumah pun bersih.. Hati pun senang.. Ala.. Melecur di atas tu sikit je.. Orang lain yang memang mencari rezeki dengan aktiviti tu, maybe teruk lagi kan.. Ala-ala pesanan khidmat masyarakat la pulak.. Hehe.. Wassalam..

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Assalamualaikum w.b.t.. Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Waaaaa.. Tak kan korang tak tahu mana datangnya ayat tu.. Itu tema Hari Merdeka yang ke 57 tahun ni, 2014.. Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Cinta akan Malaysia memang perlu dipupuk dari kecil.. Barulah bila dia besar nanti, ada semangat patriotik dalam diri.. Korang rasa budak-budak kecil or remaja di zaman sekarang, ramai tak yang patriotik? No komen.. Tapi, tahniah kepada mereka yang ada sifat tu..

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Selamat Hari Merdeka !!!


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi-pagi hari ni, Eraz nak wish kat korang semua, Selamat Hari Merdeka yang ke 57.. Alhamdulillah, negara kita bebas dari dijajah dan doakan ianya akan begini sampai ke bila-bila.. Dalam banyak-banyak lagu Merdeka, yang masih bermain dalam kepala Eraz ni ialah Keranamu Malaysia.. Dah macam berhantu dah lagu tu.. Bila dengar, memang menaikkan semangat.. Rasanya sepanjang berada di USM dulu, tiap-tiap tahun nyanyi lagu ni bila join Ambang Merdeka di DTSP.. Hehe..

Selamat Hari Merdeka !!!

Kerja Gila Fara .. Satu Malam Di Shanghai

Assalamualaikum w.b.t.. Kerja Gila Fara .. Satu Malam Di Shanghai.. Siaran di TV9.. Kenapa Eraz tengok? Antaranya sebab Fara ada buat review tentang konsert Shila Amzah di Shanghai.. Giler ramai orang dalam stadium tu.. Kira Shila Amzah ni ada nama juga la kat sana.. Kalau tak, camne boleh penuh kan..

Tup tup dalam pada Fara duduk bercakap sorang-sorang, muncul lagi seorang artis dalam tu untuk pergi ke Konsert Shila Amzah.. Siapa? Jihan Muse la.. Memang bertambah gamat la rancangan tu.. Jujurnya jarang tengok TV9 kecuali ada rancangan yang berjaya menarik perhatian..

#Asian Wave Season 2 tak de ke? Mana la tahu, orang Malaysia lagi yang menang lepas Shila Amzah..

Saturday, 30 August 2014

Banyak baik daripada buruk

Assalamualaikum w.b.t.. Banyak baik daripada buruk.. Eraz nak cakap pasal Facebook.. Kan sebelum ni ada ura-ura nak tutup Facebook di Malaysia.. Semalam adik ipar Eraz ade ke satu festival di Kota Bharu yang menghimpunkan golongan rakyat Malaysia yang membuat perniagaan secara online.. Ramai juga yang menggunakan platform Facebook.. Jadi bayang bagaimana mereka nak mencari rezeki jika Facebook di tutup.. Cari kerja yang secure, sangat susah sekarang..

Apa-apa pun, dirasakan Facebook tak akan ditutup sebab mungkin ada banyak baiknya daripada buruk.. Jangan disebabkan sebilangan kecil yang salah guna, yang lain terkesan sama..

Hanis Zalikha Bertudung di Mydin Kubang Kerian


Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasenya entri blog erazfadli.com ni tak de cerita sal artis.. Tapi petang ni nak buat entri pasal Hanis Zalikha.. Kenapa? Sebabnya tengok saje penampilan Hanis Zalikha dalam gambar di atas.. Gambar di atas diambil oleh adik ipar Eraz, Farah Alias semasa di berkunjung ke Mydin Kubang Kerian Kelantan tadi.. Apa komen anda bila Hanis Zalikha bertudung.. Lain kan wajahnya.. Lebih berseri-seri..

Apa-apa pun, nampak macam ada hadiah yang diberikan pada Hanis Zalikha daripada Farah Alias.. Itu hasil kreatif dia dalam businessnya.. Siapa-siapa nak tempah bantal mengikut idea design sendiri, boleh rujuk entri INI.. Eraz pernah buat entri tentangnya.. Wassalam..

Zara, Papa lenguh pun takpe ..

Assalamualaikum w.b.t.. Macam-macam cara Zara boleh tidur.. Tapi tak susah.. Letak atas tilam pun dia boleh tidur.. Kalau dia nak manja sikit, mulakan dengan meriba.. Kalau dia manja plus main, macam dalam gambar kat bawah la.. Kat tengah kaki papa juga dia nak tidur sambil tengok tv.. Papa lenguh pinggang pun tak pe la.. Janji Zara selesa..

Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah !


Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi dengan ayat 'Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah' tu? Itu ayat yang dikeluarkan oleh Vince semasa menang AF1 dulu dulu kala.. Tahun berapa agaknya tu.. Kenapa timbul ayat, 'Kiter Semua Pemenang, Tiada Pengalah' untuk entri ni? Sebabnya Eraz rasa macam nak bercerita dengan perkataan 'mengalah'..

Sejak semalam, ada satu isu yang Eraz sedang usahakan supaya penghujungnya baik.. Melibatkan hal kerja.. Ada segelintir yang dapat tahu akan ada salah faham yang berlaku.. Tup-tup tanpa datang berbincang or apa-apa, terus beritahu nak tarik diri tanpa fikir apa-apa.. Kita ada masa depan la.. Jangan kita bertindak tergesa-gesa sekarang, tapi di masa akan datang akan menyesal.. Nak ke camtu?

Yes, bila melibatkan duit dan masa, memang susah.. Tapi kalau betul kita atur dengan baik, insyallah, Allah akan tolong.. Usaha kan tangga kejayaan.. So pada sesiapa yang baca entri ini, janganlah mudah mengalah.. Kita tak tahu yang kita berusaha gigih sekarang sampaikan stress, sakit kepala dan lain lain ni akan ada hasilnya di masa akan datang.. Betul tak?

My AirAsia Free Seats !

My AirAsia Free Seats !
My AirAsia Free Seats

My AirAsia Free Seats | Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi semua.. Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia, saya akan ke Langkawi dan akan membawa semestinya Zara Faleesya dan isteri tersayang.. Selain daripada itu, akan turut sama membawa kedua Ma dan Abah serta ibu mertua.. Empat lagi tempat kosong akan Eraz isikan dengan adik-adik tersayang.. Seorang adik kandung dan tiga orang adik ipar.. Ia seolah-olah akan menjadi satu percutian keluarga yang sangat indah.. Alangkah bahagianya kalau pihak Air Asia memberikan peluang ini..

Kenapa memilih Langkawi? Satunya sebab Eraz sendiri belum lagi berpeluang ke Langkawi.. Kehidupan kami sekeluarga di masa kecil sangat susah kerana hanyalah orang kampung.. Dan setelah bertungkus lumus belajar dan ke menara gading, alhamdulillah mendapat kerja, tetapi sangat sibuk dengan komitmen kerja.. Selain daripada itu, sebenarnya sudah lam tidak bercuti selepas isteri melahirkan anak pertama.. So, inilah peluangnya..

Langkawi sebenarnya boleh sampai dengan menaik kereta.. Akan tetapi, dengan Air Asia memperkenalkan My AirAsia Free Seats, inilah masanya nak beri pengalaman indah kepada ahli keluarga yang masih belum merasa menaiki kapal terbang.. Keselesaan dan keseronokan menaiki kapal terbang  menerusi Air Asia harus dikongsikan dengan keluarga tersayang.. Kalau dengan kereta, kami terpaksa konvoi sehingga tida buah kereta.. Tetapi dengan kempen My AirAsia Free Seats, kami boleh berkumpul di sepanjang perjalanan.. Alhamdulillah.. Percutian akan menjadi lebih bermakna..

Langkawi.. Eraz memang teringin ke luar negara dan pilihan pertama ialah Korea kerana Eraz sendiri sememangnya kagum dengan keindahan Korea serta ingin beri pengalaman indah kepada diri sendiri dan keluarga tersayang.. Tetapi dalam masa yang sama, Eraz ingin dulu pergi Langkawi kerana kenapa mahu ke luar negara sedangkan di negara sendiri pun belum habis dijelajah..





Sumber Gambar : Google

Tengok sahajalah keindahan gambar di atas, siapa yang tidak terpikat.. Dari mata turun ke hati.. Dengar sahaja nama tempat seperti Telaga Air Hangat, Makam Mahsuri, Masjid Al-Hana dan Pulau Dayang Bunting, kita secara jelasnya akan teringat akan sejarah-sejarahnya.. Bagi anak isteri dan keluarga, Eraz pasti bawa mereka juga ke Aquabeat, Underwater World  dan Dataran Lang/Taman Lagenda untuk merasakan pengalaman di Langkawi..

Insyaallah, dengan kempen My AirAsia Free Seats, semoga impian Eraz sekeluarga akan tercapai dan juga Eraz sarankan kepada semua yang membuat, ambillah peluang kempen My AirAsia Free Seats untuk mendapatkan tiket anda bersama keluarga.. Peluang keemasan..


Friday, 29 August 2014

Kids Learning Carpet untuk Zara


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, sampai je office pagi tadi, ternampak bungkusan atas meja.. Ada dua.. Satu untuk Zara, satu untuk Mama.. Apa untuk Zara? Benda yang dalam gambar di atas.. Masa order tulis Kids Learning Carpet .. Tapi di kotak ni Game Learning Blanket.. Sama je tu.. 2 kali 5.. So, masa untuk Zara ber'learning2'.. Haha.. Bila umur dah setahun lebih ni, banyak benda baru yang dia kena dan nak belajar.. Yang tak tahan, dah berani bangun untuk berdiri dan lepas tangan.. Kononya nak berdiri dengan sendirinya.. Kita yang terlebih risau.. 

Hasil kreatif Zara masa tidur ..


Assalamualaikum w.b.t.. Nampak tak apa yang ada di pipi Zara? Haha.. Itulah hasil kreatif Zara masa tidur.. Tiba-tiba je bangun pagi, tengok dah ada segaris luka di pipi.. Panjang pulak tu.. Mungkin Zara mimpi pelik-pelik kot.. Tapi dia tak de menangis pun lepas kena tu.. Kira cool la.. Tapi tak pe Zara, sehari dua je tu.. Nanti hilang la.. Baby memang cepat hilang kesan luka.. Dah lama tak de calar kat muka.. Tapi yang last tu sebab kawan nursery yang cakar.. Hehe..

Usaha, Doa, Tawakal


Assalamualaikum w.b.t.. Ini hasil dari perkongsian di Whatsapp.. Try juga la share dengan pembaca blog ni.. Selalunya kita cakap Usaha, Doa, Tawakal.. Tapi dalam gambar di atas ada carta alir penambahan.. Ada bagus juga ni.. Apa-apa pun, positif dan teruskan usaha.. Kalau siapa-siapa baca tentang pengalaman orang yang berjaya, ramai daripada mereka memang bermula dari susah.. Kesusahan tu yang mendorong kejayaan mereka.. Jadi kita? Insyaallah.. 

29 Ogos ke 1 September | Astro Percuma Untuk 3 Hari


Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi tak Ahad lepas, siaran Astro bermasalah? Ahad lepas Eraz kerja.. Balik je dari kerja, nampak TV tak on.. Tanye wife sebab dia sampai dulu.. Katanya tak de siaran.. Seolah-olah macam hujan.. Tapi kat luar macam ok je.. Tak de pun hujan.. Angin ribut pun tak.. Masa tu channel Astro Mustika ok rasanya.. Tapi TV3, Astro Ria, tak boleh..

Nak report ke? Biarlah dulu.. Astro dalam proses upgrade sistem kot.. Tup tup, malamnya macam ok dah.. So belek-belek kat FB, memang bukan kat sini je.. Boleh kata seluruh Malaysia rupanya ada masalah.. So! Memang ada terdengar yang Astro akan buka semua channel secara percuma sebagai ganti.. Tup-tup rupanya hujung minggu ni.. So baca ni..

Bermula 29 September 2014, Pukul 6.00 Petang sehingga 1 September 2014,  Pukul 11.59 malam, Astro akan beri siaran percuma untuk semua.. Bagi Eraz, tak de effect sangat kot sebab tak tengok TV sangat.. Channel yang ada sekarang pun tak habis nak tengok.. Apa-apa pun, enjoy!!

Thursday, 28 August 2014

Hati berdebar ..

Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya berjaya dapatkan suntikan bagi umur setahun untuk Zara Faleesya lepas ada beberapa halangan masalah kesihatan.. Zara berdebar, mama papa pun berdebar.. Harapnya Zara tak demam sebab ada sesetengah budak, demam.. Tapi suntikan sebelum-sebelum ini, ok je.. Cool Zara cool.. Anak papa mesti kuat!!

Zara selfie lagi ??


Assalamualaikum w.b.t..

"Papa, Zara nak pinjam handphone.. Nak selfie! Peace.."

Itulah ibaratnya Zara cakap sebab Zara bukan boleh cakap pun lagi kan.. Biasa la budak-budak, memang tak boleh tengok handphone.. Nak main je.. Tapi bila masa nak ambil gambar, pandai pulak dia tengok kamera.. Hehe..

Cuti .. Yeah !!


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni Eraz ambil cuti ganti yang berlambak dan sentiasa duk hangus je tu.. Cuti ganti boleh hangus, bayangkan Annual Leave.. Camne? Tahu kan jawapan.. Selain dari cuti nak berehat, as usual, Eraz akan jaga Zara di rumah.. Zara pun cuti dari pergi ke Nursery.. Haha..

Dan, kami ambil kesempatan nak bawa Zara p klinik untuk dapatkan suntikan setahun walaupun dah lebih umur setahun.. Sebabnya Zara baru ok.. Sebelum asyik ada halangan je.. Apa halangannya? Boleh baca SINI.. Isteri? Dia kerja hari ni sebab dia akan cuti Jumaat Sabtu, Eraz kerja lak Jumaat Sabtu.. Hehe.. Walaupun dia kerja hari ni, dia masih minta izin dengan bosnya untuk keluar sekejap ke klinik.. Ala-ala bagi support kat Zara untuk dapat suntikan la.. Haha..

#Harapnya Zara tak demam

Kerana 'Ladki Badi Anjani Hai'


Assalamualaikum w.b.t.. Kerana lagu 'Ladki Badi Anjani Hai' dari filem 'Kuch Kuch Hota Hai' yang Eraz dengar di HotFM Kelate semasa balik kerja tadi, terus dalam hati rasa nak tengok Kuch Kuch Hota Hai.. Eh! Peminat hindustan ke? Tak de la.. Bukan tegar.. Dulu-dulu masa sekolah menengah, tengok la juga.. Sekarang? Tak pun.. Pelakon-pelakon sekarang, memang tak kenal langsung.. Muka pun dah tak nampak hindustan dah.. Berbeza dari dulu..

Tapi isteri Eraz memang peminat tegar hindustan.. Bukan setakat dia, adik-adik dia pun sama.. Zara? Harapnya ikut papa dia la.. Papanya kPop.. Satu ketika dulu la.. Pun dah tinggalkan lama.. Haha.. Apa-apa pun serius, bila dengar je lagu 'Ladki Badi Anjani Hai' di HotFM Kelate tu, terus rasa nak tengok filem 'Kuch Kuch Hota Hai' ni.. Suatu ketika dulu, femes giler kan filem ni.. Masa tu Eraz Form 3 kot.. Malaysia pun tengah gilakan hindustan.. Tapi sekarang? Hehe..

#Dalam kereta semasa nak ke rumah mertua tadi, tiba-tiba beritahu isteri, "B rase nak tengok Kuch Kuch Hota Hai la.." Uik! Terkejut dia.. Hehe.. Lalu cerita la kenapa.. The End.. Wassalam..

Yes! Malam ni berjaya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni berjaya juga berjaga malam.. Dah nak cuba 2, 3 malam yang lepas.. Tapi malangnya tak sampai pukul 11, dah lelap.. Malam ni usaha lebih sikit dengan minta isteri kacaukan kopi.. Terus mata segar.. Kenapa nak berjaga? Kalau sebelum ni sebab nak study dan siapkan assignment.. Tapi semua tu dah merdeka untuk Semester 3.. Semester 4 belum start.. Jadi boleh 'main-main' dulu..

Sebenarnya ada benda yang perlu disiapkan secara online.. Plan nak buat kat office tapi setiap kali nak cuba buat, setiap kali tu la tak sempat.. Masa sangat singkat sekarang.. So kena la buat di rumah dan waktu tengahmalam.. Kalau awal malam, Eraz akan sibukkan diri melayan Zara Faleesya.. Ya la, seharian dah kerja, tak boleh nak main dengan dia.. So selagi Zara tak tidur, main la sampai dia tertidur.. Nikmatnya melihat anak membesar depan mata..

Apa-apa pun, alhamdulillah, siap juga buat apa yang nak dibuat tu.. Submit!! Tertangguh selama beberapa hari.. Fuh!! Hehe.. By the way, korang tahu kan kenapa gambar burung hantu yang menjadi pilihan? 

#Tiba-tiba mata dah mengantuk.. Kesan kopi dah habis kot..

Bila Zara asyik nak main je ..

Assalamualaikum w.b.t.. Bila Zara asyik nak main, memang tak kenal erti letih.. Balik dari nursery, tak tidur pun lagi.. Dari tadi duk main.. Tapi dalam pukul 7.30 pm tadi, sempat berhenti makan sekejap sebelum sambung main lagi.. Tengok saje lah dia main dram berwarna warni plus ada bunyi tu.. Sampai terjatuh golek golek pun tak pe.. Janji boleh main..

#Esok Zara nak pergi klinik!! Kenapa? Hehe..

Kids Learning Carpet


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak survey Kids Learning Carpet untuk Zara.. Bila dah masuk umur setahun lebih ni, rasanya Zara dah perlukan beberapa sesuatu untuk dia belajar.. Zara pun nampaknya suka benda-benda macam buku ni.. Rasanya banyak dipasaran sekarang Kids Learning Carpet.. Nak cuba cari yang bagus dan harga yang bagus juga la kan.. Korang pernah beli Kids Learning Carpet ni? Selalu kalau beli online, kat mana? Kongsi-kongsi..

Tuesday, 26 August 2014

Ice Bucket Challenge #IceBucketChallenge

Assalamualaikum w.b.t.. Ice Bucket Challenge.. Baru hari ni tahu pasal ni.. Orang lain maybe dah tahu lama dan mungkin dah cuba.. Tapi malangnya Eraz baru tahu malam ni.. Jujur.. Kesian kan.. Hehe.. Apa-apa pun terus nak google pasal Ice Bucket Challenge ni.. Kalau bukak wikipedia, ini hasilnya..

Ice Bucket Challenge, sometimes called the ALS Ice Bucket Challenge, is an activity involving dumping a bucket of ice water on someone's head to promote awareness of the disease amyotrophic lateral sclerosis (ALS) and encourage donations to research. It went viral throughout social media during mid 2014. In the UK, people participate in the challenge for the Motor Neurone Disease Association.

Lagi info, insyaallah Eraz sharekan lagi nanti..

Bila ERAZ FADLI jadi Photographer ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni ada majlis hari raya di pejabat.. Kecil-kecilan sahaja.. Hanya untuk staf dan keluarga.. So kena la jadi photographer yang amatur.. Malangnya bila dah jadi photographer, gambar sendiri memang susah la nak ada.. Kena suruh orang snap, baru la ada.. Betul tak? Tidak pun, kena selfie.. Itu la nasih seorang photographer..

Isteri Eraz dan Zara pun datang tadi.. Tapi dah balik dah sebab isteri Eraz kena masuk office semula.. Datang lunch break sahaja.. Zara pun kena turut serta pergi nursery semula la.. Gambar dengan Zara? Haha.. Kejap nak tengok dulu ada ke tak.. Hehe..

#MasaDepan


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

Monday, 25 August 2014

Ice Cream buatan sendiri ..


Assalamualaikum w.b.t.. Tak pernah terfikir nak buat ice cream sendiri.. Ingat macam susah.. So beli je la kat kedai.. Kan senang.. Tapi tiba-tiba pada suatu hari tu, wife minta tolong belikan beberapa bahan masa in the way balik kerja.. Dia tak dapat singgah kedai sebab pergi ambil Zara kat nursery.. Tanya nak buat apa kan.. Katanya suprise.. Hehe..

So malam tu, masa Eraz duk main-main dengan Zara di depan TV, dia duduk sorang-sorang di dapur menghasilkan sesuatu yang suprise tu la.. Dia tahu Eraz suka makan ice cream, so dia cuba untuk hasilkan ice cream sendiri.. Ada oreo lagi tu.. Dan hasilnya, alhamdulillah.. Sedap.. Menjadi juga.. Kira pandai la.. So lepas ni, boleh la buat lagi ya.. Hehe.. Korang pernah cuba?

Selfie | Disebalik cahaya


Assalamualaikum w.b.t.. Ini namanya tak de kerja.. Bila tak de kerja, nampak sesuatu yang menarik, try la selfie.. Masa ni petang nak balik kerja.. Kat parking kereta pun boleh.. Try sekeping gambar.. Selfie la apa lagi.. Test ok ke tak.. Tup-tup tengok, not bad juga dengan ada cahaya dibelakang.. So, boleh la share sedikit sebanyak kat blog.. Haha.. Jangan muak tengok muka tu ya.. Ya la, asyik upload gambar Zara je, papanya pun nak la interframe juga.. Haha..

Kerusi makan untuk Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah pandai duduk sendiri ni, kami cuba letak di kerusi baby kalau makan di luar.. Alhamdulillah, Zara boleh duduk maksudnya Zara tak de la duduk atas riba je masa kami menjamu selera kan.. Ada plan dalam kepada nak belikan untuk Zara kerusi baby ni.. Tapi nak beli yang diperbuat daripada kayu.. Tapi belum sempat singgah kedai lagi untuk tengok..

Sebenarnya, bila kita letak baby dalam tu, secara tak langsung boleh mengajar dia berdikari dan juga maybe berdisiplin semasa makan.. Ajaran dari kecil ni sangat penting yang mana mungkin boleh membentuk dirinya bila dan besar sikit nanti.. Tambah lagi, boleh la makan dengan selesa kan.. 

Pada pendapat korang, patut ke belikan kerusi baby ni untuk diletakkan di rumah?

Rindu Awak 200% Episode 24 | 25 | 26 | 27

Rindu Awak 200% Episode 24 | 25 | 26 | 27

Rindu Awak 200% Episode 24 | 25 | 26 | 27 - Assalamualaikum w.b.t.. Kalau minggu lepas, mereka telah pergi berbulan madu dan konflik bila berjumpa dengan rakan sekerja Faezrul, jadi minggu ni, jom baca serba sedikit sinopsis drama Rindu Awak 200% Episode 24, 25, 26 dan 27..

Rindu Awak 200% Episode 24 - Faezrul, Armel dan Irene makan bersama-sama.. Irene kelihatan kecewa apabila Faezrul banyak mengekspresikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada Armel..

Rindu Awak 200% Episode 25 - Faezrul terserempak dengan Irene yang penuh dengan luka-luka dibadannya.. Faezrul terkeju bila Irene memberitahu yang dia telah dibelasah oleh teman lelakinya kerana mahu memeluk islam..

Rindu Awak 200% Episode 26 - Apabila Faezrul cuti, dia menggunakan kesempatan untuk membantu Armel menguruskan bisnes onlinenya itu.. Namun, Irene pula tidak sudah-sudah menelefon mengajaknya berjumpa..

Rindu Awak 200% Episode 27 - Faezrul bengang kerana Armel begitu mudahpercayakan kata-kata Irene dan terus-terusan meraguinya.. Armel pula terkilan kerana Faezrul merahsiakan segala-galanya darinya selama ini..

Kepada peminat drama Rindu Awak 200%, jom layan Rindu Awak 200% Episode24, 25, 26 dan 27 !

Sunday, 24 August 2014

Merdeka !!!


Assalamualaikum w.b.t.. Merdeka!! Hanya untuk Semester 3 la.. Pertengahan bulan September ni akan masuk ke Semester 4 dah.. Rasa macam sekejap je.. Dah masuk ke Semester 4.. Alhamdulillah, setakat ini, belum ada rasa nak give up ke, nak tangguh ke.. Assignment, case study, final exam, semua dah dilalui dengan baik..

Pernah letak target nak dapatkan Master sebelum umur 30.. Tapi dah tertulis oleh Allah yang Eraz diberi peluang sambung di umur 30 bukan sebelum umur 30.. Dapat pula, masa dah kahwin dan ada anak.. Lagi la banyak cabaran kan.. 

Tak kisah, janji dapat capai impian.. Ramai yang kata, apa guna dapat master kan.. Bukan boleh guna pun.. Tak kisah la apa orang nak kata, janji diri sendiri tu nak.. Sekarang mungkin tak nampak.. Esok lusa, kita tak tahu.. Baik 'penat' sekarang sebab lepas ni, kita tak tahu kan..

#Doakan semoga Eraz dapat complete kan program MBA ni awal tahun depan.. Amin..

Tengok pun dah seriau !


Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin dah ada yang dah tengok video ni, dan mungkin ada yang belum.. Sanggup ke korang buat kerja macam ni? Selfie di puncak bangunan mencakar langit.. Fuh! Kalau tengok video, dah rasa seriau.. Nak jatuh je rasa.. Tak tahu la kalau-kalau kena naik macam diaorang ni.. Memang kerja giler la.. Mungkin ini untuk kepuasan mereka kot.. Jom tengok video di bawah :

Tergamaknya anda ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak buat pesana khidmat masyarat sekali lagi.. Kali ni masih lagi tentang pembuangan sampah merata-rata.. Gambar di atas Eraz snap di stesen minyak petronas di Kota Bharu.. Memang tak dinafikan, ramai orang suka membuang sampah merata.. Kalau kat stesen minyak, salah satunya kat tempat mengisi angin tayar kereta.. Jom baca :

"Tergamaknya anda membuang sampah di merata tempat, sedangkan tong sampah anda berhampiran dengan anda.. Amalkan sikap mulia dan terpuji.. Jagalah kebersihan sekitar stesen.."

Mungkin sesiapa yang berkenaan tu silalah malu dengan diri sendiri.. Tak kan tak boleh faham apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas kan.. Dah banyak tanda seruan tu, orang marah la tu.. Tak kan orang tak marah kalau buang sampah merata-rata kan..

Kalau Dulu #3 | Zara & TV


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau dulu, bangun pagi-pagi, mandikan Zara dan lepas tu, Zara mesti duduk berhampiran kami or dalam bilik bersama.. Maksudnya tak boleh tak de depan mata la.. Tapi sekarang, dah berbeza..

Bila dia dah besar, lepas je siapkan dia, dah tak perlu ada berhampiran kami.. On je TV, Channel 106 Indahnya Iman tu (rekod siap-siap) letak je Zara depan tv.. Dia akan stay kat situ sampai la kami siap.. Alhamdulillah, dah besar rupanya budak kecik tu.. Dah boleh duduk main sendiri-sendiri.. Cuma tak boleh berjalan je lagi.. Kalau dah boleh berjalan, tak tahu la camne.. Ada yang ke sana ke sini kot..

Tapi, walaupun dah boleh duk sorang-sorang depan TV, kena monitor juga sebab risau dia bangun dan cuba untuk berjalan.. Nanti tak pasal-pasal benjol dahi.. Maklum la orang tengah nak belajar jalan.. Hehe..

Saturday, 23 August 2014

Suntikan Imunisasi Zara 1 Tahun

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang birthday Zara dah lepas kan.. So maknanya Zara sepatutnya dah kena suntik untuk umur setahun.. Tapi sehingga ke hari ini, masih belum lagi.. Dah rujuk doktor tentang hal ni.. Doktor kata tak de masalah sebab untuk dapatkan suntikan tu, bayi kena sihat..

Nak dijadikan cerita, birthday Zara hampir sangat hari Raya Aidilfitri.. Jadi kami terpaksa tangguhkan ke selepas hari Raya sebab beraya di Terengganu.. Bila balik je Terengganu, Zara mula 'buat hal' satu persatu.. Ada ketika di panas macam nak demam.. Mungkin sebab dia bergaul dengan baby lain di nursery.. Terpaksa tangguh..

Lepas tu, macam selesema.. Juga berjangkit dengan kawan nursery.. Lepas tu dia macam dijangkiti sakit mata.. Tapi tak sempat serius sebab cepat bawa pergi jumpa doktor.. Jadi sempat selamatkan.. Then, sehari dua pulak, Zara kena ulser mulut pulak.. Adoi.. Mencabar sungguh menjadi Zara lepas raya ni.. Kesian dia.. 

Jadi sekarang ni nampaknya dah makin ok, dah plannya dalam minggu akan bawa Zara ke klinik untuk dapatkan suntikan.. Selalu orang cerita, suntikan setahun ni akan demam.. Harapnya Zara akan ok.. Insyaallah.. Harapnya takde halangan lagi..

#Orang tua-tua kata, bayi ni macam tahu nak kena suntik, sebab tu demam je memanjang.. Hehe..

Sumber : Google

Zara, Maafkan Papa..


Assalamualaikum w.b.t.. sebelum ni Eraz terpaksa kerja selama 10 ke 11 hari direct tanpa cuti.. Selain berada di pejabat, kena juga outstation.. Hati memang nak cuti sebab minda ni rehat dan badan pun nak relax.. Tapi disebabkan komitmen kerja yang sangat sangat sangat memerlukan kudrat ni, gagahkan diri juga.. Tapi dalam masa yang sama, Eraz rasa bersalah pada Zara.. Eraz sendiri tak dapat rehat, its ok.. Tak kisah.. Tapi..

Bila Eraz kerja tanpa henti macam tu, Zara pun akan terlibat sama dengan jadual ke nursery.. Kenapa? Sebabnya, hujung minggu di Kelantan ialah Jumaat Sabtu, jadi mama dia cuti.. So jaga dia la.. Eraz kerja.. Selalunya sebelum ini, Eraz akan cuti pada hari Ahad dan sehari lagi sebagai cuti ganti.. Jadi tiap-tiap minggu, Zara hanya akan pergi ke nursery selama 3 hari je.. Tapi..

Tapi, bila Eraz kerja selama itu dan direct, Zara akan berada di nursery selama 5 hari direct.. Nak dijadikan cerita, naluri seorang bapa ni rasa bersalah pada Zara sebab tak dapat cuti dan Zara terpaksa ke nursery selama 5 hari direct berbanding biasa hanya 3 hari.. Zara ok je, tapi Eraz je rasa bersalah.. Hehe.. 

Dan sebab utama meminta cuti lepas lama bekerja bukan sebab nak rehatkan badan, tapi memikirkan Zara yang memerlukan lebih masa di rumah.. Bila fikir, lucu, tapi tak best bila jadi camtu.. Haha..

#Sekadar berkongsi cerita apa yang seorang bapa ni rasa.. Mungkin berbeza dengan orang lain..

Trending #5 : Winner2ndWin


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba #Winner2ndWin trending malam ni.. Apa benda tu? Winner 2nd Win? Berkaitan dengan korea kot.. 

Trending #4

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum apa yang trending hari ni.. Ini hasil yang Eraz capture tengahari tadi.. Ianya berkekalan sampai ke malam.. Masukkan dalam blog.. Biar ianya menjadi sejarah kat sini..

Friday, 22 August 2014

22 Ogos 2014 #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum w.b.t.. Sempena 22 Ogos 2014 yang mana kerajaan Malaysia menetapkan bahawa hari ini merupakan hari berkabung, jadi kita semua digalakkan memakai pakai serba hitam.. So hari ni, Eraz mengambil pendekatan yang sama untuk mengenakan baju melayu hitam dan bersongkok semasa ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.. Dalam masa yang sama, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa nahas MH17 dan salam Takziah kepada keluarga mangsa.. Wassalam..

Mengenang MH17

Assalamualaikum w.b.t.. Walaupun tak de saudara yang terlibat dalam nahas MH17, bila tengok jenazah yang dibawa turun dari pesawat, sayu, sedih, pilu tetap terasa.. Tak dapat bayangkan bagaimana family terdekat mereka.. Bersabarlah.. Segala yang berlaku, ada hikmahnya.. Wassalam...

Akhbar Malaysia hari ni #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ni Eraz nak kongsi gambar yang diletakkan oleh Fafau di Instagram.. Akhbar-akhbar Malaysia hari ini.. Ianya sempena hari ketibaan mangsa-mangsa MH17 di Malaysia.. Juga sempena Malaysia berkabung..

#Al-Fatihah

Perjalanan Pulang MH6129

Assalamualaikum w.b.t.. Ramai yang mengikuti perjalanan pulang MH6129 dari semalam selepas ianya berlepas.. Pesawat berkenaan membawa pulang mangsa-mangsa nahas MH17 pulang ke Malaysia.. Tak dapat nak bayangkan akan keadaan keluarga mereka setibanya nanti.. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka dan Salam Takziah kepada ahli keluarga.. Doakan juga perjalananan MH6129 tiada halangan.. Insyaallah Amin..

Thursday, 21 August 2014

Lihatlah sekeliling ..


Assalamualaikum w.b.t.. Lihatlah sekeliling.. Kenapa? Sebenarnya Eraz ke HUSM hari ni.. Bila berada di sini, macam-macam orang kita nampakkan.. Yang sihat, yang kurang sihat.. Yang muda, yang tua.. Yang berjalan dengan ok, yang terpaksa guna tongkat dan ada yang berkerusi roda.. Yang tua, dan ada yang muda.. Yang ditolak di atas katil pun ada.. 

Jadi bila kita compare dengan diri kita, syukur alhamdulillah sebab Allah berikan yang terbaik.. Orang lain jauh lebih kuat dugaan dan cabarannya.. Jadi, sama-sama lah kita bersyukur dengan apa yang ada.. Insyaallah, dengan bersyukur, ada perkara lebih balik yang menanti..

Bila Zara dapat ulser mulut ..


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah kena ulser mulut? Mesti tahu macamana peritnya.. Bayangkan kalau bayi yang kena.. Apa la yang dia rasa.. Patut la dua, tiga malam ni Zara macam merengek sikit.. Manjan terlebih.. Rupa-rupanya ada ulser kat lidah baru nak naik.. Selain manja sikit, Zara macam tak nak makan macam biasa.. Ya la, faham la.. Mesti tak sedap mulut kan.. Sangat kesian.. 

Hari ni akan bawa p klinik.. Harapnya akan ok dalam dua hari ni sebab Mamanya cuti hujung minggu.. So boleh jaga 100%.. Kalau tidak, nursery la jawabnya..

Status Payment Unsuccessful tapi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu kepelikan yang berlaku apabila Eraz membeli belah secara online di XXXXXX Malaysia.. Bila semak status ni di lawan web, katanya Payment Unsuccessful tapi masalahnya Eraz siap print resit lagi.. Camne tu.. Dah email pada yang berkenaan beberapa hari lepas, tapi belum ada feedback.. Tunggu sampai hari ni atau esok, kalau tak respon, kena up satu lagi tindakan.. 

#Siapa pernah terlibat dengan kes yang macam ni?