Friday, 16 May 2014

Spontaneous Thursday #4 | Kisah bersama arwah Mertua


Assalamualaikum w.b.t.. Masa entri ni ditulis, masih dalam dalam 15 Mei 2014, Khamis.. So masih boleh guna entri Spontaneous Thursday kan.. Siapa yang baca entri petang tadi, pasti akan ingat yang hari ni ialah ulang tahun kelahiran arwah bapa mertua Eraz.. Jadi malam ni, kami sekeluarga bersama ahli-ahli surau dekat rumah adakan majlis tahlil dan bacaan yasin kepada arwah.. Kebetulan juga malam ni malam jumaat.. Sememangnya selalu adakan bacaan yasin.. Cuma lebih malam ini, kebetulan sama hari dan tarih dengan hari lahir arwah..

Sesungguhnya, walaupun arwah dah lama meninggalkan kami, rasa seakan-akan dia masih ada didepan mata.. Sesekali teringat akan arwah dan kenangannya.. Boleh bayangkan lagi macamana pertama kali berjumpa dengan beliau semasa nak mulakan sesi bercinta dengan isteri sekarang.. Boleh nampak betapa sayangnya beliau kepada anak perempuan.. Apa yang nampaknya tu, biarlah menjadi rahsia Eraz.. Apa-apa pun, alhamdulillah, Eraz diterima oleh beliau dan family menjadi menantu sulung dalam keluarga itu.. Sehinggalah Eraz bawa Ma Abah Eraz ke rumah beliau untuk berbincang tarikh bertunang dan selepas itu tarikh untuk berkahwin.. Banyak lagi yang nak diceritakan, tapi nanti entri ni akan berjela-jela..

Berkaitan dengan entri ni, memang dalam kepala dengan spontannya nak buat entri pasal arwah malam ini.. Pada yang tidak keberatan, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.. Terima kasih..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.