Tuesday, 13 May 2014

Sementara ada masa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sementara Zara Faleesya tengah syok tidur, boleh la update blog sekejap.. Tapi rasanya tak lama tu.. Sekejap lagi, mesti bangun punya.. Mamanya telah memasak.. So tak nak ganggu dia memasak, Eraz amek turn jaga Zara.. Tapi lepas makan, mandi, dia tidur lak.. Kalau ada je dekat dengan dia, bila dia bergerak, tepuk tepuk sikit, boleh sambung lagi tu tidur..

Tapi online dengan Tab sekejap.. So sekarang, boleh la online dengan laptop pulak.. Lebih puas hati sebenarnya kalau nak update blog, juga laptop.. Psikologi kot.. Tab pun berguna kalau ada ketikanya tak sempat nak on laptop.. Bau dari dapur pun dah masuk ni.. Tadi Mamanya tengah buat puding..

Menu masakan? Katanya special sikit hari ni.. Mana taknya, dua tiga tempat singgah tadi beli barang dapur dan bahan masakan.. Dari rumah ke kedai ayam (tak beli kat pasar sebab harga berbeza jauh!), lepas tu singgah kedai buah then baru ke pasar basah.. Kat situ banyak la sikit barangnya.. Alhamdulillah.. Kalau dulu, Ma yang masakkan, sekarang ada isteri.. Rugi tu siapa tak kahwin lagi.. Apa-apa pun, jodoh korang pasti akan datang.. Insyaallah..

Eraz suka tolong isteri kat dapur, tapi tengok keadaan la.. Kalau dulu, banyak sikit masa.. Tapi sejak ada Zara dan Zara boleh gerak situ sini, memang susah la nak menolong.. Sorang kena jaga budak kecik tu.. Hehe.. Tapi lepas settle semua, Eraz ada task nak kena selesaikan pulak.. So isteri la jaga Zara pulak.. Bergilir-gilir.. 

#Tak pasal-pasal dah jadi karangan.. Hanya nak cerita pengalaman..

22 comments:

  1. gitulah alam perkahwinan .. siok actually. precious moments jgak actually tuk kita yg kerja ja..

    ReplyDelete
  2. Sesekali kena jugak tlg isteri masak ...
    Tak tolong potong2 bahan tolong isteri kacau2 kat dapur pon ok la ...
    Takder la isteri boring sorang2 kat dapur ,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz memang suka tolong.. Tapi sejak ada Zara, kena la sorang jaga Zara.. Kecuali dia dah pandai jaga diri kan.. :)

      Delete
  3. sama la kita...laptop lg best nak update pjg2..
    pttla entri kali ni pjg skit..hehehee~~

    masakan org rumah harus la sedapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba tiba panjang lak entri ni kan.. Hehe..

      Delete
  4. wahh.. rajin eraz.. kekalkan sifat rajin bantu isteri di dapur..:)

    ReplyDelete
  5. rajinnya eraz..sweet sgt bila da kwen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa biasa je.. Mesti semua kisah lepas kahwin tu sweet sweet..

      Delete
  6. baguslah saling tolong menolong..ringan siki kerja isteri kat rumah :)

    Singgah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
  7. meme nak kwin, tunggu la plak iman kwin kang nak karang citer mcm bro pula

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Insyaallah.. Tapi tak tahu di kategori mana..

      Delete
  9. bestnya alam perkahwinan kan abg eraz? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat best.. So jangan takut nak berkahwin.. :)

      Delete
  10. Sesekali story panjang sikit pun ok gak....

    ReplyDelete
  11. itu yang baiknya..saling membantu..teringin nak tengok oeang rumah eraz..

    ReplyDelete
  12. sesekali certa jadi kerangan tidak mengapa hehe rajin betul Eraz membantu orang rumahnya ni :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.