Friday, 28 February 2014

Please check your network connection !

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni Eraz ada kat majlis pernikahan sepupu sebelah wife Eraz.. Cuba untuk update gambar-gambar situasi di sini.. Tapi awal-awal lagi Blogger ni dah warning 'Please check your network connection'.. So terpaksa kuburkan idea asal entri malam ni.. Susah jugak nak jadi blogger ni kalau connection tak berapa nak ok.. Haha..

#Entri ni pun tak tahu boleh publish ke tak.. Haha..

Read more ...

Projek Memikat Suami Episode 11

Projek Memikat Suami Episode 11 | Assalamualaikum w.b.t.. Projek Memikat Suami Episode 11 bermula dengan kisah kantoi nya si suami iaitu Zahrain yang mana isterinya, Husna telah menerima satu gambar di handphone nya.. Gambar berkenaan memaparkan gambar mesra antara Zahrain dan Adira.. Drama ni biasa la, baru je nak bahagia, sure akan datang perkara yang tak elok dan bergaduh balik.. Tapi..

Projek Memikat Suami Episode 11 ni memaparkan Husna menghilang a.k.a tak balik rumah selama seminggu dan Zahrain telah berjaya mencari Husna.. Akan tetapi, Husna menyatakan yang dia tak sanggup suaminya berhubungan dengan wanita lain dan meminta untuk diceraikan.. Errmmmm.. Apa lagi yang akan berlaku? Kena tunggu drama Projek Memikat Suami Episode 11..

Projek Memikat Suami Episode 10

Projek Memikat Suami Episode 11

Read more ...

Apa sebenarnya yang berlaku?

Assalamualaikum w.b.t.. Apa sebenarnya yang berlaku ni? Termenung jauh memikirkan masa depan? Sakit kepala? Atau menunggu buah yang tak jatuh? Hehe.. Ini gambar Eraz snap semalam.. Gambar orang demam plus sakit kepala.. Bermula di office memang sakit kepala, kesejukan dalam air-cond, perit tekak, memang tanda-tandanya..

Sampai je rumah, memang badan panas giler! Wife bagi ubat dan rehat tidur sekejap.. Bangun solat Maghrib, mandi, makan sikit, solat Isyak, lepas tu tidur balik sampai ke pagi tadi.. Wife suruh ambil MC je tapi gagahi diri untuk kerja.. Sekarang? Better la sikit..

#Malam ni ada satu majlis pernikahan sepupu sebelah isteri

Read more ...

'Bekalan' hari ni..


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang 'tumbang' la lepas balik kerja.. Dari lepas sampai je rumah, sampai la bangun pagi tadi.. Rehat je.. Tapi pagi ni masih datang kerja macam biasa.. Tapi dah dibekalkan oleh isteri ubat kat atas supaya demam makin baik.. Paling tak suka demam sebab satunya memang tak selesa.. Kedua, tak boleh nak main sangat dengan Zara.. Nanti dia lak berjangkit.. 'Orang tua' demam ok la lagi, tapi kalau anak kecil, memang kesian la.. Orang tua pun akan terlibat sama kan..

#Jom Solat

Read more ...

Beli Botol Susu Baru Zara !

Beli Botol Susu Baru Zara !

Nuriz Shar Baby Shop | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam kepala memang nak carikan botol susu baru untuk Zara Faleesya.. Ya la, dia pun dah makin besar, kuantiti susu pun makin banyak kena minum.. Sebelum ni Zara minum susu guna botol susu MAM.. So! Sebagai ganti botol baru, kami masih nak guna botol susu MAM sebab rasanya Zara ok sangat.. Kembung perut pun tak.. Apa kelebihannya? Klik SINI..

Masa duk borak dengan kawan office hari tu, dia pun dalam mencari botol susu untuk anak dia.. Dia suggest untuk tengok satu jualan di Facebook.. Nuriz Shar Baby Shop.. Sebelum ni katanya Nuriz Shar Baby Shop banyak jual barangan Avent.. Tapi yang terbaru, ada jenama MAM.. So! Bukak punya bukak, terus terpandang botol susu MAM yang ada special price.. Terus tertarik dan order bersama-sama dengan kawan tu.. Tak sampai 2 hari, terus sampai.. Alhamdulillah.. Untuk pertama kali, Eraz order 3 botol susu MAM warna pink dan purple bersaiz 260ml..

# Lepas ni nak carikkan handle dan puting susu x-cut.. 

Read more ...

Thursday, 27 February 2014

Segmen: Paly cari Bloglist Mac 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Blog Paly akan memilih 15 blog rakan blogger melalui random.org dan mereka yang bertuah, akan dimasukkan dalam bloglist Mac 2014.. Syarat-syarat simple macam selalu, boleh tekan gambar atas kalau nak join. Selamat bersegmen !

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37 | 38 | 39

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37 | 38 | 39

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37 | 38 | 39 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu depan akan masuk ke minggu ke 13 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Kali ni untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37, 38 dan 39.. Kalau ditengokkan semalam, Inspektor Aryan betul-betul bersungguh-sungguh menyiasat siapakah sebenarnya orang yang ada topeng wajah Jebat.. Kalau ditengokkan watak Jebat, setiap hari dia mengalami stres disebabkan oleh kisah silamnya.. Mastura sebagai isteri tidak dapat menyelami perasaan sebenarnya Jebat kerana tidak mengetahui hal sebenar.. 

Tetapi, bagi permulaan Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37, 38 dan 39 ni, Jebat akhirnya membenarkan dirinya untuk menunjukkan dirinya yang sebenarnya.. Apa disebalik bajunya yang selama ini nak tidur pun dia berpakaian baju berlengan panjang.. Korang rasa apa yang Mastura rasa selepas melihat tatu di badan suaminya? 

Dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37, 38 dan 39 akan dilihatkan bagaimana tegangnya hubungan antara Jebat dan Mastura selepas Mastura mengetahui hal sebenarnya? Sampaikan abang iparnya sendiri terkena tempias.. Apa lagi yang berlaku, korang kena tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 37, 38 dan 39..

Read more ...

Masih terima trafik dari denaihati.com


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ni check kat Reffering URLs untuk blog ERAZFADLI.COM.. Masih nampak ada trafik dari http://denaihati.com/best-personal-blog dari DENAIHATI bagi entri tahun 2013 untuk Best Personal Blog.. Di entri berkenaan, beliau ada menyenaraikan 7 blog untuk blog personal terbaik berdasarkan ranking Alexa.. Tak sangka juga masa tu.. Alhamdulillah, masa tu Eraz tersenarai dalam Top 5..

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi kepada beliau dan semoga lebih berjaya dalam bidang blog ni.. Kalau korang ambil pot baca kisah anugerah blog, satu per satu anugerah yang diterima oleh DENAIHATI dari tahun ke tahun.. Tahniah..

Read more ...

Zara Faleesya ada kembar?

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada seorang blogger yang buat entri pada Zara Faleesya.. Katanya Zara Faleesya ada kembar.. Errrmmmmmm.. Macamana dia boleh menyelongkar ni.. Sangat hebat.. Di bawah ni antara apa yang dia tulis di entri ni.. Sila baca :


Memang susah nak percaya kot. Selama ni kita dok baca entri dia pasal seorang je anak dia, tapi bila digali-gali rupa-rupanya ada dua orang !. Apa lah nak jadi ni dok sorok-sorok. Nasib baik lah BK ni CSI yang brilliant dan berjaya mengali lubang yang selama ni ditutup rapat oleh si dia ni. Mana tak nya, yang sedia maklum nama anak nya Nur Zara Faleesya tapi ada lagi sorang nama nya Zara Batrisya. Pandai betul la blogger ni keep secret. Meme tak sangka. Korang tak percaya ke? Tapi nak tahu tak siapa blogger 2?Kenal Bro Eraz yang kacak dan bergaya 2? Dia lah orangnya.. Tak sangka kan? Nak bukti ke? Ok jom tengok sendiri. Dah tengok baru komen.

Selanjutnya cerita ni, boleh klik SINI..

Apa-apa pun, terima kasih untuk entri ni.. Korang dah terjah sana? Jom serang.. Tinggalkan 'bom' kat ruang komen dia.. Haha.. Terima kasih sekali lagi..

Read more ...

Sah!


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni mulakan kerja dengan senyuman yang manis semanis manisnya.. Bukannya apa, badan dah rasa semacam ni.. Semalam dah rasa perit tekak.. Bangun pagi ni nak solat Subuh, terus dah rasa lain macam.. Sah! Menuju ke arah demam.. Kena buat sesuatu ni sebelum betul betul demam.. Nanti berjangkit dengan Zara Faleesya pulak! Jom cari breakfast dulu..

Read more ...

Wednesday, 26 February 2014

Wordless Wednesday #52

Read more ...

Terus melangkah !


"Terus melangkah walaupun adakalanya langkah terhalang dengan pelbagai rintangan.. Senyum dan tetap bersemangat!"

Assalamualaikum w.b.t.. Teruskan melangkah.. Sure ramai dikalangan kita semua termasuklah Eraz sendiri sebenarnya mempunyai masalah yang sedang difikirkan yang boleh membuatkan kita rasa down.. Lagi kita fikir, lagi down.. Betul tak? Pernah dengar tak orang kata, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan? Errrmmmm.. Korang rasa, adakah dengan kita membiarkan diri kita hilang senyuman dalam memikirkan masalah berkenaan, masalah itu akan selesai

Errmmmmmm.. Dalam kata lain, semua orang ada masalah.. Cuma atas kita sahaja nak tentukan macamana kita nak selesaikan masalah tu.. Senyum salah satu caranya nak memulakan memikirkan jalan penyelesaian.. Lepas senyum, baru jiwa kita akan rasa sedikit tenang.. Bila tenang, insyaallah kita akan boleh berfikir secara positif.. Bila positif, insyaallah secara beransur-ansur, kita akan jumpa jalan penyelesaian samada ia berlaku dengan cepat atau mungkin perlahan.. At least, masalah itu selesaikan.. Wassalam..

Read more ...

Since 2003 !


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba hari ni teringat kat geng 'sehati sejiwa, sehidup semati' semasa di USM dulu.. Ada di antara kami dari matrix lagi berkawan.. Tapi mula kamcing masa di USM.. 3 tahun lebih 'hidup' bersama.. Macam-macam kenangan ada.. Sampai la sekarang dah kahwin dan beranak pinak.. Bila la boleh berkumpul semula..

Motif entri? Kepada semua rakan-rakan blogger yang muda remaja yang lain, gunalah sebaik mungkin masa muda remaja anda, masa di universiti etc kerana kenangan yang manis itu akan menjadi ingatan yang terindah dan sure punya korang akan rindu.. Jangan biar hubungan BFF korang terputus di tengah jalan.. Dan make sure kalau ada gambar kenangan, simpan elok-elok.. Wassalam..

#Ada satu CD koleksi gambar kami sudah hilang! Sayang betul.. Masa tu kami spend masa bersama di Air Terjun Junjung.. 

Read more ...

Nasib Lelaki Kacak


Nasib Lelaki Kacak | Assalamualaikum w.b.t.. Nasib Lelaki Kacak? Apa la nasib lelaki kacak yang dicari.. Errmmmm.. Menimbulkan tanda tanya bukan.. Nasib Lelaki Kacak antara salah satu keyword yang sangkut di blog ERAZFADLI.COM.. Mungkin ada seorang lelaki kacak yang sedang mempunyai masalah so cuba search artikel untuk jadikan panduan.. Hehe.. Wallahulam.. 

#Lelaki itu kacak atau tidak, itu hanyalah bonus.. Yang penting hati.. Bila hati baik, semua akan jadi kacak.. Betul tak?

Read more ...

Nasi + Ubi Keledek ?!


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Pagi semua.. Sebelum masuk meeting, Eraz nak update satu entri ni dengan korang.. Maybe berguna sekarang atau lepas ni.. Hehe.. Nasi + Ubi Keledek ?! Sebenarnya apa kan? Sebenarnya itu makanan untuk baby atau dengan kata lain, makanan untuk Zara.. Mungkin korang boleh try juga.. Nasi tu dimasak lepas tu di hancurkan.. Ubi keledek pun sama.. Di steamkan hingga masak then hancurkan.. Siap! Kami sengaja tak campurkan antara ubi dan nasi tu sebab masa suap je campur.. Nak bagi rasa manis ubi tu ada.. 

Itulah antara makan berkhasiat untuk anak kecil.. Elakkan Nestum.. Itu barang siap.. Sekali sekala, boleh la.. Cuba buat sendiri dan boleh pelbagaikan buah.. Labu ke, Avokado ke, Carrot ke kan.. Selamat mencuba..

Read more ...

Tuesday, 25 February 2014

Boleh berjalan tak atas ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Sure korang boleh teka kan apa dalam gambar ni? Gambar ni Eraz snap masa dalam flight balik Kelantan.. Sebab siang, nampak la macam-macam.. Serius kawasan tu awan tebal giler.. Dalam kepala ni, macam best je kalau boleh landing baring tidur atas tu ataupun berjalan kaki amek angin atas tu.. Haha.. Giler kan bayangan.. Tapi serius, memang cantik.. Subhanallah..

Read more ...

Pernah alami?


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah alami keadaan yang macam tu? Haha.. Sure majoriti kot pernah rasa.. Seriusnya, kalau masa waktu pagi pagi nak pergi kerja tu, memang kalau pejam sekejap je, masa memang terus cepat berlaku.. Tapi kalau kat office, Eraz memang tak pernah tidur la... Kecuali masa tak larat, lunch break la jadi mangsa.. Tak makan, rela lelapkan mata untuk kumpul tenaga..

Read more ...

Teether


Teether | Assalamualaikum w.b.t.. Sejak Zara Faleesya naik gigi dan sebenarnya sebelum dia nak naik gigi lagi, memang dia suka mencari sesuatu untuk gigit.. Di zaman sekarang ni, ada satu benda khas untuk baby yang baru naik gigi iaitu Teether.. Betul tak? So, apa lagi, untuk permulaan, testing beli yang itu dulu.. Kalau tidak, pinky la menjadi mangsa.. Itu baru tumbuh satu, kalau semua, hehe.. Kena fikir cara nak jaga gigi tu kasi cantik pulak kan.. Jangan duk gigit papa, sudah la.. Hehe.. Pastikan BPA-free..

Read more ...

Budak 7 bulan !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, Zara Faleesya dah masuk 7 bulan.. Pejam celik pejam celik, dah 7 bulan.. Rasa macam je lahir dan rasa macam kecik je lagi.. Ala-ala baru lahir.. Perkembangan sekarang, Zara dah tumbuh gigi, dah boleh guling-guling.. Merangkak je belum.. Bercakap tu, sah-sah la belum lagi kan.. Apa-apa, doakan semoga Zara membesar dengan sihat.. Insyaallah.. Amin.. Wassalam..

Read more ...

Apa nama 'dia' ni?

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi sempat keluar pergi beli kuih untuk sarapan.. Sekali ternampak kuih di bawah tu.. Apa nama kuih tu, Eraz sendiri pun tak tahu.. Memang pernah makan sebelum ni.. Tapi pelbagai rasa ada.. Yang pasti, favourite Eraz ialah yang manis, garing di tepi, lembut di tengah.. Peh!

Read more ...

Monday, 24 February 2014

Ini jawapan daripada gambar makanan semalam ..


Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat lagi ke dengan entri INI.. Eraz naikkan semalam.. Tapi entri tu tergantung sebenarnya.. Kalau hanya bagi tajuk atau caption macam tu, memang confirm-confirm la kan orang tak boleh nak teka.. Apa-apa pun, ini sebenarnya yang terjadi..

Peristiwa ni berlaku masa Eraz di KL baru ni.. Keluar dinner dengan 2 kawan dari centre yang lain.. Salah satu makanan tu sebenarnya ada sesuatu.. Di sebalik daun brokoli tu, tiba-tiba ada seekor ulat yang bergerak-gerak.. Nasib baik la kawan Eraz tu sempat tengok dulu sebelum suap.. Macamana la agaknya boleh terlepas pandang kan.. Terus lapor pada yang bertugas dan mereka tukar hidangan yang baru..

Makanan boleh tahan rasanya, tapi serius, bahannya dirasakan kurang segar.. Bukan satu, tapi dua tiga bahan boleh dikategorikan tidak segar.. Ingatkan kawan Eraz tu dapat free tak payah bayar.. Tapi tetap kana bayar.. Walaupun macamtu, alhamdulillah, tuan kedai tu datang meminta maaf.. Juga pada pelayan yang kami lapor tu.. 

#Mungkin kah kami akan ke sana lagi? Hehe..

Read more ...

Mananya tak panasnya..


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas tu Eraz snap masa keluar ke bandar Kubang Kerian tadi.. Tengok saje pada awan dan langit nya.. Awan yang kurang.. Langit yang membiru.. Mananya tak panas sekarang ni.. Awan pun tak de nak tapis cahaya matahari tu.. Dan lagi sekarang ni, teringat akan kata orang-orang tua.. Kalau ada hari yang sejuk melampau secara tiba-tiba, sure akan kemarau selepas tu.. Mungkin sekarang ni kata-kata orang tua tu betul? Wallahhualam..

Read more ...

3 benda yang diidamkan tengahari ni..



"Sero nok make pise goreng weh! Capo kepok rote po sedak.. Hok keda kak telipot tu sedak jgk.. Air nyo sekali.. Sapo nok g beli?"

Assalamualaikum w.b.t.. Tengahari tadi Eraz ada naikkan satu status di Facebook macam yang diatas tu.. Then lepas tu, ada je staf ajak pergi kawasan tempat yang ada semua benda tu.. Rezeki la ni.. Memang plan tak nak makan nasi masa lunch hari ni.. So! Dapat lah beli Pisang Goreng, Keropok Lekor dan Air Kelapa.. Ada lagi makanan sampingan yang tak masuk dalam gambar.. 3 benda tu je difokuskan.. Alhamdulillah.. Letak di pantry, sama-sama share.. Wassalam..

#Sambung kerja

Read more ...

Projek Memikat Suami Episode 10

Projek Memikat Suami Episode 10 | Assalamualaikum w.b.t.. Projek Memikat Suami Episode 10 kali ni nampaknya konflik perhubungan antara Husna dan Zahrain telah diketahui oleh ibu dan bapa Zahrain.. Apa yang telah berlaku pada episod minggu lepas, sure pengikut drama ni tahu kan.. Dan sekarang ni, ada sesuatu yang membuatkan mereka 'kantoi'..

Apa yang pasti, jika korang tengok sedutan Projek Memikat Suami Episode 10 kali ni, dalam masa mereka 'dibicarakan' oleh ibu bapa mereka, nampakna Husna yang telah mengaku yang semuanya berpunca daripada dia sendiri.. Apa yang berlaku selanjutnya, memang kena tunggu drama Projek Memikat Suami Episode 10..

Projek Memikat Suami Episode 10

Projek Memikat Suami Episode 10

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 34 | 35 | 36

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 34 | 35 | 36

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 34 | 35 | 36 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu ni dah masuk ke minggu ke 12 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Minggu lepas tertinggal satu episod sebab berkursus di KL.. Empat hari juga tinggalkan Kelantan.. Tapi lepas sampai rumah Sabtu lepas, terus tengok.. Drama setengah jam, plus iklan, berapa minit la sangat kan.. Hehe..

Kalau diikutkan minggu lepas, drama masih berkisar kepada kisah Jebat dan Mastura dan dalam masa yang sama, Airin atau nama barunya Damia masih menggangu kehidupan mereka yang mana hampir-hampir membongkarkan kisah silam Jebat yang penuh dengan dosa.. Kakak sulung Mastura masih lagi cuba memujuk Jebat menerima tawaran Datuk mereka yang mana ingin menghadiahkan sebuah rumah kepada Mastura dan Jebat demi keselesaan hidup..

Sinopsis :

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 34 | Mastura mula pelik kenapa suaminya, Jebat sentiasa berbaju dan berlengan pendek walaupun waktu bersama dengan nya.. Mastura cuba berteka teki samada suaminya itu mempunyai penyakit kulis atau apa.. Sebaliknya Jebat memberitahu Mastura bahawa beliau mempunyai kesan parut di bahagian bahu ke lengan.. 

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 35 | Airien atau Damia telah menawarkan diri untuk menceritakan segala kisah silam Jebat kepada Mastura semasa pertandingan memancing berlangsung.. Mastura yang mana sedia maklum ingin mengetahui kisah silam suaminya telah bersetuju serta merta.. Antara yang diceritakan ialah kisah silam Jebat yang didera oleh pakciknya semasa kecil.. Itu membuatkan Mastura berasa kesian kepada Jebat.. Apa kisah lain yang diceritakan? Kena tunggu Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 35..

Rasa-rasanya, adakah Jebat akan menerima tawaran tu? Apa yang akan terjadi semasa pertandingan memancing nanti? Adakah Damia akan membuat kecok? Kena tunggu jawapannya boleh ditonton dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 34, 35 dan 36



Read more ...

Sunday, 23 February 2014

Petua Senang Hati

Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni khas untuk rakan-rakan yang sedang mungkin bersedih atau mempunyai masalah yang sedang difikirkan.. Mungkin entri ini boleh membantu.. Selain daripada tu, positifkanlah diri..

#Esok Eraz akan jawab persoalan entri sebelum ini.. (Entri tergantung)

Read more ...

Sesuatu dengan makanan ni..

Assalamualaikum w.b.t.. Sape sape boleh teka?

Read more ...

Publishing dari semalam ..

Assalamualaikum w.b.t.. Dari semalam duk publish satu entri tu.. Tapi sehingga ke hari ni, masih duk masih publishing walaupun cuba off tab.. Masalah line agaknya.. Tapi publish entri lain lepas tu, ok ok je published..

#Selamat Hari Ahad!

Read more ...

Saturday, 22 February 2014

ATM Out Of Service gara-gara BR1M 3.0

Assalamualaikum w.b.t.. Ada yang beritahu tadi yang banyak mesin ATM Out of Service hari ni.. Staf kerajaan, gaji belum masuk kan? Kenapa agaknya? Hehe.. Dikatakan semua ni gara-gara semua yang layak mendapat BR1M 3.0 mengeluarkan duit masing-masing melalui ATM.. Sabtu kan bank tutup.. Selain out of service, yang beratur panjang pun ada.. Errrrmmmmmm.. Wassalam..

#Selamat menunaikan Solat Maghrib

Read more ...

Yes Boss Episode 3 | 4

Yes Boss Episode 3 | 4 - Assalamualaikum w.b.t.. Yes, Boss! drama di TV3 sebenarnya.. Tapi kalau korang google, akan keluar info tentang filem hindustan Yes Boss lakonan Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla.. Haha.. Pernah dengar tentang drama ni sebelum.. Rasanya drama ni start last week.. Di sebabkan hari ni travel day balik dari KL, so pukul 6 memang dah ada kat rumah dan ter on TV3.. Drama ni lakonan Fahrin Ahmad dan Emma Maembong..

Macam biasa, ini pun drama adaptasi daripada novel.. Lagi satu silapnya, tayangan drama macam tak sesuai.. Bagi Eraz, ia bukan di waktu puncak walaupun hujung minggu.. BTW, ini Eraz jumpa sikit sinopsis untuk drama Yes Boss Episode 3 dan 4.. Untuk tonton online, cuba korang google, sure ada..

Yes Boss Episode 3 - Aryana terpaksa balik lewat kerana menunggu Ilham menyiapkan kertas kerja.. Ketika ingin pulang ke rumah, Aryana diganggu oleh Mat Rempit.. Aryana ketakutan dan menangis..

Yes Boss Episode 4 - Ilham pelik kerana Aryana sering tidak keluar pejabat pada waktu tengahari.. Akhirnya, Aryana akur memberitahu Ilham bahawa dia membawa bekal dari rumah..

Dari apa yang Eraz tengok drama Yes Boss episode 3 ni, ada unsur lucu, romatik, percintaan dan drama la.. Apa-apa pun, selamat menonton drama Yes Boss Episode 3 dan 4..

Read more ...

5.15 am

Read more ...

Friday, 21 February 2014

To my Nur Zara Faleesya ..


Assalamualaikum w.b.t..

"Zara Faleesya, ini hadiah untuk Zara.. Papa snap satu je ni.. Tapi lagi benda lain Papa bawa balik esok.."

Itulah ayat yang boleh Eraz nak beritahu Zara.. Hehe.. Seriuosly sekarang ni, Eraz tak de dah nak shopping untuk diri sendiri.. Tak de nak belek-belek baju or seluar.. Bila lalu tempat pakaian lelaki, rasa macam semua tak cantik.. Tapi tempat yang paling utama dituju sekarang ialah tingkat yang jual barangan baby.. So kali ni rembat beberapa helai.. So Zara tunggu papa balik..

Read more ...

Seterika oh Seterika


Seterika oh Seterika | Assalamualaikum w.b.t.. Betul kan eja seterika macam tu? Ini kisah semalam.. Masa nak seterika baju dan seluar untuk kursus semalam dan hari ni, punyalah seterika, tak berfungsi.. Adoi.. Dah la nak tidur dah masa tu.. Sekali tak berfungsi.. Call room service dan katanya akan datang tengok.. Lama lepas tu, baru la datang tengok.. Sempat habiskan satu burger McD.. Hehe..

Bila diaorg datang, check plug dulu.. Eraz dah beritahu, tukar ke plug yang berfungsi pun, tak ok jugak.. So diaorg keluar dan kata akan bawa lain sekejap lagi.. Tunggu punya tunggu, bunyi orang ketuk pintu, buka tengok, orang lain pula datang nak check.. Dia pun on kat plug then ketuk-ketuk kat plug.. Baru la berfungsi.. Dalam kepala, leh start iron baju..

Bila orang tu keluar, tak berfungsi balik.. Darah dah menyirap ni.. Ketuk kat plug tu, tak berfungsi jugak.. Apa kes kan.. Tadi ok je.. Rupa-rupanya, bukan masalah plug, tapi sambungan wayar macam yang Eraz letakkan tanda merah tu yang longgar.. Eraz main-main je try rapatkan.. Sekali jadi.. So on off la iron baju sebab wayar tu tak rapat kan.. Kenapa la tak tukar iron baru kan.. Lepas Eraz keluar, then orang lain duduk, sure akan dapat aduan lagi.. Tunggu la kalau tak percaya..

#Bukan ke itu boleh bahayakan customer..

Read more ...

Zara rindu Papa ya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini gambar yang wife Eraz whatsapp semalam.. Dari petang, Zara macam merengek nak menangis.. Isteri Eraz kata, Zara dah rindukan Papanya.. Masa Eraz call petang semalam, Zara melilau mencari mana datangnya suara Papanya.. Bila malamnya, Zara masih macam tu.. Sekali sekala nampak macam nak menangis..

So sebagai ubatnya, wife Eraz telah berikan kain sarung yang Eraz pakai masa hari sebelum Eraz ke KL baru ni.. Baru la Zara rasa selesa macam sedia kala.. Kesian anak Papa.. Tunggu Papa balik ya sayang.. Sekejap je panggil tinggal.. 

#Papa pun sama.. Rindu kan Zara juga.. Isteri? Pun sama la.. :)

Read more ...

Pengiklanan H12 Media


Pengiklanan H12 Media | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz ada dapat email dari H12 Media.. Email berkenaan menerangkan tentang pengiklanan H12 Media.. Sebenarnya, email semalam bukan pertama memperkenalkan pengiklanan H12 Media kepada Eraz sebab ada beberapa rakan blogger telah meletakkan iklan berkenaan di blog masing-masing.. Tapi buat masa sekarang, Eraz belum lagi la..

Pada pendapat blogger-blogger yang telah meletakkan iklan H12 Media di blog masing-masing atau pada mana-mana blogger yang ada info tentang H12 Media ni, boleh la kongsi di ruangan komen supaya blogger lain turut mendapat info.. Mungkin ramai yang belum tahu.. Wassalam..

Read more ...

Ber EPHYRA ..


Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi semua.. Alhamdulillah, hari ni kita berjumpa lagi dengan penghulu segala hari iaitu Hari Jumaat.. Sedia maklum, hari ni hari kedua Eraz berkursus.. So sebelum keluar hotel, minum EPHYRA dulu.. Rutin harian setiap hari.. Korang tak nak cuba ke? Kalau nak info lebih detail, boleh baca di SINI.. Wassalam..

Read more ...

Thursday, 20 February 2014

NO TIME


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari pertama terlibat dengan kursus di Seri Pacific Hotel.. Sememangnya memang tak sempat nak menulis entri blog macam hari-hari biasa yang lain.. Semalam cuba kumpulkan info untuk jadikan entri.. Tetapi mood semalam memang buatkan Eraz jadi macam 'malas' giler.. Mungkin sebab baru sampai dari Kota Bharu, nak mandi, nak solat, nak iron baju dan tidur.. Hehe.. Apa-apa pun, walaupun tak update entri macam lagi, PV blog ERAZFADLI.COM tetap berjalan macam biasa.. Terima kasih kepada semua..

Wassalam..

#Nak berehat, sebab esok pagi-pagi lagi nak sambung kursus di hari kedua..

Read more ...

Macamana boleh berlaku ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Hehe.. Tajuk saje-saje je tu.. Masa nak iron baju semalam, tiba-tiba keluar satu pengikat rambut budak kecik tu.. Yang warna pink.. Macamana tah boleh masuk dalam beg travel Eraz then jatuh lak elok-elok je bukak baju kemeja tu.. Zara Faleesya letak ya.. Hehe.. Mungkin tersalah masuk masa isteri duk lepat baju kot..

#Alahai Zara Faleesya..

Read more ...

Disebabkan daging kambing !


Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan nak try daging kambing yang sememangnya sebelum ni tak pernah try, akibatnya ialah sakit kepala.. Rasanya sekeping je kot.. Fikir-fikir punya, rasanya ini semua disebabkan oleh psikologi.. Bila try bau, then makan lak sikit, after lepas tu, terus naik ke kepala.. Aiyoooo.. Cool...

Read more ...

Pagi semalam, Kelantan.. Pagi ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni bermulalah “PEAK PERFORMING EXECUTIVE DEVELOPMEN​T PROGRAMME: MODULE 4: “MANAGING MOTIVATION OF PERSONAL AND PERFORMANCE IMPROVEMENT (MMPI) & THE SECRET OF SUCCESS".. Panjang giler kan.. Selama dua hari ni, Eraz akan berkampung di Seri Pacific Hotel sebelum esoknya balik Kelantan semula.. Harapnya semua akan berjalan lancar..

Read more ...

Wednesday, 19 February 2014

KLIA


Assalamualaikum w.b.t.. Jika entri sebelum ni di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, kali ni, Alhamdulillah.. Sekali lagi sampai di KLIA.. Macam biasa, kalau dari KLIA, Eraz akan ambil KLIA Ekspress untuk KL Sentral sebelum naik teksi ke hotel.. Dinner? Kat KL Sentral la.. Memang dah tak ke mana-mana sebab dah malam dan nak rehat untuk mulakan kursus esok..

#Tidur sorang-sorang la malam ni.. Agak-agak Zara tengah buat ape? Hehe..

Read more ...

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu


Assalamualaikum w.b.t.. Sekali lagi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ni sebab kursus di KL.. Jika kena kursus, memang Eraz elak untuk drive sebab satu, jauh.. Duanya ialah sorang-sorang.. Malas.. So better dari flight je terus.. Tapi macam biasa la, kalau dah naik flight, 'patah kaki' la kalau nak ke mana-mana.. Tapi tak pe, still ada LRT ke, Komuter ke kan.. Leh elak jammed kan..

#Serius, malas giler nak pergi kursus kali ni.. Semalam lagi dah bad mood rasanya.. Hehe..

Read more ...

Kebahagiaan dan Kesedihan


Jika kamu tak bisa menjadi pensil untuk menulis kebahagiaan orang lain,

jadilah penghapus untuk kesedihan orang lain..

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas tu Eraz jumpa di Facebook.. Rasa macam ada maksud tersirat yang cuba disampaikan melalui ayat tu.. Maksudnya pula semestinya atas pemikiran dan pendapat masing-masing kan.. Semua tu bukan senang.. Tetapi ianya tidak mustahil.. Betul tak?

Apa korang rasa bila korang boleh hapuskan atau mungkin kurangkan kesedihan orang lain? Tak kisah la orang lain tu family anda atau kawan atau atau rakan sepejabat anda.. Sure happy or maybe rasa best dan bahagia.. Dalam masa yang sama, korang rasa tenang tak?

Wassalam..

#Jom share pendapat di entri awal pagi semalam INI..

Read more ...

Masa untuk Module 4 !


Assalamualaikum w.b.t.. Masa untuk Eraz sekali lagi ke KL untuk kursus bersiri yang ke 4.. Kali ini “PEAK PERFORMING EXECUTIVE DEVELOPMEN​T PROGRAMME: MODULE 4: “MANAGING MOTIVATION OF PERSONAL AND PERFORMANCE IMPROVEMENT (MMPI) & THE SECRET OF SUCCESS".. On je la kursus ni.. As usual, yang tak ok nya ialah berpisah kan cinta hati yang comel dan yang cantik..

#Pasti punyalah akan terbayang wajah budak kecik tu..

Read more ...

Sepatutnya tak datang office dah ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sepatutnya hari ni, Eraz dah boleh apply cuti, rehat-rehat kat rumah.. Tapi Dato' Pengarah memaklumkan ada meeting pukul 9.00 pagi ni.. So! Terpaksalah kerja half-day hari ni.. Komitmen kena bagi sebab tak de hal penting lain.. Tengahari ni nak keluar date dengan isteri.. Spend masa bersama.. Zara? Hehe..

Read more ...

Tuesday, 18 February 2014

Belum sempat nak mula lagi .. Arghhh..


Assalamualaikum w.b.t.. Semester kedua untuk program MBA Eraz dah mula baru ni.. Tetapi sehingga ke saat ni, belum sempat lagi nak pulun buat assignment, case study dan marketing plan seperti yang dikehendaki.. Subjek-subjek pun boleh tahan juga perlukan masa dan ketenangan untuk study.. Rasanya selepas balik dari kursus la kot baru boleh mula.. Insyaallah..

#Kuatkan semangat! Walaupun sebenarnya susah, tapi tak mustahil ianya menjadi senang.. 

#Jom share pendapat di entri awal pagi tadi INI..

Read more ...

Sama-sama kita doakan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Tengahari tadi, seorang kawan dari USM dulu update status beserta gambar di Facebook beliau menyatakan :

My 18-yo brother is still in coma at HUSM Kubang Kerian Kelantan since Sunday. Please pray for him. Tq.

Serius terkejut juga sebab keadaan adik beliau (Mohd Syahmi Saidi) sekarang ni masih koma.. Peristiwa ni berlaku pada hari Ahad lepas di persimpangan berhampiran Pasaraya Pantai Timur Kuala Krai Kelantan.. Sama-sama kita doakan semoga adik kawan Eraz tu cepat-cepat sedar dan sembuh sihat seperti sediakala.. Amin..

#Jom share pendapat di entri awal pagi tadi INI..

Read more ...

Zara nak pakai penutup kepala ?


Assalamualaikum w.b.t.. Ini semua kerja Mama dan aunty-aunty nya.. Eraz sampai je rumah dari tempat kerja, tengok-tengok yang menyambut balik bertutup kepala hijau.. Haha.. Nak kata comel, nanti orang kata puji anak sendiri.. Mana boleh kan.. Hehe.. 

Tapi bila dipakaikan tu, takde la pulak Zara susah-susah nak buang.. Takpe Zara, slow-slow belajar ya.. Kalau siapa-siapa tengok, sekarang ni dah banyak tudung untuk budak-budak.. Lagi cantik berbanding untuk orang dewasa.. Tapi Zara kecik lagi.. Dah sampai masa, kita biasa-biasa kan.. Ok sayang? Wassalam..

#Tak pernah lepas ambil gambar Zara Faleesya ni.. 

#Jom share pendapat di entri awal pagi tadi INI..

Read more ...

Bila berlaku perkara di luar jangkaan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Perkara macam ni pernah berlaku sebelum ni.. Paku or skru or adik beradiknya tercucuk di tayar kereta.. Sebelum ni tayar belakang kena, dalam masa yang sama, tayar depan pun kena.. Kedua-duanya sebelah kanan.. Senang cerita, tayar depan memang dalam senarai nak tukar tayar baru, tapi tayar belakang, tampal je la dulu..

Semalam, lepas sampai office dari keluar berurusan hal office juga, Allah bagi Eraz nampak yang ada paku lagi sekali di tayar belakang.. Baru je tampal, ada lagi paku nak bertempel di situ.. Hehe.. Nasib baik la tak pecah tayar ke, tak hilang angin terus ke.. Hehe.. Kali ni, bukan main besar lagi paku nya..

So lepas je waktu office, terus ke kedai tayar, tampal je dulu.. So tayar ni, dah ada dua tampalan la.. Tapi alhamdulillah, better la dari pecah tayar kan.. Ataupun tekanan angin dalam tayar susut terus jadi takde..

#settlekan terus semalam

#Jom share pendapat di entri awal pagi tadi INI..

Read more ...