Wednesday, 30 April 2014

Eraz Fadli menghitung hari ..


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau baca dari tajuk entri, memang nampak macam tajuk nak bercerita kan.. Tapi sebenarnya salah satu Search Keyword yang sangkut di blog Eraz hari ni.. Eraz Fadli menghitung hari.. Tak tahu la siapa yang search dan maklumat apa yang diperlukan.. Kalau menghitung hari nak dapat baby, Zara dah lahir.. Wife pun belum pregnant untuk anak kedua.. Mungkin menghitung hari benda lain kot.. Hehe.. Apa-apa pun, terima kasih pada siapa yan google tu.. 

#Entri Santai..

Read more ...

Kembali 'muda' !


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam seminggu dua ni memang sibuk cari masa nak pergi salon.. Banyak sangat halangannya.. Nak gunting rambut.. Rasa memang panjang giler tak.. So alhamdulillah semalam sempat pergi dan sempat la selfie sikit sikit dalam kereta.. Haha.. Nak share semalam, tapi Tab pulak tak de bateri..

Kembali ke fesyen spike.. Yang pendek-pendek la.. Kalau nak ke office, ubah la jadi yang bersesuaian.. So! Dah rasa macam muda semula walaupun umur dah 30 tahun kan.. Nak cuba style lain sebenarnya, tapi malas nak fikir dan cari.. So kembali kepada yang lama yang rasanya masih releven lagi..

#Gambar bergegar!

Read more ...

Fenomena Chocolate Oat Choco


Fenomena Chocolate Oat Choco | Assalamualaikum w.b.t.. Selamat pagi.. Breakfast belum? Hehe.. Hari ni Eraz buat hal sikit, tak tahu kenyang ke tak, breakfast dengan Chocolate Oat Choco je.. Nampak tak tajuk, 'Fenomena Chocolate Oat Choco'.. Percaya atau tidak? Rasanya seluruh Malaysia kot mencari-cari Chocolate Oat Choco.. Eraz pernah buat satu entri pasal Chocolate Oat Choco sebelum ini.. Rujuk entri INI.. 

Dalam entri tu, ramai yang tanya soalan.. Antaranya kat mana jual Oat Choco di area Seremban, Kota Bharu, KL, Selangor dan lain-lain la.. Berapa harga pasaran Choco Oat ni.. Eraz pernah google.. Harga ni macam-macam, ikut pembekal dan penjual.. Banyak betul soalan lain macam mana nak cari Oat Choco dan lain-lain la..

Siapa yang pernah try? Bagi Eraz memang sedap.. Hehe.. Boleh kenyang kot.. Tapi kena makan banyak la.. Hehe.. Sebab tu la Eraz gunakan perkataan Fenomena Chocolate Oat Choco.. Kalau dulu memang susah nak jumpa Chocolate Oat Choco tapi sekarang, di mana-mana saje kot.. Lagi satu, jangan keliru, sekarang ni juga dah banyak jenis Chocolate Oat Choco ni.. Hehe.. 

Read more ...

Tuesday, 29 April 2014

#Frust


Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya malam ni, whatsapp Eraz tak kan berfungsi sebab Tab dah mati terus.. Ianya tak dapat dihidupkan lagi.. Sebabnya? Sebabnya charger tertinggal kat office.. Sedar charger tertinggal masa dah ada kat rumah.. So memang tak larat dah nak g office semata-mata kerana charger.. So bagi je la 'dia' rehat..

Sedikit frust sebab masa last Tab bernyawa, tengah bincang sal job blogger.. Last-last tak sempat habis, dah K.O.. So kalau ada rezeki, sambung je la esok.. Kalau ada rezeki, tak ke mana.. Tak larat nak mengadap laptop malam ni.. Mata rasa penat giler.. So, good night semua.. Wassalam..

Read more ...

Kenapa Eraz selalu ke blog dia ?


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Eraz selalu ke blog dia? Paling utama sebab entri-entri di blog dia memang tak pernah simple.. Faham kan maksud simple.. Kalau korang selalu ke blog dia, memang entri yang dia tulis penuh dengan info dan maklumat yang berguna kepada semua.. Kalau baca, memang tak rugi.. Apatah lagi kami mempunyai anak yang hampir sebaya kan.. Perkongsian pengalaman dan apa yang dia selalu baca tu, memang berguna kepada pembacanya.. So memang tepat kalau tuan punya blog dikategorikan sebagai parenting dan lifestyle blogger.. 

Dari segi respon pembaca pun, Eraz tengok memang mendapat sambutan.. Buktinya? Mesti ada bukti kan.. Buktinya ialah komen la.. Cuba tengok jumlah komen yang diterima.. Dan lagi satu, interaktif tu ada kat dalam tu.. Yang pasti, setiap hari ada entri terkini.. Tak percaya..? Haaaaaa.. Baca di bawah.. Hehe..

Siapa yang Eraz maksudnya, jom terjah blog INI.. Pasti korang akan setuju dengan apa yang Eraz tulis..

Read more ...

Menulis ; Bukan Senang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Menulis senang ke? Siapa kata menulis ni senang? Ini baru menulis untuk blog.. Belum lagi buat novel ke, skrip ke kan.. Buat tesis (Master's Project / Kertas Projek - Degree) pun susah kan.. Semua tu berkaitan dengan menulis.. Perkataan menulis, YES, memang senang.. Tapi, kalau tak de idea, mana boleh menulis kan.. Mahu tak menangis.. Menangis kalau melibatkan yang ada dateline la contohnya tesis tu.. Hehe..

Sama juga dengan blog.. Kalau tiba-tiba korang bukak blog.. Then dalam kepala fikir nak buat entri baru.. Idea ada, tapi idea menulis or mengarang tu takde.. Agak-agak entri tu jalan tak? Agak-agak boleh menaip tak.. (Abaikan masa terlebih dahulu).. Kalau bukan 100% pun, maybe 90% boleh katakan tak jalan.. Sama juga update blog tiap-tiap hari.. Kalau dapat buat 2, 3 entri sehari, itu boleh dikategorikan bagus la.. Tapi entri tu make sure bukan copy paste la kan.. Ataupun pasal dunia artis sekarang..

Sebab pasal artis ni, kadang-kadang kesian mereka jadi public firgure.. Semua benda orang nak tahu.. Semua benda orang ambil tahu.. Sampaikan benda dalam selimut pun.. Kadang-kadang tu, dari tak de masalah, jadi ada masalah.. Dari hal tu kecik, terus menjadi besar.. Dibesar-besarkan pun ada.. So blogger, sebelum kita buat entri tu, cuba fikir dulu samada entri tu sesuai ke tak.. Patut ke tak.. Dan lain-lain..

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua pembaca blog ERAZFADLI.COM selama ini kerana support sebab Eraz tahu, entri blog Eraz ni maybe kosong je kot.. Duk citer sal kerja, diri sendiri, my princess, cerita tentang apa yang Eraz ambil tahu dan lain-lain.. Harap korang tak boring la.. At least tak de la cerita sal orang lain.. Kalau ada pun, petik sikit je.. Itu pun positif kot yang mungkin boleh jadikan dorongan.. Negative? Tidak sama sekali.. 

#Aiyooo.. Macamana entri ni boleh jadi panjang.. Tak tahu la entri ada isi ke tak.. Korang rasa?

Read more ...

Monday, 28 April 2014

Bila dah bertiga ..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni kira dinner di Secret Recipe dengan wife dan Zara Faleesya.. Sebab dah alang-alang ada kat area tu, decide terus makan kat situ.. Bab paling mencabar ialah Zara.. Dia bukan main lagi gerak situ sini.. Tengok orang makan, nak makan.. Tengok orang minum, nak minum.. So terpaksa la kami bergilir-gilir.. Last-last Zara jadi tak selesa sebab dia dah ngantuk.. Habis je makan, terus balik.. Zara tertdo dalam kereta.. Dan sampai sekarang, masih tidur lagi tu..

Read more ...

2, 3 duk fikir benda ni ..


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam 2, 3 hari ni, asyik duk fikir pasal benda (makanan) di atas tu je.. Aiii.. Boleh meleleh air liur ni.. Hehe.. Korang tengok gambar tu, macam sedap tak? Korang boleh agak tak itu apa? Hehe.. Harga boleh tahan.. Tapi kalau dapat makan seorang untuk satu pinggan tu, memang kenyang la.. Kenyang untuk masa tu je la.. Esok nak makan lagi kan.. Kalau selalu selalu, kopak la duit kan.. Korang rasa apa menu makanan di atas? Jeng jeng jeng..

Read more ...

Ranking Alexa.com Blog ERAZ FADLI #23


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya lama giler Eraz tak buat entri pasal ranking blog ERAZFADLI.COM di ALEXA.. Last rasanya pada bulan Februari lepas, itu pun ringkas je.. Ranking memang macam main saham.. Ada ketika jatuh merundum disebabkan oleh kekangan masa, kerja dan juga as a student..

Jadi selepas sesekian lama, Eraz nak update dan maklumkan kepada semua pembaca blog ERAZFADLI.COM ni tentang kedudukan terkini untuk ranking ALEXA.. Kedudukan sehingga hari ni, 28 April 2014 ialah :

Alexa Traffic Rank (Global) : 72,730
Traffic Rank in MY : 454

Apa-apa pun, sesiapa yang ingin menyemak kedudukan masing-masing, boleh klik link INI..

Read more ...

Sunday, 27 April 2014

Perkataan disebalik 'EMAK'

Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin dah ada di antara kita pernah jumpa di Facebook.. Jadi malam ni Eraz share pada yang belum baca.. Perkataan-perkataan yang ada di sebalik perkataan 'EMAK'.. Sesuatu yang logik juga sebenarnya.. Emak Melahirkan Aku Kedunia.. Short fontnya jadi EMAK..

Read more ...

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18

Aku Isterinya Episode 15 | 16 | 17 | 18 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 5 untuk drama Aku Isterinya.. Kalau diikutkan minggu ini, konflik rumahtangga Mikail dan Mya bergelora selepas Mya menipu Mikail yang mana sebenarnya dia keluar minum dengan Syamil walaupun niatnya baik.. Apa-apa pun, jom baca serba sedikit sinopsis drama Aku Isterinya Episode 15, 16, 17 dan 18..


Aku Isterinya Episode 15 - Mikail marah apabila dia ditipu oleh Mya tambahan pula apabila Shamil memaklumkan yang Mya adalah kekasihnya sejak dulu lagi..

Aku Isterinya Episode 16 - Mikail terkejut kerana Suzanne berada di ruah mamanya lalu hilang sabar apabila Suzanne minta Mikail membuat pengakuan kepada Datin Adiba tentang hubungan Mikail dan Mya dan juga siapa Mya yang sebenarnya..

Aku Isterinya Episode 17 - Mikail terkejut apabila mendapat tahu Shamil telah pergi ke rumah Mak Ngah Mya untuk meminang Mya dan pinangan tersebut diterima oleh Mak Ngah selepas Shamil menebus tanah pusakanya..

Aku Isterinya Episode 18 - Mya tergelak apabila Mikail mengajaknya pergi berbulan madu kerana mereka berkahwin disebabkan ditangkap berkhalwat dan dia merasa tidak sesuai untuk pergi berbulan madu..

Read more ...

Berpindah demi Zara ..


Assalamualaikum w.b.t.. Bukannya berpindah rumah ya, tapi hanyalah berpindah tempat tidur.. Pada awal malam tidur dalam bilik, macam ok je sampailah pukul 2.00 pagi dan lebih, Zara dah mula tak selesa.. Zara sebenarnya selesema.. Berjangkit dengan papa kot.. Nasib baik badan tak panas.. Jadi bila selesema, hidung akan tersumbat.. Cuba tutup aircond, kasi kipas je, pun Zara tak selesa jugak..

So try bawa tidur kat luar.. Alhamdulillah, dia lena sampailah entri ni ditulis.. Lega rasanya.. Anak tak dapat tidur, kita yang mengantuk ni pun, tak dapat tidur juga.. Kesian.. Harapnya selesema Zara akan cepat ok.. Kalau tak, memang kena buat macam ni la tiap-tiap malam..

#Entri ni ditaip pada pukul 4.00 pagi

Read more ...

Saturday, 26 April 2014

Layan Tollgate Asmara malam ni ..

Tollgate Asmara | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak layan drama Cerekarama TV3 ni.. Tak tahu samada sebab sibuk ke, ada hal lain ke atau memang drama tak best masa tu.. Tapi malam terlayan pulak.. Kebetulan wife pun tengok drama Tollgate Asmara, so Eraz layan sekali.. Nampak maca, best je.. Lawak-lawan ringan.. Pelakon pun nampak macam semua ada nama.. Tarikan utama, sah-sah la Izara Aishah dan Keith Foo.. Kisah berkisar tentang pekerja di tol bertemu dengan lelaki kaya.. Ringkas je.. Tak larat nak tulis panjang-panjang, so layan dulu drama Tollgate Asmara ni..

Read more ...

Apa yang terjadi semalam ..


Assalamualaikum w.b.t.. Entri malam hari ni untuk up satu status yang Eraz up kan dalam Facebook Eraz Fadli semalam.. Ingat lagi status yang Eraz up di Facebook semalam? Status apa? Rujuk bawah : 

Saya perlukan ubat selesema yang mengantuk.. Senang boleh tidur sampai pagi.. Bangun-bangun terus solat subuh dan bersiap pergi kerja.. Tapi, Zara terpaksalah main dengan mama je malam ni.. Errmmmm...

Haaaaa.. Eraz memang minta dengan isteri ubat tu awal.. Tapi dalam pukul 11 kot baru telan.. Lepas tu, memang rehat secukup-cukupnya.. Kadang-kadang tersedar dari tidur sebab sejuk kan.. Haha.. Alhamdulilah selimut dah sedia ada dibadan walaupun asalnya tak de selimut lagi masa tertidur.. Walaupun tidur, sempat Eraz bangun pukul 4.00 pagi untuk buatkan susu untuk Zara Faleesya.. Bantu isteri kan.. Sambung balik, memang betul-betul bangun masa waktu Subuh..

Motif entri? Alhamdulillah.. Dengan rehat yang cukup, batuk dan selesema ni makin ok berbanding semalam.. Yakin la sikit nak drive jauh-jauh kan.. So, bagi siapa yang demam tu, rehat la cukup-cukup... Air pun kena cukup juga dalam badan.. Insyaallah, demam tu akan hilang sikit demi sikit.. Wassalam..

Read more ...

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Read more ...

3 Beradik berkumpul dalam Peti Surat ..


Assalamualaikum w.b.t.. 3 beradik berkumpul dalam peti surat.. 3 beradik? Macam orang.. Tapi mana muat dalam peti surat kan.. Anak kucing sebenarnya.. Tengok gambar di atas.. Gambar tu disnap oleh adik ipar di rumah mertua.. Rasa macam cute je tengok.. Punyalah ibu kucing berusaha untuk pindahkan anak-anaknya dari stor.. Dalam peti surat jadi pilihan.. Bayangkan kalau posmen hantar surat? Mahu tak terkejut tengok 3 beradik ni.. Hehe.. 

#Yang pasti, memang selamat dari ancaman hujan.. Kepanasan tu, tak tahu la..

Read more ...

Misi hari ni !


Assalamualaikum w.b.t.. Misi hari ni, selain dari kerja, Eraz nak habiskan dua botol besar air ni.. Semuanya demi nak badan yang sihat walafiat.. Ya la, kalau tak demam or batuk, tak de nya nak minum air sebanyak ni kan.. Tapi insyaallah, akan cuba diamalkan selepas ini jugak! Jujurnya memang Eraz tak de disiplin sangat nak minum air mengikut apa yang diperlukan.. Kadang-kadang minum, kadang-kadang tak.. Good Luck untuk diri sendiri..

Read more ...

Turn 'Selesema' ..

(Sumber : Google)
Macam over pulak dia bersin..

Assalamualaikum w.b.t.. Tibalah masanya untuk selesema pulak.. Dari batuk, then ok la sikit, terus menerus ke selesema.. Rasa macam nak tidur je berehat.. Tapi apa kan daya, kerja tetap kena kerja.. Dan hari ni, masih kena outstation ke Kuala Krai.. Bagi taklimat pulak tu.. Demi kerja, redah sajelah walaupun kena drive pergi balik lebih dari 3 jam.. Fuh! Cool.. 

#Teruskan kerja sampai ke petang hari ni.. Esok?

Read more ...

Friday, 25 April 2014

Hasil daripada kereta berdebu ..


Assalamualaikum w.b.t.. Salam Jumaat semalam.. Eraz jumpa gambar di atas tu di GOOGLE.. Apa yang Eraz faham dan nampak, gambar tu terhasil daripada seorang atau lebih yang mana sangat teliti dan kreatif dalam menghasilkan gambar di cermin belakang kereta yang berdebu.. Korang rasa itu real atau tak? Hehe.. Kalau betul la, memang tabik spring la..

Read more ...

KAX - Your KAX BFFs are here! #KAX #BFF


Assalamualaikum w.b.t.. KAX.. Ternampak patung-patung KAX ni di mana tah.. Rasa macam ok la jugak.. Kalau boleh dapatkan seekor dua, boleh bagi kat Zara Faleesya ni.. Tapi mana nak dapatkan KAX ni kan.. Pertama sekali, mestilah nak yang Joey tu.. Sebab apa? Tengok ayat dalam gambar di atas.. Hehe.. Selain Joey, ada lagi yang lain.. Dolly, Peachy, Foxy, Romeo, Mia, Jasper dan Harley.. (Ini ayat Part I)


(Part II) Tapi, apa yang Eraz dapat tahu, harganya boleh tahan juga.. Tapi kalau dapat hadiah, alhamdulillah.. Betul ke RM 550 untuk dua ekor Atau dengan kata lain RM 275 seekor.. Hehe... Fikir dulu.. Yang penting, koleksi Stitch papa, memang sudah menanti Zara Faleesya.. Hanya untuk budak kecik main.. Suka-suka.. Lepas tu, simpan la dalam almari.. Tak letak macam tu je..

Read more ...

Ter'kubur' kerana kawan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Terkubur? Fuh.. Kerana kawan lak? Alahai.. Bukan apa kawan-kawan.. Tadi tengok punya tengok draft.. Ada la beberapa entri yang tersimpan lama dalam draft.. Dah complete.. Anytime je boleh publish.. Tapi, bila baca punya baca, niat untuk publish tu tergendala.. Kalau di lihat pada tajuk dan idea, sure orang nak baca entri tu.. Tapi bila baca punya baca lagi, tak elok kot dipublish sebab 'KAWAN'.. 

Kenapa 'KAWAN'? Sebabnya, mungkin sedikit sebanyak ada kawan yang akan terguris dengan entri fakta tu.. Baik kita elak dari untuk membuat entri yang boleh buat kawan kita terasa.. Entri berkenaan tak tuju pada mereka pun.. Tapi kita tak  tahu apa yang orang fikir kan.. Tak rugi apa pun kot walaupun tak publish.. Siapa setuju? Wassalam..

Read more ...

What the fish ??


Assalamualaikum w.b.t.. What the fish? Rasanya satu Malaysia dah tahu pasal kes 'What the fish' ni kan.. Ke ada yang belum tahu.. Jujurnya, Eraz dapat tahu hal ni di Facebook.. Tapi semalam baru lah sempat dengar di laman web rasmi Hot.Fm.. Bila dah sebut Hot.Fm, sure korang dah boleh agak kan walaupun tak tahu.. Ya, panggilan hangit.. Memang antara Top 10 paling hangit la.. Mungkinkah Cikgu Izzuddin akan dipanggil ke Hot.FM untuk diinterview..? Kita tunggu dan lihat.. Apa kesudahan kes Fafau dengan April pagi tadi ya? Siapa tahu?

#Salam Jumaat semua..

Read more ...

Thursday, 24 April 2014

Not enough space ..

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah akibatnya kalau ada handphone yang 'tettttt'.. Hehe.. Bila sms dah banyak masuk, keluarlah message seperti yang tertera.. So buatlah aktiviti delete message.. Elok juga ada reminder macam tu jika nak dibandingkan dengan tak de reminder tapi handphone makin hari, makin slow sebab 'beban' banyak.. Haha..

Alhamdulillah, yang penting handphone tu berfungsi..

Read more ...

Mencintaimu adalah keindahan.. Dicintaimu adalah kebahagiaan..


Assalamualaikum w.b.t.. Tadi, masa buat entri Spontaneous Thursday #3, dah letak ayat jiwang.. Ayat tu dari lirik lagu je pun.. Nak buat sendiri, memang tak reti la.. Kali ni nak buat entri yang maybe hampir sama.. Cuba baca ayat di atas.. 

"Mencintaimu adalah keindahan.. Dicintaimu adalah kebahagiaan.."

Haaaaaa.. Menarik kan.. Cuba korang message pada pasangan masing-masing.. Nak tahu apa yang si dia akan reply.. Jom!!

Read more ...

Spontaneous Thursday #3


Assalamualaikum w.b.t.. Ini spontan Eraz hari ni..

Resah hati ku
Selalunya ada
Fikirkan kamu
Setiap waktu ku
tenang jiwa ku
bila kau di sisi
.....

Tak mampunya aku
Bila kau tiada
Gelap hariku
Sepi hidup ku
Lemah langkah ku
Mendengar suara mu
Laju jantung ku bila menyentuh mu

Petikan (edit) lirik : Penantian (Alif Satar)

Read more ...

Amalan minum air ..


Assalamualaikum w.b.t.. Minum air (kosong) memang satu benda yang baik.. Tapi tak semua orang amalkan.. Betul tak? Eraz sendiri pun.. Kadang-kadang minum banyak air, kadang-kadang tak jugak.. Tapi kalau rasa nak demam ke, dah demam ke, nak batuk ke, dah batuk ke, baru la nak mencari air kan.. Betul tak? Hehe.. Memang bermula semalam, Eraz dah mula 'menggila' minum air.. At least tekak tak kering.. Hari ni sambung lagi.. Harapnya semua makin ok..

Read more ...

Wednesday, 23 April 2014

Wordless Wednesday #72


Wordless Wednesday #72 | Jangan terjadi pada kita semua..

Read more ...

Aziana & Nordin Kilauan Emas 4 | Motif entri?


Assalamualaikum w.b.t.. Entri pasal Kilauan Emas? Motif? Hehe.. Takde apa.. Lepas je baca di Harian Metro tadi, terfikir nak buat entri pasal dua orang peserta terbaru Kilauan Emas Musim Ke - 4.. Kilauan Emas musim sebelum ni, tak pernah tengok pun.. Kenapa hanya Puan Aziana dan Encik Nordin sahaja yang menjadi piliha? Haaaa.. Tengok bawah :


Aziana Kilauan Emas 4 | Tengok dia asal mana.. Daerah 'halaman'  tu.. Hehe.. Eraz nak tulis ni je sebenarnya, "Mesti ramai pelajar atau bekas pelajar UiTM Machang kenal aunty ni.." Itu je.. Kalau hari ni hari Khamis, Eraz dah buat entri Spontaneous Thursday dah.. Hehe.. 


Nordin Kilauan Emas 4 | Tidak lain dan tidak bukan, orang Kelantan la.. Sebab dah snap maklumat Aziana tu, kena la snap sekali orang Klate kito ni.. Hehe..

Kedua-duanya Eraz tak kenal pun.. Tak pernah-pernah terfikir nak buat entri pada Kilauan Emas ni.. Hehe.. So siapa yang nak tengok, ianya mula malam ni.. Mana Eraz tahu? Tengok la yang first gambar tu.. Adios Amigos..

Read more ...

Acu try cuba tukar ..


Assalamualaikum w.b.t.. Dequadin adalah suggestion dari wife.. So tanpa ragu-ragu, memang better then before.. Ini semua untuk back up sebelum perlu di klinik.. Wife dah message awal-awal tadi sebab dia nak make sure suaminya ke klinik juga malam ni.. Sebabnya dia tahu yang suaminya ni memang susah nak ke klinik.. Kalau menyuruh orang, nombor satu.. Hehe.. So untuk malam ni, "tengok la macamana..".. Haha..

#Tekak masih pedih

Read more ...

Dah mula dah..

(Gambar Hiasan)

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya apa yang tak diingini telah berlaku.. Sakit tekak.. Arrggghhhhh... Strepsils tak jadi la dengan Eraz.. Tak serasi kot.. Wife dah suruh tukar.. Kalau tak ok jugak, malam ni kena g klinik la kot.. Boleh minta antiboitik terus.. Kena cepat sebab Sabtu ni, Eraz ada program taklimat.. Bayangkan kalau tak de suara.. Aiyooooo.. Minta jauh.. Tak best langsung kalau dah mula pedih tekak.. Fuh!

Read more ...

Wordless Wednesday #71

Read more ...

Tuesday, 22 April 2014

Topik malam ini : Panas

Assalamualaikum w.b.t.. Panas, memang topik hangat.. Hehe.. Serius memang tak boleh nak buat apa.. Kita orang-orang 'tua' ni ok la.. Bayangkan budak-budak kecik.. Untuk Zara, memang kipas tak pernah off la.. Kalau tidur dalam bilik, nasib baik ada aircond.. Aircond pun, kalau sejuk sangat, tak elok jugak untuk baby..

Eraz rasa memang aircond jadi laku dan terhangat di pasaran la.. Tapi itu pada yang mampu la.. Pada yang tak mampu? Dalam masa yang sama, air pun kering sekarang.. Member office beritahu semalam, sedalam-dalam tali air di kawasan rumah dia, dah kering.. Bayangkan.. Bekalan air apatah lagi, memang berkurangan la..

Harapnya hujan akan turun nanti.. Basahkan bumi..

Read more ...

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Cara halau nyamuk !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak share kan satu cara untuk menghalau nyamuk daripada mendekati baby kita.. Isteri Eraz dah buat semua ni.. Memang menjadi.. Tak susah pun.. Bajet pun tak banyak.. Hanya perlukan limau seperti di atas dan bunga cengkih.. Belah limau berkenaan dan pacak kan bunga cengkih.. Buat la banyak sikit untuk nampakkan kesan.. 

Eraz memang buat... Tapi biar dah kering, nak tukar baru tu, ambil masa sikit.. Hehe..

Read more ...

Monday, 21 April 2014

Siapa boleh kesan?


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini yang boleh kesan di mana silapnya dalam gambar di atas? Gambar ni Eraz jumpa di Facebook.. Sebab tu ada perkataan SHARE dalam tu.. Jom menguji minda!! 

Read more ...

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14

Aku Isterinya Episode 11 | 12 | 13 | 14 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 4 untuk drama Aku Isterinya.. Nampaknya Mikail dah mula menunjukkan rasa cinta dan kasihnya kepada Mya.. Mikail juga telah meluahkan perkataan cinta kepada Mya akan tetapi tiada respon yang diberikan Mya.. Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episode 11, 12, 13 dan 14.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 11 - Mikail terpaksa meninggalkan mesyuarat penting apabila menerima pesanan daripada Farhan tentang Mya.. Dia cemas melihat keadaan Mya yang berpeluh-peluh menahan kesakitan..

Aku Isterinya Episode 12 - Adam datang ke pejabat Mikail untuk mengajak Mikail keluar bersamanya tetapi Mikail terpaksa menolaknya kerana dia membawa bekal yang dimasak oleh Mya..

Aku Isterinya Episode 13 - Suzzane amat marah apabila melihat kemesraan Mikail bersama Mya di KLCC.. Dalam pada itu, Mimi memaklumkan kepada Datin Adiba yang Lisa telah menghubungi..

Aku Isterinya Episode 14 - Mikail memberitahu Mya bahawa dia ada berjumpa dengan Lisa iaitu bekas kekasihnya. Mikail meyakinkan Mya bahawa dia tidak akan bercinta dengan Lisa lagi..


Aku Isterinya Episode 11, 12, 13 dan 14..

Read more ...

Papa Eraz & Zara Faleesya Part III


Assalamualaikum w.b.t.. Pada 09 Disember 2013 lepas, Eraz ada buat entri Papa Eraz & Zara Faleesya Part II.. So hari ni Part III pula.. Entri saje-saje je ni.. Nak kongsi gambar-gambar untuk sesiapa yang nak tengok sebabnya Eraz rasa gambar ni macam cool je.. Masa ni kami kat Karnival Kesihatan.. Zara kepenatan.. Kasi dia susu dan rehat sekejap.. Bergilir-gilir dengan Mama dia..

Read more ...

'Teman' hari ini ..


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah teman hari ni.. Semalam lagi rasa tak sedap tekak.. Masa exam tu, asyik nak batuk je.. Tapi batuk manja la.. Ingatkan semalam je.. Sekali, hari ni pun sama.. Masih rasa macam tu.. Tak best betul rasa tekak ni kalau batuk.. Tapi tak sampai tahap perlu minum ubat batuk lagi la.. Kalau kena minum pun, tak minum masa waktu kerja la.. Kang tak pasal-pasal tidur kat office..

Read more ...

Juara Pertandingan Bayi Sihat



Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan entri Karnival Kesihatan yang Eraz cerita hari Sabtu lepas.. Rujuk entri INI.. Dalam masa kami round-round kat sana, Zara telah masuk dalam satu pertandingan iaitu Pertandingan Bayi Sihat.. Alhamdulillah.. Zara telah dapat tempat pertama.. Rupanya pergi sana tak pulang dengan tangan kosong..

Dan entri ini juga memjawab kepada persoalan entri sebelum ini.. Entri mana? Rujuk SINI.. Nampak baby kan dalam gambar tu.. Itu sebenarnya Eraz snap masa Pertandingan Bayi Sihat ni berlangsung.. Hehe..

Read more ...

Sunday, 20 April 2014

Keranamu Pizza ..


Assalamualaikum w.b.t.. Bukan Eraz yang makan pizza.. Tapi dalam Fear Factor tadi.. Pizza Fear Factor yang bertoppingkan antaranya otak kambing, usus kambing, zakar kambing atau cheese busuk.. Kerana pizza bertoppingkan benda-benda terpilih tu, pasangan Bambang dan Faizal tersingkir.. Mereka di antara pasangan pilihan untuk ke final kerana pernah memenangi 3 kali RM 10,000.00

Dalam program macam ni, memang tak boleh dijangka.. Yang selalu berada di atas, tak semestinya akan sentiasa berada di atas.. Nampaknya Fear Factor dah semakin hampir ke final..

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58 | 59 | 60 Episod Akhir - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu ni telah masuk ke minggu terkahir untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60, kali ni jalan cerita sememangnya fokus kepada kisah Jebat dan Mastura ..

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60 atau lebih best bila di sebut episod Akhir ni rasanya ramai yang dah tahu dan tengok promo di Astro Mustika HD kan.. Korang rasa Jebat kena tembak ke? Siapa yang tembak? Jebat meninggalkan dunia ke? Haha.. Banyak betul pertanyaan tu..

Sebenarnya semua tu sudah direalisasikan dalam iklan di TV.. Digambarkan Jebat terbaring dalam keadaan sakit seperti di tembak.. Selain itu, ditunjukkan juga adegan Mastura dan kakaknya Hana di kubur.. Semua tu sebenarnya sudah menjawab persoalan di atas..

Selanjutnya? Banyak lagi kot kena cerita.. So boleh tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 58, 59 dan 60 atau Episod Akhir nanti.. Wassalam..

Read more ...

Apa nama benda ni? Biskut ke kuih?



Assalamualaikum w.b.t.. Siapa tahu apa nama kuih atau biskut ni? Sedap wei.. Tapi sayang, tak boleh makan banyak-banyak.. Sebab Eraz jenis yang 'bergaduh' dengan kacang dan adik beradik kacang.. Huhi Huhi.. 

Read more ...

Mengharapkan pengakhiran yang baik ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hebat tak tajuk entri? Hehe.. Semua tu berkaitan dengan pengajian semester kedua program MBA Eraz di Open University Malaysia.. Serius, semester kedua ni semester paling tough sekali bagi Eraz.. Apa-apa pun, tunggu result nanti macamana.. 

So pagi ni, akan berperang lagi dengan nombor.. Kalau baru ni dengan Managerial Finance.. Hari ni dengan Accounting for Business Decision Making.. So! Good Luck untuk diri sendiri.. Peace no war..

Read more ...

Study Study.. Jangan Stado !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selesai siapkan Marketing Plan.. Esok boleh submit.. Lepas tu terus kena habiskan study untuk final exam esok.. Salah satu subjek best juga iaitu  BMAC 5203 - Accounting for Business Decision Making.. Kira adik beradik subjek Finance la.. Kalau la Eraz tidur dulu sekarang, risau tak bangun je.. Sedar-sedar dah subuh.. Rugi la masa.. So tahan dulu..

Study Study.. Jangan Stado? Stado tu tak de dalam kamus dewan.. Stado tu saje reka perkataan study plus tdo.. Jadilah stado.. Hehe.. 

Read more ...