Wednesday, 23 July 2014

Tiba-tiba 'benda' ni masuk rumah!


Assalamualaikum w.b.t.. Ini cerita pagi tadi.. Lepas sahur, memang kami suami isteri tak tidur.. Sempat la buat kerja rumah dan lain-lain.. Dalam pada isteri duk balut sedikit hadiah untuk pengasuh-pengasuh Zara di nursery, tiba-tiba ada seekor lipan warna hitam muncul.. Fuh! Boleh tahan besarnya.. Tiba-tiba je..

Dulu pernah muncul, tapi yang kecil dan sekali je yang besar.. Itu pun dalam bilik air je.. Terus serta merta ambil sesuatu dan 'bawa' lipan tu ke depan rumah.. Luar rumah jugak la.. 

Abah selalu pesan, kalau nak 'bunuh', kasi betul-betul mati dan bakar sebab tak nak bagi kaum kerabat dia hidu bau.. Dan insyaallah, kaumnya tak datang lagi.. So buat la camtu..

Paling risau bila difikirkan kalaulah lipan tu masuk masa Zara duk main-main kat bawah.. Minta jauh semua tu.. Wassalam..

#Tak 'sanggup' nak letak gambar lipan yang betul lepas google sebab cam mengerikan je.. Hehe..

9 comments:

  1. saya pun pernah dengar macam tu..kena bunuh betul-betul...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... eraz,

    mujur tak pape2.... seram tgk lipan masuk rumah..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. waaa..
    seram pulak dngar,
    lipan mmg bahaya,
    tambh2 bila ada bby.

    ReplyDelete
  4. Huuuu takutnyerr..kt umah akak slalu gak ada sbb byk pasu bunga kat luar umah...duk menyelit bwh pasu bunga..

    ReplyDelete
  5. Aduhai..bahaya ni..

    ReplyDelete
  6. Oghhh...mmg geli dgn lipan nie...baru tahu petua pukul lipan tu bg mati

    ReplyDelete
  7. Mmg pun. Lipan ni lagi kita bunuh, lagi banyak yang dtg. Tapi ade org cakap kalau lipan hitam masuk ade petanda tak baik.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.