Monday, 16 December 2013

Disebalik 'Semalaman aku risaukan dia..'


Assalamualaikum w.b.t.. Disebalik 'Semalaman aku risaukan dia..', sebenarnya di sebelah pagi semalam, berbelah bagi untuk pergi kerja.. Kalau ikutkan hati, memang dah EL semalam.. Tapi disebabkan memang tiada pilihan, terpaksa juga pergi dulu kerja.. No choice.. Dalam kul 9 pagi lebih, balik semula ke rumah untuk ambil isteri dan bawa ke klinik yang biasa kami pergi.. Amik masa 2 jam keluar dari office sebab ramai orang kat klinik.. Alhamdulillah, sempat ke klinik dan dapatkan ubat yang sepatutnya..

Isteri sepatutnya kerja semalam tapi bermula pukul 11 malam sampai la ke pagi, memang dia duk ulang alik ke bilik air.. Muntah dan cirit birit.. Tak sedap hati kot-kot melarat ke keadaan yang tak elok, so keluar la sekejap dari office.. Alhamdulllah, hari ni dia dah ok dan boleh pergi kerja.. Dapat MC sehari.. Eraz suruh amik sehari lagi, tapi katanya banyak kerja..

Jadi semalam, Zara Faleesya la jaga dia.. Nasib baik la masa dia berehat, Zara tak buat hal cuma menangis sikit sebab nak susu.. Setiap la telefon untuk pantau.. Tak tahu la dari mana kena food poisoning tu.. Kami makan makanan yang sama je malam tu.. Tapi Eraz ok-ok je..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.