Friday, 8 November 2013

Gambar Taufan Haiyan Akan Melanda Filipina

Gambar Taufan Haiyan

Gambar Taufan Haiyan | Assalamualaikum w.b.t.. Taufan Haiyan sesuatu yang baru bagi Eraz.. Tapi bila baca di mStar Online yang mana Taufan Haiyan ini akan melanda Filipina, rasanya perlu tahu lah sebabnya Filipina merupakan negera jiran kita.. Mana la tahu Malaysia akan mendapat tempias dari tu..

Gambar di atas tu Eraz kidnap dari mStar Online yang mana imej berkenaan diambil oleh Agensi Meteorologi Jepun (MTSAT) yang menunjukkan Taufan Haiyan yang mana turut membawa puting beliung terkuat di dunia tahun ini, akan mula membadai Filipina pada awal pagi Jumaat dengan kelajuan angin sehingga 275 kilometer sejam..

Ada nampak perkataan 'puting beliung terkuat di dunia tahun ini' tak? Bunyinya agak menyeramkan.. Sama-samalah kita doakan semoga semua itu dijauhkan dari kira.. Apa yang kita perlu tahu, dari satu perkara itu, pasti akan melibatkan perkara lain.. Selain ribut, ombak juga dijangka akan bergelora.. Tak mustahil fenomena lain akan turut sama jadi..

#Minta jauh semua ni.. Untuk tahu maklumat lebih detail tentang Taufan Haiyan, mungkin korang boleh google.. 

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.