Tuesday, 17 June 2014

Makeover di Jefferson KB Mall Kelantan

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, bertempat di Jefferson di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan, Eraz berjaya menyempurnakan satu job review fesyen pakaian dan aksesori terkini yang ada di satu-satunya butik Jefferson yang di Kota Bharu Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan staf di sana, semuanya berjalan dengan lancar..


Secara umumnya, Jefferson sebenarnya telah memulakan perniagaan mereka sejak 20 tahun yang lalu, akan tetapi bermula tahun 2006, mereka telah bertukar konsep perniagaan lebih kepada konsep urban.. Eraz sendiri sememangnya seorang pengguna jenama Jefferson dari dulu lagi.. Sebab itulah selepas mendapat tawaran daripada pihak Jefferson, Eraz sangat gembira..


Kalau sesiapa yang biasa ke butik Jefferson di serata Malaysia, mereka sudah dapat mengenalpasti akan identiti yang dipaparkan oleh Jefferson.. Dan semestinya, jika korang masuk ke butik berkenaan, ianya jarang akan pulang dengan tangan kosong.. Bermula dari saiz M sehingga yang lebih besar, semuanya dijual dengan harga berpatutan dan pelbagai pilihan..


Pelbagai pilihan koleksi pakaian yang ada di Jefferson.. Antaranya untuk kasual, sport mahupun formal.. Bagi yang biasa berfesyen, korang boleh gabungkan pakaian berkenaan menjadi jenis fashion yang korang suka.. Terpulang.. Insyaallah tidak mengecewakan.. Kalau ragu-ragu, bawa la pembantu untuk membentuk imej korang..

Ok.. Hari ni Eraz nak kongsi hasil makeover fashion ke atas diri Eraz yang dilakukan di Jefferson, KB Mall Kota Bharu, Kelantan.. Alhamdulillah, dengan bantuan isteri tersayang dan adik, inilah hasil-hasil gambar yang boleh Eraz kongsikan dengan korang..


SPORT

Untuk sport, terdapat dapat pilihan baju t-shirt berlengan panjang atau pendek, aksesori topi dan cermin mata, kasut pelbagai warna serta jenis seluar untuk sport yang bersesuaian dan selesa.. Dan ini pula pilihan Eraz.. Mungkin agak ringkas, tetapi jika kita bermain dengan warna, ianya akan menjadi menarik..



KASUAL

Untuk kasual pula, korang boleh memilih pelbagai jenis dan corak baju dan seluar yang ada serta dipadankan dengan kasut dan aksesori lain.. Mainlah la dengan corak baju dan warna gabungan untuk menonjolkan imej sebenar korang.. Tapi ini pilihan Eraz..



FORMAL

Bagi tema formal, baju kemeja dan seluar yang kemas disertakan dengan tie dan kot yang boleh menampakkan kekacakan seseorang itu terserlah.. Ianya sagat sesuai untuk ke pejabat mahupun acara formal yang lain.. Dan ini pilihan Eraz..





Alhamdulillah, dengan persalinan Jefferson di badan Eraz, Eraz tampil dengan lebih yakin dan bergaya.. Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui tentang fesyen terbaru Jefferson yang pelbagai, korang boleh di website dan laman sosial berikut :

Laman Web Jefferson : www.jefferson.com.my 
Laman Sosial Facebook : Facebook Jafferson 

33 comments:

  1. smart!! nampak bergaya... :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih Cik Nor.. Pernah tak ke Jefferson masa pergi KB Mall?

      Delete
  3. jeferson punya baju kasual mmg terbaek,
    nmpk smart n stylo,
    best doh jadi model.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bro.. Belum cukup pengalaman la bro..:)

      Delete
  4. perggh...bro eraz.iman rasa ni entry paling 'panjang' se[njg kenal abg eraz kat blog ni. tengok rupa macam masih bujang je...hahaha marah plak zara ngn mummy dia

    ReplyDelete
  5. SMART la Eraz ..hehehe bergaya sakan la nie ..
    Boleh dah nak jd model pro kalau camni cara bergaya nie ...
    TAHNIAH ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Lya.. Dah tua dah, tak sesuai jadi model pro.. Hehe..

      Delete
  6. Smartlahhhh. Serius ena suka sangat. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Suit tu memang smart. Ikut potongan. Tak macam blazer pengawas sekolah dulu. Labuh, dah macam boleh muat masuk dua orang je. Hehe

    ReplyDelete
  8. Pertama santai..kedua sempoi..ketiga smart

    ReplyDelete
  9. abg akak punya favourite brand...sampai ada ada murid dia ckp cikgu kpop sbb pattern Jefferson ni ala2 kpop gitu..:-)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz pun pernah orang cakap berimej k-pop.. :)

      Delete
  10. Serius stylo, kacak dan segak.

    ReplyDelete
  11. Nice ah baju2 dia. Sebelum ni taklah amik pusing sgt pasal baju lelaki. Pas tgk Eraz pakai cenni, nak beli ah satu utk abang tersayang. Insya-Allah. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni, boleh la serang 'Jefferson'.. :)

      Delete
  12. wahh ! daebakk . ~ hohoo. model dah pahnii.. ~ kasual yang smartt n stylo. hehe ~

    ReplyDelete
  13. Hensem la papa zara..

    ReplyDelete
  14. Jefferson ni dulu adalah brands seluar sekolah saya. saya tempah disini. termasuk baju raya. Lokasi paling terkenal adalah di Komtar Penang. Tetapi sejak berubah ke konsep urban belum pernah singgah lagi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.