Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah gunanya ketenangan dan diselitkan dengan senyuman.. Kenapa Eraz cakap macamtu? Sebabnya ini berlaku pada Eraz hari ni.. Pagi-pagi lagi kena sampai office.. Memberi perkhidmatan kepada orang-orang yang tidak mahu mengikut peraturan.. Sengaja menguji kesabaran..
Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tidak ok sepenuhnya, kepala sakit.. Fuh! Tapi terpaksa senyum.. Cuma bila bercakap, memang tak boleh nak elak.. Lebih kepada serius sikit.. Bergurau macam biasa? Tengok pada kes.. Kalau kepada yang bawa masalah, sorry la.. Bukan hari ini..
Kalau kita tak positif, cuba berada dalam keadaan bertenang, pasti punya lah mood kita akan jadi tidak sabar dan mungkin akan meninggikan suara.. Jadi cuba senyum, bercakap dengan 'sopan', insyaallah semua akan terkawal.. Jadi sekarang ini masih terkawal..
#Tarik nafas dalam-dalam, hembus.. Senyum.. Boleh jadi cool.. Rileks!
Semuanya perlu kesabaran dan kecekalan hati..
ReplyDeleteSampai sakit semula kepala.. Hehe..
Deletehehehe..jangan sampai meletop sudah..:p
ReplyDeleteMeletop tu belum lagi.. :)
DeleteBanyakkan istighfar ya Abg Eraz. Paling penting fikir positif :)
ReplyDeleteInsyaallah, itu tidak lupa..
Deletehari ini akak dah start sakit kepala semula.....
ReplyDeleteLa ya ke..
Delete