Monday, 5 May 2014

Bukannya senang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini lah gunanya ketenangan dan diselitkan dengan senyuman.. Kenapa Eraz cakap macamtu? Sebabnya ini berlaku pada Eraz hari ni.. Pagi-pagi lagi kena sampai office.. Memberi perkhidmatan kepada orang-orang yang tidak mahu mengikut peraturan.. Sengaja menguji kesabaran..

Ditambah pula dengan keadaan kesihatan yang tidak ok sepenuhnya, kepala sakit.. Fuh! Tapi terpaksa senyum.. Cuma bila bercakap, memang tak boleh nak elak.. Lebih kepada serius sikit.. Bergurau macam biasa? Tengok pada kes.. Kalau kepada yang bawa masalah, sorry la.. Bukan hari ini..

Kalau kita tak positif, cuba berada dalam keadaan bertenang, pasti punya lah mood kita akan jadi tidak sabar dan mungkin akan meninggikan suara.. Jadi cuba senyum, bercakap dengan 'sopan', insyaallah semua akan terkawal.. Jadi sekarang ini masih terkawal..

#Tarik nafas dalam-dalam, hembus.. Senyum.. Boleh jadi cool.. Rileks!

8 comments:

  1. Semuanya perlu kesabaran dan kecekalan hati..

    ReplyDelete
  2. hehehe..jangan sampai meletop sudah..:p

    ReplyDelete
  3. Banyakkan istighfar ya Abg Eraz. Paling penting fikir positif :)

    ReplyDelete
  4. hari ini akak dah start sakit kepala semula.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.