Sunday, 27 July 2014

Pengalaman balik kampung #1

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz dan family balik kampung rumah Ma Abah Eraz untuk beraya esok.. Rumah Ma Abah di Machang.. Eraz dari Kota Bharu.. Perjalanan dari KB boleh dikatakan lancar.. Alhamdulillah.. Kami ambil jalan ikut Pasir Tumboh, Melor dan Ketereh.. Seterusnya melalui Kok Lanas..

Akan tetapi, lepas je traffic light memang nampak kereta bersusun.. Bergerak sikit, lepas tu diam.. Bergerak sikit, pastu diam.. So Eraz terus amek jalan shortcut.. Serius tak pernah masuk jalan tu.. Tapi dalam hati kata, sure ada jalan tembus ke Pangkal Kalong terus ke Kemubu.. Sekali betul.. Haha.. Alhamdulillah.. Walaupun jauh sikit, tapi laju je boleh drive.. Kalau ikut jalan tu tadi, entah-entah sampai rumah hampir-hampir nak berbuka puasa..

Bagi korang, mana yang korang pilih? Jalan dekat tapi jem atau jalan jauh sikit tapi lancar perjalanan??

7 comments:

  1. Jalan jauh tapi lancar pilihan aku. ;)

    ReplyDelete
  2. lebih baik jalan jauh tapi lancar... klu tersengut-sengut boleh mencabar keimanan...

    ReplyDelete
  3. dua-dua best....layan THR gegar sedap dlm keta

    ReplyDelete
  4. yang penting selamat sampai dan berhati2 di jalan raya

    ReplyDelete
  5. Yg penting pandu dengan cermat..

    ReplyDelete
  6. Tahun ni jalan mmg teruk giler jem.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.