Saturday, 30 November 2013

Playboy Itu Suami Aku Episode 13 | 14 | 15 | 16

Playboy Itu Suami Aku Episode 13 | 14 | 15 | 16

Playboy Itu Suami Aku Episode 13 | 14 | 15 | 16 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ini masuk minggu ke-4 untuk drama Playboy Itu Suami Aku.. Jadi entri ini untuk semua peminat drama Playboy Itu Suami Aku Episod 13, 14, 15 dan 16.. Eraz ada cari dan dapatkan sedikit sinopsis.. Fuh! Berpeluh.. Khas untuk peminat drama Playboy Itu Suami Aku..

Playboy Itu Suami Aku Episode 13 - Afina mendengar riuh rendah di dalam rumahnya.. Kemudian dia mendapati suaminya sedang bersuka ria bersama rakannya.. Afina dengan marahnya turun dan segera menutup radio yang dipasang dengan kuat..

Playboy Itu Suami Aku Episode 14 - Puan Sri membawa Afina ke butik-butik mahal untuk membeli baju mengikut fesyen terkini selain turut membeli alat solek dan kanta lekap.. Adrian menganggap Afina sudah mula pandai mengikis duit emaknya..

Playboy Itu Suami Aku Episode 15 - Afina kecewa apabila emaknya menyuruh Afina menjadi pembantu peribadi di syarikatnya dan dia sengaja memalukan Afina di pejabat dengan mengatakan yang Afina selalu menggodanya..

Playboy Itu Suami Aku Episode 16 - Adrian mula terpikat dengan Afina dan dia cuba merapati Afina.. Sementara itu, Afina mendapat sejambak bunga di pejabat.. Ketika Afina leka membaca kad di bunga itu, Adrian terus merampas kad itu..

#Selamat menonton..

Read more ...

bro Ben Ashaari, Happy Birthday !!

Assalamualaikum w.b.t.. Happy Birthday bro.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hendak.. Itu ayat standard wish birthday kan.. Apa-apa pun, mari kita doakan semoga Ben guna berjaya dalam program The Influencer – Program Realiti Buat Top Blogger Malaysia.. Dan selamat menimang cahaya mata keduanya nanti..

Pernah berjumpa sekali dengan Ben masa dia balik kampung.. Masa tu kami berjumpa di KB MALL bersama dengan dua blogger yang lain.. Rujuk entri INI.. Banyak juga di kongsi pengalaman sepanjang dia bergelar blogger sehinggalah berjaya sekarang.. Selain, menerusi blog Ben juga, banyak juga trafik yang disumbangkan ke blog ni.. Thanx bro sebab support..

Yang pasti, segmen anjurannya juga banyak membantu.. Tanyalah blogger-blogger lain.. Mereka sure setuju.. Apa-apa pun, Happy Birthday sekali and Good Luck!


Read more ...

Kami Mahu Hanya Doktor & Jururawat Wanita sahaja di Bilik & Wad Bersalin

Kami Mahu Hanya Doktor & Jururawat Wanita sahaja di Bilik & Wad Bersalin

Kami Mahu Hanya Doktor & Jururawat Wanita sahaja di Bilik & Wad Bersalin | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya semalam Eraz perasan ramai kawan-kawan wanita di Facebook duk LIKE satu page kat FB.. Page tu ialah Kami Mahu Hanya Doktor & Jururawat Wanita sahaja di Bilik & Wad Bersalin.. Haaaaaa.. Menarik kan.. Rasanya semua wanita berkeinginan macamni kan.. Sebab tu makin hari, makin ramai yang LIKE.. Betult tak? Bagi Eraz pun sama.. So, kalau mana-mana yang baca entri nak meramaikan LIKE, boleh klik link INI..

Read more ...

Friday, 29 November 2013

Putu Halba | Makanan Musim Hujan

Putu Halba | Makanan Musim Hujan

Putu Halba | Assalamualaikum w.b.t.. Makanan musim hujan? Tak pelik kan? Kalau kat Kelantan ni, memang Putu Halba akan mula muncul di tepi-tepi jalan bila musim hujan tiba.. Selalunya memang macam tu.. Contohnya sekarang.. Memang banyak pilihan.. Tapi yang pasti, ada yang best, ada yang tak la.. Sesetengah tu ada yang lembut dan ada yang sikit keras.. Sama juga dengan manisan kat dalam tu.. Ada yang sikit, ada yang banyak.. Tapi kalau nak yang puas hati, kena buat sendiri la.. Yang niaga ni, biasa la kan..

#Rasa macam nak belasah burger je malam ni.. Tapi bukan burger KFC or McD la..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Segmen Aku Blogger Malaysia


Segmen Aku Blogger Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz nak jemput korang join satu segmen terbaru ni.. Ada sesuatu menanti pada blogger-blogger yang join segmen ini.. Ada sesuatu yang menarik menanti pada siapa-siapa yang join.. Apa yang menanti? Boleh klik SINI.. Siapa yang berminat untuk join Segmen Aku Blogger Malaysia ini, boleh klik banner di atas..

#Sejuk je mata tengok banner Segmen Aku Blogger Malaysia ni.. Sebab warna biru kan..

Read more ...

ROSE HAIR PERFUME | Rahsia Mengatasi Rambut Berbau Busuk

ROSE HAIR PERFUME | Rahsia Mengatasi Rambut Berbau Busuk

IHB ROSE HAIR PERFUME ( Rahsia Mengatasi Rambut Berbau Busuk ) | Assalamualaikum w.b.t.. Salam Jumaat semula.. Entri permulaan hari ni Eraz nak kongsikan dengan korang satu produk pewangi rambut iaitu IHB Rose Hair Perfume with Rose Essential Oil, Vitamin E and Collagen yang mana menjadi rahsia kepada masalah rambut berbau kurang best atau dengan kata lain, bau busuk la.. (Bunyi tak best kan..?) 

Eraz sendiri dah dapat produk ni.. Pertama sekali yang Eraz buat bila dapat ialah cium bau.. Nama pun produk 'Rose Hair Perfume', semestinya berbau bunga rose.. Memang kuat tapi tak sampai ke sakit kepala la.. Bagi rakan-rakan office cium sama sebab nak tahu feedback kan.. Pendapat mereka, memang bau yang sangat 'sedap'.. Siap boleh syorkan lagi beberapa jenis bau yang mungkin boleh di buat selepas ini.. Balik rumah pulak, bagi isteri pula cuba..


Bagi rakan-rakan yang pernah mengalami masalah rambut berbau terutamanya bila berada lama bawah sinaran matahari? Ataupun berbau selepas sepanjang hari bertudung.. Ataupun juga bila rambut berpeluh.. Mesti rambut berbau kan.. So sekarang boleh disyorkan untuk menggunakan IHB Rose Hair Perfumes.. Insyaallah rambut pasti harum dan segar sepanjang hari..

Kelebihan Rose Hair Perfumes : 
  1. Membantu menyihatkan rambut
  2. Membantu mewangikan rambut
  3. Membantu mengelakkan rambut rapuh
  4. Membantu mengatasi rambut gugur
  5. Membantu menyokong pertumbuhan rambut

Untuk maklumat lebih detail dari segi harga, cara nak order atau testimoni, boleh ke Fanpage Rose Hair Perfume : https://www.facebook.com/produkramburofficial.. Manakala cara-cara nak order : 
  1. SMS HP6 < NAME > ke 013-2662769
  2. Inbox di https://www.facebook.com/messages/503829963041655
Read more ...

Thursday, 28 November 2013

Mengidam Ayam Eddlee ..

Ayam Eddlee

Ayam Eddlee | Assalamualaikum w.b.t.. Gambar ni sebenarnya Eraz snap pada satu malam tu.. Kisahnya malam tu terasa dan teringin nak makan Ayam Eddlee.. Malam sebelum tu lagi sebenarnya.. Tapi malas nak keluar bila dah malam.. Cuma malam tu, memang nak juga makan ayam Eddlee ni.. So keluarlah beli juga at least tiga ketul.. Share dengan wife.. Tapi malangnya sebab tak makan terus, bangun pada paginya dah dikelilingi oleh semut.. Terus frust..

#Dalam masa yang sama dah jadi membazir.. Errmmmmm.. Pengajaran untuk diri sendiri supaya berpada membeli makanan.. Nasfsu makan memang kena kawal..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Dia Suamiku Episod Akhir ( Episode 28 )

Dia Suamiku Episod Akhir ( Episode 28 )

Dia Suamiku Episod Akhir ( Episode 28 ) | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa di sini yang tengok drama Dia Suamiku di Astro Prima..? Tahu tak hari ni dah episod akhir? Haha.. Eraz memang tengok drama ni tapi on off.. Tarikan mula-mula tengok sebab lakonan Yana Samsuddin.. Memang menjadi la dengan watak antagonis dia.. Pembawakan diri pun..

Tapi seriusnya tengok yang record je sebab drama ni tayang masa dalam office hour lagi kot.. Bila tengok dua, tiga episod sebelum ni, macam dah nak agak drama Dia Suamiku ni dah nak sampai kemuncak.. Tak de promo tak de apa, tup-tup hari ni dah Episod Akhir (Episod 28).. Hehe..

Ada konfliknya dalam drama Dia Suamiku Episod Akhir (Episod 28) ni.. Permulaan dan pengakhiran yang ok kot.. Ada beberapa perkara yang diluar jangkaan tetapi boleh difikirkan.. Sekadar berkongsi pendapat je la..

Read more ...

Suara cerminkan mood !


Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.. 

Assalamualaikum w.b.t.. Ada betulnya ayat di atas.. Kadang-kadang melalui suara, memang kita boleh nilai mood orang tu.. Kalau dia bercakap dengan senyum, pasti kita akan dapat rasa yang dia senyum.. Korang pernah alami tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Mentega SunBear.. SunBear SunBear..

SunBear SunBear SunBear

Mentega SunBear.. SunBear SunBear.. | Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Eraz pilih Mentega SunBear ni sebagai entri pagi ni..? Hehe.. Inilah kesan kepada iklan yang kita dengar.. Kalau siapa-siapa dengan radio Suria FM bersama Linda Onn waktu petang on the way balik kerja, mesti selalu dengar satu iklan yang disuarakan oleh Linda sendiri.. Perasan tak dia sebut pasal Mentega SunBear ni?

Mula-mula dengar, pelik jugak bunyinya SunBear kan.. Tapi lama-lama dengar, macam best pulak.. So apa lagi, try la.. Eraz first time beli ni.. Ternyata, tak mengecewakan.. Serius.. Boleh dikatakan kategori sedap la.. Eraz peminat tegar coklat, so pilih la coklat.. Banyak lagi perisa lain..

Ala-ala promosi hebat ni.. Tapi atas minat masing-masing la.. Motif entri ni, kesan kepada iklan yang selalu di dengar.. Nasib baik tak mengecewakan..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 27 November 2013

Tab jatuh lagi ...... !!!

Assalamualaikum w.b.t.. Tab jatuh lagi.. Masa tu hujan.. Tangan kiri kanan pegang barang.. Hujan lagi.. So Tab Eraz kepit bawah ketiak je.. Haha.. Nak dijadikan cerita, nak letak barang di tangan kiri, terlupa ada tab kat situ.. Tup-tup dah jatuh menjunam.. Jatuh bucu dulu.. Nampak retak.. Sayang sungguh.. Nasib baik masih boleh guna.. Alhamdulillah..

Gambar di atas tu situasi hari ni.. Kepenatan di office.. Memang musim sibuk.. Kepala fikir sal kerja di office.. Kat rumah pulak sibuk dengan tugas sebagai papa, suami dan student.. Hehe.. Apa-apa pun, positif!!! Peace no war..

Read more ...

KMM | Mac 2001 | Fizikal | Kuliah 5 | Praktikum 24

Klik untuk besarkan

Assalamualaikum w.b.t.. Masa duk buka folder gambar dalam pc ni, terjumpa satu gambar muda mudi dan kenangan ni.. Walaupun hanya satu tahun di Kolej Matrikulasi Melaka bermula Mac 2001, memang banyak kenangan.. Itulah kali pertama Eraz belajar jauh dari keluarga.. 

KMM | Mac 2001 | Fizikal | Kuliah 5 | Praktikum 24

#Rasa-rasa mana satu tuan milik blog ni?

Read more ...

WW #35 : Peluang menang hadiah lumayan dan banyak yang mudah !!!


WW 35 | Klik gambar untuk info penuh.. Hadiah lumayan tu wei.. Jom tengok !!!!

Read more ...

Tuesday, 26 November 2013

Apa perasaan korang bila baca entri tu ?

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz nak jemput ramai-ramai pembaca blog ni untuk ke entri Invisible Note yang bertajuk Keguguran Dengan Sengaja.. Mungkin dah ada dikalangan korang dah tengok gambar ni.. Dan juga mungkin ada yang belum tengok lagi kan.. So jom ke entri di bawah ni :


Lepas korang hayati tengok gambar dan baca dialog tu, apa korang rasa? Jom share..

Kredit :

Read more ...

Blog Review By Zayani Zulkiffli


Assalamualaikum w.b.t.. Masa untuk join satu segmen Blog Review By Zayani Zulkiffli.. Terjumpa masa duk jalan-jalan cari pasal dalam dunia maya ni.. Siapa yang nak join, boleh klik banner di atas.. Segmen yang sangat simple.. Sikit yang boleh review tentang blog Zayani Zulkiffli ni :

1. Banner segmen sangat menarik (nak beritahu juga walaupun hanya banner)
2. Nampak sangat blog 'wanita' sebab tengok dari segi warna
3. 'Kelajuan' blog tidak mengecewakan
4. Sesetengah widget tu mungkin boleh set-up untuk skrol untuk lebih kemas
5. Yang semua ok kot..

Wassalam..

Read more ...

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part III


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Kembali ke Part III untuk 5 Fakta Menarik Tentang Kucing.. Kalau korang nak recap semula fakta sebelum ini, boleh INI untuk Part I dan INI untuk Part II.. Tiba masa untuk share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Last dah kot.. 
  1. Kucing ada 32 otot di setiap telinga..
  2. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya..
  3. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.. (Boleh GOOGLE untuk lebih detail)
  4. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan..
  5. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari..
Fakta ke-5 tu lucu sikit.. Kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari.. Ini kerana peredaran masa ke korang rasa? Haha.. Jom balik tanya kucing masing-masing!

SUMBER Part I, II & III : Cisdel.com

Read more ...

Zara Faleesya pening ..


Assalamualaikum w.b.t..

Situasi dalam kereta..

Mama : Zara duk fikir gapo tue..?
Zara : Zara fikir nk pakai baju warna gapo nk g nursery esok nie.. pening la nk pilih mama.. haisshhh..

Sumber : FB Mama Zara Faleesya

Read more ...

Monday, 25 November 2013

Rose Hair Perfume

Rose Hair Perfume

Rose Hair Perfume | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tengah merangka satu entri tentang Rose Hair Perfume.. Insyaallah dalam masa terdekat, Eraz publish kan.. Mana tahu kot-kot korang berminat untuk dapatkan.. Tungggggguuuuuuuu... Yang pasti, bau nya memang wangi..

#Bukan business Eraz

Read more ...

Terima kasih Isteriku ..


Assalamualaikum w.b.t.. Idea buat entri ni Eraz dapat pada pukul 3.00 pagi semalam bila menoleh ke sebelah kanan.. Sekarang ni macam biasa, rutin Eraz akan tidur dulu sebelum pukul 12 or maybe paling awal sebelum pukul 11 malam sebab lepas tu, Eraz akan bangun semula untuk study dan siapkan assignment yang tertunggak ni.. Selalunya dalam pukul 3 atau 4 pagi, berjaya bangkit dengan bantuan alarm, isteri atau Zara Faleesya.. Hehe.. 

Dalam pada Eraz sangat sibuk dengan kerja, penat badan tapi sebab dah bergelar pelajar Sarjana ni, memang kena kuatkan diri.. Alhamdulillah Eraz mendapat isteri yang sangat sangat sangat supportive.. Dia pun kadang-kadang sanggup bangun sama malam-malam untuk temankan Eraz.. Bukan buat assignment la tapi buat kerja rumah atau jaga Zara..

Dalam masa yang sama, Eraz sebagai pelajar dan suami rasa bersemangat untuk teruskan apa yang ingin dicapaikan bila mendapat support fizikal dan moral macam tu.. Alhamdulillah..

#Sedikit personal

Read more ...

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Read more ...

Sunday, 24 November 2013

Sebungkus pun habis ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Gula lembut, Jelly Candies atau Beldo Kering.. Antara tiga-tiga tu, mana satu yang korang biasa guna? Benda ni, kalau layan, sebungkus pun habis ni.. Dah la manis, boleh kena kencing manis ni.. Haha.. Korang tahu ke mana datang perkataan Beldo Kering?

#Santai malam..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Playboy Itu Suami Aku Episode 9 | 10 | 11 | 12

Playboy Itu Suami Aku Episode 9 | 10 | 11 | 12

Playboy Itu Suami Aku Episode 9 | 10 | 11 | 12 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ini masuk minggu ke-3 untuk drama Playboy Itu Suami Aku.. Jadi entri ini untuk semua peminat drama Playboy Itu Suami Aku Episod 9, 10, 11 dan 12.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis..

Playboy Itu Suami Aku Episode 9 - Adrian mengamuk di pejabat apabila mengetahui pembantu peribadinya dipecat lagi oleh Puan Sri dan Puan Sri memberi alasan dia tidak berkenan dengan pembantu peribadi Adrian yang seksi..

Playboy Itu Suami Aku Episode 10 - Untuk seketika waktu, tugas sebagai pembantu peribadi Adrian akan dipangku oleh Kak Hajar.. Kak Hajar adalah pembantu peribadi Tan Sri yang sangat baik dan telah lama dia berkhidmat dengan Kiara Emas..

Playboy Itu Suami Aku Episode 11 - Fisya masuk ke dalam butik tempat Nazri bekerja, dia cuba menggoda Nazri tetapi Nazri tidk melayannya sebab teringatkan Fisya yang pernah menghinanya.. Fisya geram lantas dia membuat perancangan lain..

Playboy Itu Suami Aku Episode 12 - Afina mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan koma selama dua minggu.. Sehari selepas Afina kemalangan, Fisya memberitahu yang dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.. 

#Selamat menonton..

Read more ...

Apa lebihnya pembeli iPhone?


Kajian : Pembeli iPhone lebih muda, kaya dan berpelajaran berbanding pembeli Samsung

Assalamualaikum w.b.t.. Betul ke tak kajian tu, Eraz tak sure la.. Kadang-kadang terfikir ada betulnya juga.. Tapi kalaulah pembeli iPhone lebih muda, kaya dan berpelajaran berbanding pembeli Samsung kan.. Kalau la orang tu ada iPhone dan Samsung camne?? Hehe..

Read more ...

Hari Bersama Zara Faleesya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni sekali lagi menjadi baby sitter kepada Zara.. Biasa la kalau time cuti.. Sehari je cuti.. Dah beberapa minggu ni, memang kerja 6 hari seminggu.. Ikutkan hati dan badan, memang nak memberontak, tapi nak buat camne kan.. Kerja makan gaji.. Redah saje la..

So hari ni Eraz bawa Zara balik rumah nenek dan atuknya di Machang.. Kami berdua sebab mamanya kerja.. Mamanya cuti Jumaat Sabtu.. Eraz kerja.. Alhamdulillah, setakat ini, Zara memang memahami yang kami mempunyai perjalanan yang jauh dari KB ke Machang.. Dan dia steady je kat dalam car seat tu.. Yang tidur tu ok la.. Kalau dia jaga pun, tak menangis.. Kecuali nak susu la kan..

Nota kaki : Baby sitter dan student.. Aiyoooo...

Read more ...

Saturday, 23 November 2013

Cerekarama Aku Bukan Buaya

Cerekarama Aku Bukan Buaya

Cerekarama Aku Bukan Buaya | Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam lama tak layan cerekarama ni.. Malam ni pun tak sure samada boleh tengok atau tak.. Nampak dari promo dan sinopsis ni, macam menarik.. Tajuk, Aku Bukan Buaya.. Antara sinopsisnya ; Farell Redza menjadi kegilaan ramai gadis di kolejnya hinggalah pada suatu hari Farell telah dicabar oleh kawan-kawannya untuk mencairkan hati Tira seorang gadis dari kampung. Berjayakah dia melakukannya?

#Masih dalam mood siapkan assignment.. 

Read more ...

Jadikan ianya berterusan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Success is finishing today, having improved on yesterday, and doing the same tomorrow.. Itulah yang diperlukan untuk menjadikan improvement kita berterusan.. Itu kata-kata semangat yang Eraz jumpa hari ni walaupun dalam hati sekarang ni sebenarnya ada satu perkara yang tidak puas hati.. Positifkan diri je la.. Wassalam..

Read more ...

Demi Zara ..


Assalamualaikum w.b.t.. Semalaman semalam Zara macam tak nak duduk dan tidur.. Mungkin sebab badan dia panas sikit.. So tak selesa nak tidur.. So kami, mama dan papa la yang bergilir untuk berjaga teman Zara.. Masa turn Eraz tu, sempat la Eraz bawa keluar dari bilik, on TV.. So, kami layan la TV.. Alhamdulillah, dekat dengan Subuh tu, Zara dah tidur.. Pagi-pagi lagi, Eraz kena bersiap pergi kerja.. Harapnya malam ni dia dapat tidur lena.. Insyaallah..

Read more ...

Friday, 22 November 2013

Siapa yang suka tengok skrin tv nya jadi macam ni ?


Assalamualaikum w.b.t.. Bila hujan, paparan skrin itu la muncul.. Kadang-kadang, belum sempat hujan, angin pun, dah jadi macam tu.. Kalau dah jadi macam ni, rekod rancangan tv pun tak jadi ni.. Kan.. Bil makin meningkat, tapi perkhidmatan yang ini belum ok ok lagi.. Hehe.. Adios Amigos!!

Read more ...

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) | Assalamualaikum w.b.t.. Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) sebenarnya benda baru bagi Eraz tapi tak tahu la pada yang lain.. Eraz dapat tahu maklumat ini daripada blogger senior iaitu bro HasrulHassan.. Kredit kepada beliau.. Eraz rasa maklumat Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) akan menjadi satu maklumat yang berguna kepada semua yang berminat.. Memiliki rumah sendiri sememangnya diperlukan oleh semua orang kan.. Benda asas kan.. Jadi korang bolehlah cuba untuk membuat permohohonan bagi mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) ini..

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M.

Syarat AM RMR1M
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 7,500kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.


Cara Memohon RMR1M
  • Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  • Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.


Alhamdulillah, di atas Eraz dapat kongsikan beberapa maklumat umum untuk bacaan semua yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).. Untuk keterangan lanjut untuk membuat Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) serta untuk memuat turun Borang Permohonan RMR1M secara percuma, korang boleh terus ke entri yang dihasilkan oleh bro HasrulHassan kerana di situ amat lengkap untuk semua baca.. 

Klik entri-entri di bawah :


Kredit info : HasrulHassan
Read more ...

BMOM5203 | Organisation and Business Management

BMOM5203 | Organisation and Business Management

BMOM5203 | Organisation and Business Management - Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Eraz pernah buat entri tentang dua subjek yang Eraz daftarkan untuk Semester 1 program MBA - OUM yang Eraz buat sekarang iaitu BMIT5103 | Information Technology For Managers dan BMME5103 | Managerial Economics.. Subjek ketiganya ialah BMOM5203 | Organisation and Business Management.. Subjek ok la sikit berbanding dengan Ekonomi kan..

Sekarang tengah siapkan tugasan juga.. Masih ada sikit lagi masa nak siapkan tugasannya ni sebelum masuk bulan Disember 2013.. Bulan Disember 2013 ni dah mula final exam pulak.. Fuh!! Good Luck untuk diri sendiri..

#Sangat mencabar untuk uruskan masa demi menyambung pelajar.. Kerja dan family juga  perlu diutamakan..

Read more ...

Mencari Ketenangan Jiwa


Tiba-tibe teringatkan buku ni.. Rasa macam pernah beli..

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau la hari ni dapat cuti.. Dapatlah rehatkan badan sikit.. Relax kan otak sikit.. Tapi kena juga kerja.. Esok pun kerja.. Lusa baru la dapat cuti sehari.. Esok pada lusa, kerja dan outstation.. Penat penat.. Demi mencari rezeki untuk anak isteri, kuturuti.. Giler ayat.. Haha..

Read more ...

Thursday, 21 November 2013

Cuba tengok gambar ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sesuatu yang menarik kan.. Kreatif.. Sekali tengok macam tak sangka juga dapat hasilkan gambar camtu kan.. Kadang-kadang kita tak terfikir untuk dapatkan idea macamni kan.. Gambar tu Eraz tengok di Facebook semalam..


Read more ...

Ada yang mengikut Zara Faleesya pergi Nursery


Assalamualaikum w.b.t.. Tengok siapa yang mengikut Zara pergi Nursery bermula minggu ni..? Hehe.. Tidak lain dan tidak bukan, Pinky dia la.. Mamanya sengaja bawa sekali Pinky ni untuk jadi bahan mainan Zara.. At least takde la Zara bosan bila time dia terjaga dan pengasuhnya sedang uruskan baby lain..


Read more ...

Ahmad Ammar Ahmad Azam


Ahmad Ammar Ahmad Azam | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam? Sebelum tu, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau.. Mungkin ramai yang hanya pernah dengar nama Ahmad Ammar.. Sejujurnya Eraz pertama kali dengar namanya semalam bila salah seorang dari rakan pejabat tunjukkan satu video 'Ahmad Ammar dalam kenangan' di Facebook..

Ahmad Ammar Ahmad Azam ini seorang pelajar tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul dan telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu lalu.. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).. Ahmad Ammar kemalangan jalanraya di Istanbul.. 

Untuk maklumat yang lebih detail tentang arwah Ahmad Ammar tentang biodata / profile serta kisah-kisahnya sebelum arwah mengalami kemalangan, korang bolehlah ke entri khas INI.. Salam Takziah kepada keluarga arwah..

Kredit info pada Qabsah Anisah..

Read more ...

Wednesday, 20 November 2013

Wordless Wednesday #34


Perasan tak apa yang pelik?

Read more ...

Wordless Wednesday #33




Rujukan : Entri ini..

Read more ...

Gini la bila dah 'koya' hensem kot !


Assalamualaikum w.b.t.. Gini la bila dah 'koya' hensem kot ! Faham kan ayat tu? Hehe.. Tahu kan perkataan 'koya' tu? Hehe.. Maksud ayat di atas tu lebih kurang macam ni, 'Gini la kalau dah bajet hendsome'.. Walaupun tak tahu la hendsome ke tak.. Haha.. Bukan apa, hari tu masa duk tunggu traffic light nak hijau, snap la beberapa gambar dari dalam kereta.. Sekali, rasa nak snap gambar sendiri pulak.. Guna handphone cikai tu je pun.. Hehe. So! Buat je la satu entri pasal ni.. Haha.. Layan komen bagi mana-mana yang nak komen..

#Mulanya nak namakan tajuk entri ni, 'Lelaki bermata empat'..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 19 November 2013

Kenapa la sibuk sangat !

Assalamualaikum w.b.t.. Seriusnya seminggu dua ni memang Eraz sibuk sangat sangat sangat samada kat office ataupun rumah.. Esok lusa ada audit.. Bertungkus lumus prepare dokumen nak bagi lengkap.. Sampaikan terpaksa bawa balik sebahagian ke rumah untuk siapkan..

Ikutkan hati, memang akan stay sampai malam kat office.. Tapi disebabkan dah kahwin, ada isteri dan Zara yang comel tu, memang kena balik la.. Risau juga diaorg duk kat rumah tanpa suami dan papa ni.. Hehe.. Kalau bujang-bujang dulu, boleh la balik malam-malam ke, hari cuti kerja ke kan..

Kebetulan pula hari ni hujan plus dah masuk cuti sekolah.. Mula la Kelantan 'dihujani' dengan hujan nak masuk musim tengkujuh dan 'dihujani' kereta-kereta perantauan yang bertugas sebagai guru di luar Kelantan.. Banyak tempat jammed la sikit berbanding biasa..

#Malam ni rasa macam nak dinner dengan Pizza Cheesy Bites Trio.. Macamana isteriku?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Nampak motifnya entri ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas, Eraz snap minit mesyuarat.. Korang nampak tak apa yang Eraz nampak? Hehe.. Rasanya masa menaip minit mesyuarat ni, orang tu tengah memikirkan benda lain atau masa tu dia tengah bercakap dengan orang lain tentang perkara itu.. Perkara apa? Korang nampak? Hehe.. Layaaaannnn...

Read more ...

Papa, Jangan usik Pinky Zara !!


Papa, Jangan usik Pinky Zara !! 

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni kan Zara dah ada 'pinky' dia.. Kalau bagi kat dia, memang telinga pinky tu la jadi mangsa.. Kadang-kadang tu, bahan peluk.. Dan juga, kalau boleh nak bawa masuk dalam mulut.. Yang pasti, memang Zara suka dengan pinky sebab bila tunjuk kat dia, dia senyum.. Sebabnya ada sesetengah benda bila tunjuk kat dia, dia tak bagi respon pun.. Kira tak berminat la tu.. So sekarang, inilah mainan utamanya..

Read more ...

Monday, 18 November 2013

Kes Misteri Remaja Hilang di Villa Nabila

Kes Misteri Remaja Hilang di Villa Nabila

Kes Misteri Remaja Hilang di Villa Nabila | Assalamualaikum w.b.t.. Serius hari ini macam gempar dengan kisah 23 orang remaja hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor.. Jujurnya, hari ni baru dengar tentang Villa Nabila ni.. Cuba tanya staf office apa kes sebenarnya yang berkaitan dengan Villa Nabila.. Mereka pun kurang pasti, tak dengar pula kebenaran tentang kehilangan remaja tu.. Tapi mereka tahu la yan Villa Nabila ni dikatakan salah satu tempat yang dikatakan berhantu.. 

Dah ramai kot blogger yang update tentang perkara ni.. Dan apa yang Eraz baca kes ini telah dinafikan oleh pihak polis.. Tapi macamana perkara ni boleh jadi? Betul ke 23 remaja berkenaan hilang? Mana diaorang pergi? Blogger Uzu ada buat entri pasal Kisah Sebenar Remaja Hilang Di Villa Nabila.. Jom sama-sama kita baca.. 

Read more ...

Dah tunaikan janji ..


Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan entri Eraz bertajuk 'Siapa yang sudi beri link blog' pada 07 November 2013 yang lepas? Seramai 37 blogger telah menyenaraikan link blog masing-masing dan alhamdulillah juga Eraz telah menyempurnakan janji untuk blogwalking ke blog berkenaan membaca entri-entri terbaru mereka..

Dalam pada Eraz komen di entri mereka (samada mereka sedar atau tidak), di komen mereka pada entri INI juga Eraz ada ceritakan apa yang Eraz jumpa hasil jalan-jalan ke blog mereka.. Jemput baca di entri INI.. 

Berikut adalah senarai blogger yang sudi tinggalkan link masing-masing..
  1. http://www.kisahsidairy.com/
  2. http://thisni3zahata.blogspot.com/
  3. http://rusukiri.blogspot.com/
  4. http://norminieza.blogspot.com/
  5. http://www.marqiscareno.blogspot.com
  6. http://itisstories.blogspot.com/
  7. http://alamslegacy.blogspot.com/
  8. http://blogashalya.blogspot.com/
  9. http://www.aimisyahirah.com/
  10. http://ynarazali.blogspot.com/ 
  11. http://citershark.blogspot.com/
  12. http://mselim3.blogspot.com/
  13. http://ayuzan.blogspot.com/
  14. http://makwepakwekintan.blogspot.com/ 
  15. http://acikidah.blogspot.com/
  16. http://juliajamaludin.blogspot.com/
  17. http://husnazahidi.blogspot.com/
  18. http://askep-net.blogspot.com/
  19. http://arolpunyeblog.blogspot.com/
  20. http://dumbtwit.blogspot.com/
  21. http://fana66.blogspot.com/
  22. http://www.misterzarif.my
  23. http://nukilanummiabi.blogspot.com/
  24. http://cikfafasweet98.blogspot.com/ 
  25. http://nuradilla12.blogspot.com/ 
  26. http://www.ainamansor.com/
  27. http://www.mialiana.com/
  28. http://memetlenggeng.blogspot.com/
  29. http://nurzulaiha.blogspot.com/
  30. http://nikakihijau.blogspot.com/
  31. http://cikgufaizcute.blogspot.com/
  32. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  33. http://coretanhatikathy.blogspot.com/
  34. http://budakbertudung.blogspot.com/
  35. http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/
  36. http://izzahohcliche.blogspot.com/
  37. http://tunggujap.blogspot.com/
Terima kasih diucapkan kepada semua..

Read more ...

Segmen Macam Hensem Je Macam Kacak Jer



Segmen Macam Hensem Je Macam Kacak Jer | Assalamualaikum w.b.t.. Di petang-petang ahad ni, sambil hujan turun renyai-renyai plus Zara Faleesya pun tengah tidur ni, boleh la join satu segmen dari Mak Dara ni.. Asal tajuk segmen ni ialah Segmen Macam Cantik Je Macam Comel Je.. Tapi disebabkan ada blogger lelaki yang boleh join, MD tukar ke Segmen Macam Hensem Je Macam Kacak Jer.. 

Jadi di atas tu gambar yang Eraz pilih.. Kira fokus pada mata je.. Haha.. Macamana MD dengan gambar yang Eraz pilih tu? Menetapi kriteria ke? Hehe.. Siapa yang berminat untuk join sama, boleh klik banner di atas untuk untuk maklumat lanjut..

#Sentiasa support MD..

Read more ...