Monday, 19 May 2014

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 8 untuk drama Aku Isterinya.. Dan rasanya minggu ini minggu terakhir untuk drama Aku Isterinya ni.. Hubungan Mikail dan Mya menjadi semakin baik dan intim apatah lagi sekarang ini Mya telah mengandungkan anak Mikail.. Apatah lagi bapa Mikail kini telah berbaik dengan mereka dan sangat happy kerana tidak lama lagi akan mendapat cucu..

Malangnya hubungan Mikail serta Mia dengan Datin Adibah iaitu ibu Mikail masih lagi tak berapa nak ok.. Ini semua berpunca dari hasutan anak saudaranya sendiri iaitu Suzanne.. Tapi apa akan berlaku pada minggu ini? Yakni drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28?

Apa yang pasti, hubungan Mikail dan Adam terus putus setelah Mikail dapat mengetahui yang Adam sebenarnya telah rogol Mia sebelum ini semasa Mikail mabuk.. Selain daripada itu, Mikail dan Mya juga hampir-hampir dilanggar oleh seorang penunggang motor di kawasan parking.. Agaknya kerja siapa? Lagi satu, walaupun tidak berjaya mendapatkan bantuan Mak Ngah Mya untuk dapatkan Mya, Shamil masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Mia sehingga sanggup sekali lagi ke KL untuk berjumpa dengan Mia..

Apa lagi yang berlaku? Adakah Mia lahirkan anak lelaki, atau anak perempuan ataupun kembar? Memang memang tunggu drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28 ini.. Wassalam..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.