Friday, 25 July 2014

Persediaan Raya #4


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #3.. Sekarang edisi Persediaan Raya #4.. Ini penting kalau nak travel jauh.. Maklum la hari raya kan.. Kalau Eraz, memang tak yakin nak check-check sendiri.. Baik la pergi tempat yang sepatutnya kan.. Raya tahun ni macam biasa, akan balik ke rumah Ma Abah di Machang then lepas tu beraya di kampung sebelah isteri di Terengganu..

Persediaan apa yang Eraz maksudkan? Semestinya SERVICE KENDERAAN.. Hehe.. Rasa macam dah lama tak service kereta.. Lama tak travel jauh.. Paling jauh dari Kota Bharu ke Kuala Krai.. Tapi sebenarnya Terengganu tak de la jauh sangat dari Kota Bharu.. Lebih kurang ke Kuala Krai je kot.. Tapi jauh sikit je.. Memandang membawa anak isteri, kena la pastikan keselamatan kan..

Alhamdulillah dah booking awal-awal di pusat servis tu pagi Isnin ni.. Kalau tak book, risau ramai kan.. Cuma ini sebenarnya kerja last minute.. Jangan ikutkan sangat.. Better korang buat awal sikit la.. Risau nanti, bila nak last minute, ada hal lain pulak kan.. Harapnya kali ni tak de hal lain la..

Cuma satu je lagi, tengah fikir samada nak service aricond atau tidak.. Rasa macam sejuk tak sejuk.. Kalau sejuk, memang sejuk.. Tapi kalau tengahari, lambat la sikit sejuk.. Tengah fikir ni.. Errrrrmmmmm.. Bab belanja, memang tak boleh nak kata apa la.. Sebab tu kena menyimpan awal.. Kan..

5 comments:

  1. Hmmm...servis kenderaan tu memang penting..

    ReplyDelete
  2. Kena servis awal2 takut nanti terlepas pandang susah ...Singgah sini menabung mr nuff

    ReplyDelete
  3. Kenapa entry persediaan raya #4 ada dua entry hehehe

    ReplyDelete
  4. pastikan kenderaan kita diperiksa dengan baik.....

    ReplyDelete
  5. yer ler ada dua entry nie.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.