Sunday, 29 June 2014

Ada apa dengan 'diari'?


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semalam terjumpa satu blog yang menulis tentang diari kisah hidup dia.. Cuba luang masa dalam 5 minit untuk baca apa yang dia tulis.. Rasa macam dapat faham dengan apa yang disampaikan.. Tapi blog berkenaan dah tak terupdate sehingga kini.. Last bulan puasa tahun 2006..

By the way, korang semua pernah ada diari? Atau sekarang masih menulis dalam diari? Bukan diari untuk hal kerja, tapi cerita personal korang? Jujurnya Eraz pernah ada diari.. Bila? Berkurun yang lama la.. Zaman semasa menunggu result PMR.. Lepas tu stop.. Timbul balik semasa menunggu result SPM.. Lepas di matrix sekejap.. Kalau baca balik, memang nak tergelak pun ada, tapi pengalaman kan.. Tak dapat di jual beli..

Tapi sekarang? Tidak lagi.. Tiada lagi diari bertulis.. Dah kurang masa nak menulis.. Lebih kepada membuat kerja-kerja office dan menulis blog ni je la.. Blog ni pun di kira diari.. Siapa masih menulis diari? Kenapa agaknya?

26 comments:

  1. Blog saya adalah diari saya :D hehe http:diarijejakahangat.com

    ReplyDelete
  2. dulu2 adalah sekarang kesuntukan masa. :)

    ReplyDelete
  3. Dulu2 ade la tulis diari kat buku. Tapi sekarang buat diari online je. Story pasal diri kat blog. Luah perasaan kt pesbuk. Hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi tak agaknya yang ada diari bertulis? Hehe..

      Delete
  4. Ada pernah cuba, lama dulu, sehelai dua saja tulis, kemudia malas, rasa rahsia itu lebih selamat kalau ditulis dalam diari hati;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali.. Diari hati memang seronok.. :)

      Delete
  5. Nisa still tulis diari sampai sekarang..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tulis kat diari

    ReplyDelete
  7. singgah sini..salam Ramadhan Kareem, semoga usaha kita untuk menjadi yang terbaik akan berjaya hendaknye. Amin Ya Robb.

    Jemput ke blog Cik Anis, ada cerpen bersiri menarik sempena Ramadhan berdasarkan kisah benar tetapi diolah sedikit ^^

    ReplyDelete
  8. diari? tak penah ada sebab ? sebab takut dikantoi org. haha
    tp start from this year da start taruk diary sbb MUET punya pasal. lebih kepada journal daily life la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kaitan dengan MUET tu? Cuba cerita, mesti ramai nak tahu..

      Delete
  9. dari diari lah wujud nye blog sy tu:) tp diari lebih privacy skit laa kan..xde bli buku diary pown just buku log je..strt form 1 smpai lpas plkn..buku tu still ad lagi...hehehe..seronok jugak ad diari ni..:)

    ReplyDelete
  10. Memang suka menulis diari..best..

    ReplyDelete
  11. dulu suka jgk menulis tp skarang ada penyakit M..hihik

    ReplyDelete
  12. hsna dulu kononnya nak ada satu, lepas tu update, then sepi 2 3 hari update plak..:p
    last skali buang mcm tu je, dah laa adik2 asyik slongkar nak baca..sibuk je diorang nih..-.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes orang baca tu yang tak best.. Hehe..

      Delete
  13. Dulu2 suka sgt menulis diari sekarangdah kurang tapi still lagi menulis diari ..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.