Thursday, 31 July 2014

Balik Kelantan ..

Assalamualaikum w.b.t.. Selesai beraya di kampung belah isteri.. So sekarang on the way balik Kelantan.. Esok lusa masih sambung beraya lagi.. Tapi diselitkan dengan ada dua, tiga majlis yang perlu hadir.. Takpe, janji masih boleh bersama family.. Rasa macam lama sikit cuti kali ni.. Next year tak tahu la lagi..

#Korang apa cerita?

Cuba terbalikkan !

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Raya Ke-4.. Ingatkan semalam yang Raya Ke-4, rupa-rupanya hari ni.. Gambar ni Eraz dapat melalui Whatsapp semalam.. Memang tak sangka juga hasilnya.. Siapa-siapa yang guna pc untuk view entri ni, susah la sikit.. Kalau laptop, maybe boleh la.. Kalau hp ke, tab ke, ipad ke, lagi la senang.. Cuba tengok baik-baik.. Boleh baca tak?

Buat reti base ckit !

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di bawah tu Eraz snap di Pasar Payang tadi.. Khas untuk pesanan khidmat masyarakat.. Banyak dah notis ke, kenyataan ke, ayat sinis ke, dan lain-lain cara untuk sedarkan orang, tapi? Errrmmmm.. Semua bergantung kepada individu tu sendiri.. Semuanya dari dalam.. So, lu fikirlah sendiri.. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog ERAZFADLI.COM

Zara Faleesya nak beraya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Tahun ni sebenarnya tahun kedua Zara Faleesya beraya.. Tapi tahun pertama dia, dia atas dukung je.. Baru berumur dua minggu rasanya.. Tapi kali dah setahun.. So sakan la juga beraya.. Baju raya tak payah cakap la kan.. Ada pro n kontra beraya dengan anak kecil.. Tapi biasa la kan, lumrah hidup.. Apa-apa pun, anak akan didahulukan.. Itu paling penting..

Gambar di bawah tu ala-ala Zara tengah nak siapkan diri untuk pergi beraya.. Tengah ikat rambut.. Haha..

Raya Ke 3 !

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni dah masuk Raya Ke 3.. Masih di Terengganu untuk hari kedua.. Ready untuk keluar beraya.. Esok dah balik Kelantan.. Model tu bear Zara Faleesya.. Dulunya Papa yang bagi kat Mama rasanya.. Ke Mama bagi kat Papa.. Lupa.. Hehe.. So semua barang kami, dah jadi milik Zara la.. Masih lagi berentri macam biasa.. Pendek.. Tak de masa nak taip entri panjang-panjang.. Line pun tak berapa nak ok sekarang..

Whatsapp

Assalamualaikum w.b.t.. Bangun je nak solat Subuh tadi, tengok Tab.. Selalu notification mesti sampai 1K lebih.. Tapi masa tu zero.. aik! Something wrong ni.. Check jap.. Sekali corrupt.. Habis semua history hilang.. Errmmmm.. Cuba restore tapi masa duk restore 1, 2 %, ter off la pulak.. So, tak complete.. Jadi, hilang history.. Terkilan sikit sebab rasa macam ada message penting dalam tu.. Takpe la, nak buat camne kan..

Tuesday, 29 July 2014

Memang ada masalah line internet ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya sepanjang perjalanan cuba untuk update blog.. Dan masa singgah rumah terbuka pun cuba untuk update.. Tapi still tak berjaya.. Sampailah duk main 'publishing' sampai sudah.. Hampagas sungguh.. Apa-apa, sekarang ni dah selamat sampai rumah Tok belah isteri di Terengganu ni.. Alhamdulillah.. Ada saat jem teruk jugak kot.. Sampaikan sakit belakang.. Tapi yang penting, selamat sampai..

Air Nyo seround ..

Assalamualaikum w.b.t.. Bertolak dalam pukul 12 pm kot tadi.. Sebelum singgah rumah big boss dulu.. Open House.. At least tunjuk la muka kan.. Lepas tu, terus menuju ke Terengganu.. Kami dua buah kereta.. Berkumpul di Penarik sambil makan sotong dan ikan celup tepung plus, air kelapa sejuk!! Fuh.. Sedap tu.. Sampai je Terengganu jap lagi, terus ke Open House mak Saudara then ke rumah Tok pulak.. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar.. Insyaallah..

#Itulah entri yang ditulis pada pukul 3 pm tadi rasanya.. Duk main publishing dari tadi.. Sakit hati rasa..

Destinasi > Terengganu

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni kami sekeluarga akan bertolak balik ke Terengganu untuk beraya di rumah Moyang Zara.. Rumah nenek Mama Zara.. Tahun lepas kami tak balik sebab Mama Zara masih dalam pantang.. So tahun ni, boleh la balik.. Plannya nak keluar pukul 8.30 ke 8.45 am.. Tapi sekarang pun belum keluar.. Biasa la kalau ada anak kecil.. Banyak benda kena settle kan.. Apa-apa pun, masih terancang lagi la..

Monday, 28 July 2014

Selamat Hari Lahir, Sayang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang dah pukul 8.00 pm.. Ada yang masih tak pulang rumah sebab beraya ke? Eraz dah memang tak keluar rumah dah kot.. Kepenatan seharian.. By the way.. Tarikh Hari Raya tahun special sikit.. Kenapa?

Selain dari menyambut Hari Raya Aidilfitri, Eraz juga menyambut Hari Lahir orang tersayang iaitu My Love, isteri.. Selamat Hari Lahir sayang.. Love u so much.. Kebetulan 4 hari selepas hari lahir Zara Faleesya.. Hehe.. Apa-apa pun, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta terima kasih sebab menjadi isteri yang terbaik!! 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.. Dikesempatan ini, Eraz nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ERAZFADLI.COM.. Maaf Zahir dan Batin.. Maaf jika ada yang terkasar bahasa.. Ikhlas dari : Eraz Fadli, isteri dan Zara Faleesya..

Alhamdulillah, hari ni sempat beraya di rumah sendiri dan juga rumah mertua.. Dua-dua sempat.. Masih ikut kebiasaan, jalan raya tak jem sangat di hari raya pertama.. Alhamdulillah..

Janggal di pagi RAYA

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang rasa macam Eraz di pagi raya? Janggal? Janggal ape? Janggal nak makan sebab sebulan yang selepas tak makan pagi.. Lama giler tinggal kan.. Hehe.. So bila first time nak makan pagi tadi, rasa kekok.. Memang setiap tahun macam tu.. Ini mungkin Eraz je yang rasa.. Yang pasti, lepas je makan, Nasi Dagang yang Ma buat, memang sedap.. Haha...

Solat Hari Raya Aidilfitri

Asslamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selesai Solat Hari Raya Aidilfitri.. Raya kali ni pergi masjid Kampung Kelaweh.. Terlewat sikit sebab tolong isteri uruskan Zara Faleesya.. Pagi-pagi lagi dah kejutkan Zara.. Nak raya la katakan.. Nasib baik Zara tak meragam.. Semalam Zara tidur lewat... Biasa la kalau berkumpul dengan sepupu.. Main punya hal, bising la sikit..Zara pun layan je...

Sunday, 27 July 2014

Pengalaman balik kampung #1

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz dan family balik kampung rumah Ma Abah Eraz untuk beraya esok.. Rumah Ma Abah di Machang.. Eraz dari Kota Bharu.. Perjalanan dari KB boleh dikatakan lancar.. Alhamdulillah.. Kami ambil jalan ikut Pasir Tumboh, Melor dan Ketereh.. Seterusnya melalui Kok Lanas..

Akan tetapi, lepas je traffic light memang nampak kereta bersusun.. Bergerak sikit, lepas tu diam.. Bergerak sikit, pastu diam.. So Eraz terus amek jalan shortcut.. Serius tak pernah masuk jalan tu.. Tapi dalam hati kata, sure ada jalan tembus ke Pangkal Kalong terus ke Kemubu.. Sekali betul.. Haha.. Alhamdulillah.. Walaupun jauh sikit, tapi laju je boleh drive.. Kalau ikut jalan tu tadi, entah-entah sampai rumah hampir-hampir nak berbuka puasa..

Bagi korang, mana yang korang pilih? Jalan dekat tapi jem atau jalan jauh sikit tapi lancar perjalanan??

Hari ni, ari wak tupak !

Assalamualaikum w.b.t.. Macam tu la istilah yang orang Kelantan selalu guna kalau sehari sebelum hari raya.. Ari wak tupak.. Mungkin ramai yang akan buat ketupat sehari sebelum hari raya.. Korang biasa dengar tak? Orang Kelantan betul kan istilah tu?

Tiket bas dulu-dulu

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa masih ingat dengan tiket bas macam gambar di atas tu? Selalunya bas-bas jarak dekat, guna la tiket camni.. Eraz pernah ada, masa tu sekolah-sekolah rendah kot.. Berwarna warni.. Sempat kumpul, tapi dah tak tahu ke mana pergi semuanya.. Lama giler tu.. Sekarang masih ada kan.. Tapi tak tahu la kat mana.. Korang ada pengalaman? Atau sekarang kat tempat korang masih guna lagi? Share-share..

Pelbagai jenis BAHAYA ketika balik kampung

Assalamualaikum w.b.t.. Semua orang dah mula balik kampung.. Ada yang mula balik kampung petang Rabu lagi kot.. Selepas tu Khamis, berganda-ganda.. Jumaat lagi la.. Sabtu? Penuh terus.. So KL sekarang rasanya dah lapang kot.. Ke camne orang KL..

By the way, balik kepada topik tajuk entri kat atas.. Pelbagai bahaya yang bakal dihadapi ketika balik kampung.. Antaranya kemalangan.. Kita semua, berhati-hatilah.. Mulakan perjalanan dengan elok.. Kalau kita semua beringat, insyaallah, boleh dielakkan.. Kita sama-sama doa semoga semua kita selamat sampai ke destinasi..

Pagi ni terbaca satu status di Facebook Ben Ashaari.. Orang yang balik kampung bakal menghadapi satu lagi bahaya.. Apa bahaya? Baca gambar di atas.. Bayang tiba-tiba kena tahan di jalan raya kan.. YaAllah, minta jauh.. Jadi, once again, sama-samalah kita beringat.. Insyaallah..

Saturday, 26 July 2014

Dua hari sebelum raya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Cuti hari ni memang digunakan sebaik mungkin untuk 'siap'kan untuk Hari Raya Aidilfitri.. Macam dalam Persediaan Raya #6 sebelum ni, kami berdua iaitu bersama wife mengemas dari pagi sampai ke petang.. Sekali sakala di'tolong' oleh Zara Faleesya.. Hehe.. Walaupun dalam mood berpuasa, tiada halangannya.. Lagi satu, boleh mengeratkan lagi hubungan kan.. Haha..

Keluar dari rumah dengan kereta ke pusat bandar Kota Bharu? Ooo tidak sama sekali.. Isteri Eraz memang tidak mengamalkan beli barang persediaan raya last minute seban dah tahu keadaannya.. Sekarang ni, Kota Bharu memang dipenuhi oleh anak-anak Kelantan yang merantau.. Semua dah balik.. So faham-faham la keadaannya.. Sampaikan ada yang patah balik..

#Esok balik kampung.. Dekat je, Machang.. Tulat tu jauh sikit, kampung belah isteri..

Persediaan Raya #6

Assalamualaikum w.b.t.. Persediaan raya seterusnya selepas Persediaan Raya #5.. Tidak lain dan tidak bukan la, kemas rumah.. Haha.. Sawang-sawang yang ada tu, kena la singkirkan.. Rumput depan rumah yang panjang tu, kena la kasi potong.. Longkang? Sendiri mau ingat la.. Dalam rumah? Itu lagi.. Kena simpan barang elok-elok, kasi tersusun..

Sebelum raya pun tersusun, tapi kalau nak raya, mungkin akan jadi lebih tersusun.. Mana caranya, mungkin korang boleh ubah cara susunan.. Betul tak? Hehe.. Barang baru? Perabot baru? Langsir baru? Tidak.. Itu bukan cara kami.. Sekadar mengemas rumah sahaja..

Selain dari mengemas rumah, pakaian nak 'balik kampung' pun kena kemas kan.. Itu lebih kepada isteri la.. Eraz tolong menolong je la bab-bab kemas tu.. Alhamdulillah, setakat ni dah hampir siap.. Maybe 30% ke 40% lagi kot..

#Siapa yang dalam perjalanan balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya

RM 286.40

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selesai perkara yang termasuk dalam persediaan raya.. Berapa kena? Macam gambar di atas.. Terlebih sikit sebab ada tukar barang sikit.. Salah satu nya sebab minyak hitam meleleh keluar.. So sekarang dah ok..

Lepas service kereta ni, kita drive pun yakin.. Kalau tak, asyik duk fikir je kot-kot berlaku masalah.. Tempat tu memang tempat yang biasa Eraz pergi.. Kalau tempat tu di kawasan bandar Kota Bharu, harap maaf la kot nak pergi.. Faham-faham je la di musim nak raya ni.. Hehe..

Berjalan mengikut perancangan ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni berjaya mengikut apa yang dijanjikan.. Datang service kereta.. Sangat sangat penting untuk perjalanan yang jauh terutama hari raya.. Tambah-tambah jammed di jalan raya lagi kan.. Ada la beberapa benda nak minta tolong sebab kadang-kadang minyak hitam meleleh.. Sib baik ada barang dalam stok.. Air cond pun nak bersihkan penapis dulu.. Tengok camne.. Harapnya tak mengambil masa yang lama..

Friday, 25 July 2014

Sepatutnya dah cuti hari ni..


Assalamualaikum w.b.t.. Sepatutnya hari ni, Jumaat kami semua dah mula cuti Hari Raya 2014.. Tapi tiba-tiba je petang semalam, Dato' Pengarah panggil dan beritahu, ada perubahan cuti.. Alahai, memang semua staf nampak frust.. Pejabat masih kena buka hari ni.. So kena ada juga staf di pejabat untuk uruskan apa-apa yang berkenaan.. Jadi Eraz dengan rela hati untuk bekerja sebab tak de hal penting lagi hari ni.. Kalau raya ke-3 atau 4 tu, masalah la sikit.. Think positive, mungkin ada hikmah disebaliknya dengan datang kerja hari ni walaupun dalam kepala, dari last week set dah mula cuti.. Tambah-tambah hari ni Birthday anak kesayangan.. Hehe..

#Siapa yang dah mula balik kampung, berhati-hatilah di jalan raya!

Persediaan Raya #5


Assalamualaikum w.b.t.. Kembali lagi dengan entri Persediaan Raya.. Haha.. Baru pagi tadi buat entri tentang Persediaan Raya #4.. Kali ni edisi Persediaan Raya #4.. Zakat Fitrah.. Itu wajib ni.. No choice.. Ditujukan khas kepada ketua keluarga atau pada yang mampu bayar sendiri atau juga untuk tanggungan-tanggungannya.. Jangan sampai terlupa.. Last minit pun ok, janji bayar.. Tapi, ada tapinya.. Kalau dah last minute pastikan bayar la.. Jangan terlupa lak.. Jadi seeloknya, bayar la awal sikit ya.. Peringatan untuk diri sendiri juga.. Tapi alhamdulillah, Eraz dah selesaikan.. 

Selamat Hari Lahir Zara Faleesya !!


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni Zara genap berumur setahun.. Happy Birthday anak Papa.. Papa doakan semoga Zara panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu, jadi anak solehah dan mendapat keberkatan serta kejayaan dunia akhirat.. Papa dan Mama sayang Zara.. Nak hadiah apa? Hehe.. 

Salah satu tujuan penting dengan blog ni adalah untuk Zara.. Banyak Eraz ceritakan di sini dari mula dalam perut Mama, sampai la sekarang.. So, bila Zara dah besar nanti, dah boleh baca, boleh la buka entri-entri papa ni, baca.. Betapa berharganya Zara pada papa dan mama dan tahulah macamana susah senang Papa dan Mama besarkan Zara.. Insyaallah Papa dan Mama akan pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin.. Insyaallah..

Persediaan Raya #4


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #3.. Sekarang edisi Persediaan Raya #4.. Ini penting kalau nak travel jauh.. Maklum la hari raya kan.. Kalau Eraz, memang tak yakin nak check-check sendiri.. Baik la pergi tempat yang sepatutnya kan.. Raya tahun ni macam biasa, akan balik ke rumah Ma Abah di Machang then lepas tu beraya di kampung sebelah isteri di Terengganu..

Persediaan apa yang Eraz maksudkan? Semestinya SERVICE KENDERAAN.. Hehe.. Rasa macam dah lama tak service kereta.. Lama tak travel jauh.. Paling jauh dari Kota Bharu ke Kuala Krai.. Tapi sebenarnya Terengganu tak de la jauh sangat dari Kota Bharu.. Lebih kurang ke Kuala Krai je kot.. Tapi jauh sikit je.. Memandang membawa anak isteri, kena la pastikan keselamatan kan..

Alhamdulillah dah booking awal-awal di pusat servis tu pagi Isnin ni.. Kalau tak book, risau ramai kan.. Cuma ini sebenarnya kerja last minute.. Jangan ikutkan sangat.. Better korang buat awal sikit la.. Risau nanti, bila nak last minute, ada hal lain pulak kan.. Harapnya kali ni tak de hal lain la..

Cuma satu je lagi, tengah fikir samada nak service aricond atau tidak.. Rasa macam sejuk tak sejuk.. Kalau sejuk, memang sejuk.. Tapi kalau tengahari, lambat la sikit sejuk.. Tengah fikir ni.. Errrrrmmmmm.. Bab belanja, memang tak boleh nak kata apa la.. Sebab tu kena menyimpan awal.. Kan..

Thursday, 24 July 2014

Zakat Fitrah


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selesai tanggungjawab sebelum masuk ke bulan Syawal.. Tidak lain dan tidak bukan, Zakat Fitrah.. Bermula tahun lepas, Eraz menunaikan Zakat Fitrah untuk 3 orang.. Korang dah belum?

Persediaan Raya #3


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #2.. Hari ni edisi Persediaan Raya #3.. Bagi Eraz je la ni.. Bagi korang, tak pasti la.. Haha.. Rambut.. Rambut mesti kena kemas.. Kalau dulu, tak kisah sangat kot.. Tapi bila dah kerja, dah kahwin, dah ada anak ni, rambut memang kena nampak kemas..

Kalau zaman belajar di sekolah, memang wajib berambut ikut standard la.. Masa belajar kat Matrix lak, pun sama.. Tapi masa belajar kat USM, Eraz bebas sikit.. Pernah la menyimpan rambut panjang.. Panjang sikit je.. Kalau panjang sepanjang panjangnya tu, tak boleh masuk kuliah.. Nak tunjuk gambar pun malu..

So semalam, kebetulan pihak kami ada mengadakan majlis berbuka puasa, then lepas majlis, settlekan hal kat dewan, memang tak sempat nak g Solat Tarawih.. So lepas je settle semua kat dewan (sebab malam ni ada satu majlis lagi), Eraz terus ke Salon yang biasa Eraz bagi.. Sebelum gunting, memang basuh rambut dulu la.. Pastu gunting rambut macam biasa.. Kemas terus.. Dah rasa hensem balik kot.. Haha.. Kembali muda..

Ini salah satu persediaan dari orang lelaki la.. Orang perempuan, mungkin perkara lain pulak kan.. Wassalam..

Kad Raya 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dapat satu iaitu dari my Mentor, Kak Mialiana, hari ni dapat lagu dua iaitu dari adik protege, Anim dan Sally.. Tapi.. Minta maaf banyak-banyak sebab Eraz memang tak sempat nak buat kad raya.. Dah banyak tahun kot tak buat.. Memang tak sempat.. Banyak hal dan aktiviti kena settlekan sebelum bercuti hari raya ni.. 

Terima kasih juga kepada Sally sebab berikan duit raya untuk Zara.. Bertambah koleksi duit raya dia.. Hehe..

Semalam baru settle handle satu majlis berbuka puasa dan malam ni ada satu lagi, khas untuk Anak Yatim Asrama Bakti Machang.. Insyaallah harapnya kami dapat membantu sedikit sebanyak.. Insyaallah..

ERAZ TRADING


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba dapat message dari seorang rakan office.. Attach gambar ni.. Haha.. Dia tanya, sejak bila bukak kedai.. Haha.. Kebetulan.. 

to be continue..

Sambungan : Kenapa bersambung? Sebabnya masa menaip entri tu, tiba-tiba tengok jam dan masa tu, nak start mesyuarat.. So keluarlah ayat to be continue.. Serius masa dapat gambar tu, eh! Nama biasa tengok kan.. Tapi tak pernah lalu pun ikut kedai tu.. So lepas ni, jemput-jemput la singah ya walaupun bukak kedai Eraz.. Haha..

Wednesday, 23 July 2014

Wordless Wednesday #87


Assalamualaikum w.b.t.. Apa ni? Tunggu reviewnya nanti.. 

Persediaan Raya #2


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada buat entri tentang Persediaan Raya #1.. Hari ni edisi Persediaan Raya #2.. Duit raya.. Salah satu yang penting.. Kecil-kecil dulu, tak pe la, kita dapat duit raya.. Lepas dapat kerja, kena bagi dan kadang-kadang tu masih dapat.. Awet muda la katakan.. Haha.. Tapi sekarang, dah kahwin dan ada anak, sah-sah kena bagi duit raya..

Persediaan duit raya ni pun satu perkara penting.. Kalau tak sediakan awal, memang habis la duit gaji bulan raya tu.. Duit tu, bukan seratus dua, tapi lebih daripada itu.. Dan sama juga untuk tukar duit raya di bank.. Eraz selalu tukar duit RM 1 dan RM 10.. RM 50 tu, pakai mana-mana ada.. Pernah tukar yang RM 5, tapi setahun je.. Lepas tak de dah..

Siapa yang belum ada pengalaman tukar duit raya ni di bank, meh sini nak bagitau.. Sila la tukar duit raya tu awal-awal.. Untuk kepastian, semak dengan pihak bank, bila pihak bank buka kaunter untuk tukar duit raya.. Kalau korang lambat, memang balik tangan kosong la..

Tapi, in case la nak juga duit RM 10 yang baru.. boleh keluarkan melalui ATM.. Tahu caranya? Eraz pernah buat.. Untuk satu kad ATM, dapatla 12 keping maksimum.. Setiap satu transaksi, keluarkan RM 40.. Sah-sah keluar duit RM 10 empat keping kan.. Tapi hadnya 3 kali pengeluaran je la.. Hehe.. Dan bergantung juga kepada mesin ATM tu.. Mesin ATM tu perlulah berfungsi ok, duit tak habis, ada duit baru dalam tu.. Haha..

Apa-apa pun atas perancangan masing-masing.. Ini bagi yang mungkin hidup sederhana la.. Siapa-siapa yang ada simpanan banyak, tak risau sangat kot bab menyimpan.. Adios Amigos.. Wassalam.. 

Tiba-tiba 'benda' ni masuk rumah!


Assalamualaikum w.b.t.. Ini cerita pagi tadi.. Lepas sahur, memang kami suami isteri tak tidur.. Sempat la buat kerja rumah dan lain-lain.. Dalam pada isteri duk balut sedikit hadiah untuk pengasuh-pengasuh Zara di nursery, tiba-tiba ada seekor lipan warna hitam muncul.. Fuh! Boleh tahan besarnya.. Tiba-tiba je..

Dulu pernah muncul, tapi yang kecil dan sekali je yang besar.. Itu pun dalam bilik air je.. Terus serta merta ambil sesuatu dan 'bawa' lipan tu ke depan rumah.. Luar rumah jugak la.. 

Abah selalu pesan, kalau nak 'bunuh', kasi betul-betul mati dan bakar sebab tak nak bagi kaum kerabat dia hidu bau.. Dan insyaallah, kaumnya tak datang lagi.. So buat la camtu..

Paling risau bila difikirkan kalaulah lipan tu masuk masa Zara duk main-main kat bawah.. Minta jauh semua tu.. Wassalam..

#Tak 'sanggup' nak letak gambar lipan yang betul lepas google sebab cam mengerikan je.. Hehe..

Ephyra | Berjaya Mencungkil Rahsia Seseorang


Assalamualaikum w.b.t.. Ephyra serlahkan kejelitaan sebenar anda? Bukan hanya untuk yang jelita, yang kacak bergaya pun boleh.. Mungkin tak semua lelaki berkeinginan macam ni.. Eraz sendiri pun, biasa-biasa sahaja.. Tapi, tidak salah untuk kita mencuba produk Ephyra demi mendapat kesihatan yang baik dan dalam masa yang sama, wajah kita pun berseri-seri kan.. Alhamdulillah 12 Jun 2014 lepas, Eraz mendapat sekotak Ephyra 30 sachets selepas menang Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga dari Blogger Mialiana.com dan oceanlife2u.com..


Sebenarnya sebelum ini Eraz pernah mendapat tajaan dari oceanlife2u untuk mencuba Ephyra 30 sachets.. Disebabkan itu jugalah, Eraz dengan yakinnya menerima cabaran Ephyra untuk serlahkan lagi kekacakan sebenar yang sedia ada.. Yakin tu.. Masa mula-mula nak amalkan dulu, ini ayat yang keluar dari mulut isteri Eraz, "Kalah la kecantikan Mama dan Zara lepas ni..".. Ini bermaksud, isteri Eraz pun tahu akan kelebihan produk Ephyra ni.. Insyaallah, lepas ini, Eraz akan dapatkan stok untuk isteri juga.. 

Selfie sikit dengan kotak Ephyra + baju T-Shirt Ephyra

Sila baca ini :

Pertama, hasilnya ialah menjadikan kulit lebih cerah berseri.. Ini memang terbukti.. Eraz alhamdulillah memiliki kulit yang mungkin putih la juga tapi selepas mencuba Ephyra, memang ada kawan office dan kawan-kawan rapat serta family menegur yang kulit Eraz memang nampak lebih berseri.. Serius.. Mula-mula tersipu-sipu juga dipuji, tapi alhamdulillah la.. Itu kesannya.. Dan baca ini pula..

Kedua, melancarkan sistem pencernaan dalam badan.. Siapa pernah dengar akan ayat ni? Eraz masih ingat ayat dari Ustazah masa Form 3 dulu.. Badan yang betul-betul sihat ialah badan yang membuang hasil pencernaan setiap pagi.. Memang Eraz ingat sampai sekarang ayat Ustazah tu.. Dan ternyata, sememangnya Ephyra membantu sistem pencernaan.. Alhamdulillah.. Dan.. Ada lagi..

Ketiga, meningkatkan sistem imunasi dalam badan.. Yes! Walaupun wife demam, Zara demam, Eraz tetap maintain tak berjangkit.. Alhamdulillah.. Walaubagaimana pun, kita seharusnya la juga pandai menjaga diri dari berjangkitkan.. Tapi selalunya ianya akan terjadi kalau orang terdekat ini demam kan.. So alhamdulillah..


Banyak lagi kelebihan lain sebenarnya.. Oleh sebab itu, korang boleh terus ke entri INI untuk baca dan kalau nak order pun, boleh baca maklumat di sana juga.. Apa yang korang boleh baca di sana? Ini tajuk pentingnya..
  1. Apa itu EPHYRA?
  2. Halal ke tidak?
  3. Banyak betul produk kolagen di pasaran.. Apa bezanya dengan EPHYRA?
  4. Selain dari kecantikan kulit, ada lain lagi tak kelebihannya?
Pada rakan-rakan lain yang ingin mencuba, boleh PM Eraz di Facebook atau terus klik borang 
DI SINI.. Isi je.. Simple.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh terus ke website EPHYRA..

OFFICAL WEBSITE : http://www.oceanlife2u.com/
TELEFON : 03-41417889
SMS : 019-3999238
EMEL : info@oceanlife2u.com

Tuesday, 22 July 2014

Hampir Hangus & Hancur


Assalamualaikum w.b.t.. Nampak gambar di atas? Nampak tak 'kaki' plug yang sebelah kiri ni? Dah hangus sikit tapi belum hancur lagi.. Kalau tidak, pasti boleh berlaku kebakaran.. Eraz dah pilih yang ok dah, ada sah SIRIM lagi.. Tapi pakai tak sampai 2 atau 3 bulan kot, dah jadi macamni.. Sekadar rosak, ok la lagi.. Yang risau kebakaran.. Astaghfirullahal'Adzim.. Minta jauh..

Jadi apa yang perlu dibuat? Kena beli jenama yang paling mahal ke? Walhal, tanda SIRIM dah ada.. Ke tipu? Errrrmmmmmm...

Persediaan Raya #1


Assalamualaikum w.b.t.. Aiii.. Tak lama lagi dah nak raya ni.. Persediaan korang macamana? Mesti berjela-jela list kan.. Semua dah siap ke Baju Raya? Kami, alhamdulillah, isteri memang jenis yang ready awal-awal.. Sebelum puasa dah settle hal Baju Raya.. Bukan apa, kalau beli dalam bulan puasa, tak tahu bila nak pergi.. Cuti tak sama kan.. Malam, tak keluar dah.. Kalau nak g dekat-dekat raya, harap maap la, ramai orang.. So, ready la awal-awal..

Paling meriah, Zara Faleesya la.. Tahun lepas, dia dah raya.. Tapi berumur dalam 2minggu kot.. So baju raya, tak perlu sangat la.. Tapi ada.. Cuma kali ni, lebih la sikit.. Yang penting, nak beli berapa pun boleh, tapi kena bajet betul-betul.. Simpan la duit awal-awal.. Sure bajet tak lari kan.. Raya ni, selalunya banyak guna bajet..

Alhamdulillah..


Assalamualaikum w.b.t..


  1. Alhamdulillah, ada beberapa kerja kat office ni dapat diselesaikan.. Ada lagi dua tiga yang maybe sempat kot siapkan esok.. Lusa dan tulat akan ada dua majlis Iftar akan diadakan di tempat kerja.. Memang terlibat sepenuhnya dan memang akan jadi minggu yang sangat busy..
  2. Alhamdulillah, Zara dah ke nursery hari ni dan sihat kembali seperti sedia kala.. Harapnya tiada lagi berjangkit dengan kawan-kawan nursery.. Kesuan lak dia.. Kami pun kesian sama.. Hehe..
  3. Alhamdulillah, Ma sudah sihat.. Satu dua hari juga Ma tak sihat.. Lepas pergi hospital, alhamdulillah kembali seperti sedia kala.. Tak de la sihat sepenuhnya, tapi ok la dari demam sampai tak dapat bangun.. 
  4. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali sebab petang ni lepas balik kerja, terus menuju ke Machang untuk berbuka puasa dengan Ma Abah.. Walaupun malam baru sampai rumah semula, but its ok, semuanya selamat..
  5. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.. Harapnya assignment dan final exam nanti pun berjalan dengan lancar.. Amin..


#Persiapan raya??

Monday, 21 July 2014

Ranking Alexa.com Blog ERAZ FADLI #24


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya lama giler Eraz tak buat entri pasal ranking blog ERAZFADLI.COM di ALEXA.. Last rasanya pada bulan April lepas, itu pun ringkas je.. Ranking memang macam main saham.. Ada ketika jatuh merundum disebabkan oleh kekangan masa, kerja dan juga as a student..

Jadi selepas sesekian lama, Eraz nak update dan maklumkan kepada semua pembaca blog ERAZFADLI.COM ni tentang kedudukan terkini untuk ranking ALEXA.. Kedudukan sehingga hari ni, 21 Julai 2014 ialah :

Alexa Traffic Rank (Global) : 95,333
Traffic Rank in MY : 600

Apa-apa pun, sesiapa yang ingin menyemak kedudukan masing-masing, boleh klik link INI..

Sunday, 20 July 2014

Apa nak kata ?

Assalamualaikum w.b.t.. Bila tengok gambar ni, memang tak dapat kata apa-apa.. Tiada yang lebih bahagia selain daripada melihat jari kecil ni membesar depan mata dan mengharapkan jari kecil ini dapat membahagiakan kami pula.. Insyaallah..

#Hari ni menjadi Mr. Mama di rumah..

Merosot !


Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang merosot? Sebenarnya ia berkaitan dengan entri di blog ni.. Kalau dibandingkan dengan hari Khamis dan sebelum, masih steady dengan 5 entri sehari.. Tapi bila masuk hari Jumaat, tiba-tiba jadi 3 je.. Dan bila masuk hari Sabtu iaitu semalam, tup-tup muncul hanya 2 entri.. Apa tandanya?

Itu menunjukkan Eraz memang sibuk 'terlebih' sikit.. Memang tak sempat nak update sesuatu walaupun sebenarnya kerja di hadapan dengan PC.. Hari ni? Tidak mustahil nya menjadi tiada entri langsung sebab dalam kepala ni ada benda yang difikirkan.. Tak tahu nak buat apa keputusan lagi.. But, disebabkan rasa bertanggungjawab terhadap blog ini, muncullah entri ini.. Wassalam..

#Doakan ianya dipermudahkan

Saturday, 19 July 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 18 July 2014

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya

Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)

Trending #3 : Shot Down


Assalamualaikum w.b.t.. Di Facebook, di akhbar online, satu persatu berita tentang terhempasnya pesawat MH17 semalam di Ukraine.. Bila baca berita tentang kisah keluarga mangsa, hati rasa sayu sangat.. Di Facebook pula, banyak video di upload.. Terutama video yang memaparkan gambar pesawat MH17 yang sudah terhempas dan nampak beberapa mayat mangsa.. Ya Allah.. Tambahkanlah hati keluarga mangsa yang terlibat..

Shot Down.. Bila sebut Shot Down sekarang, memang tak terbayangkan hal lain.. Jika benar ada pihak tersalah tembak, alangkah kejam nya rasa.. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.. Kenapa perkara ni berlaku pada Malaysia..? Kisah MH370 masih lagi belum tamat.. Kini sambung kisah MH17.. Harapnya semua persoalan akan terjawab.. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya.. Wassalam..