Friday 4 October 2013

Selepas beberapa hari ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ibu bapa mana yang tak risau jika anak yang baru umur 2 bulan lebih tak buang air 3, 4 hari kan.. Mulanya kami tunggu je memandangkan Zara tak meragam dan dia cool je.. Takde la menangis selalu.. Memang relax.. Tapi bila dah masuk 3, 4 hari, Zara masih relax.. Tapi kami pulak yang tak boleh relax.. Haha.. Ya la kot-kot apa jadi kan.. 

Apa lagi, bawa la Zara ke klinik sekali lagi.. Doktor check satu persatu terutama bahagian perut dan bawah, semuanya ok.. Kembung pun tak.. Cuma mungkin Zara nak mulakan buang hasil buangan yang lebih keras.. So ubatnya untuk kali ni, masukkan ubat ikut bawah dan hasilnya tak sampai 2 minit kot, terus keluar! Alhamdulillah.. Akhirnya.. 

Lega.. Beginilah jadi ibu bapa kali pertama kan.. So kena lah banyak belajar.. Lagi-lagi kami duduk bertiga je ni.. Kalau duduk dengan mak ayah, lain la pulak kan.. Kira berdikarilah! 

Kes tak buang air besar masa baby ni bahaya juga.. Mana la tahu kot-kot ada berkaitan dengan usus kan.. Tapi alhamdulillah, semua OK..

#Cerita Zara lagi

7 comments:

  1. kalau begini mungkin dari susu ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot.. tapi setakat ni susu badan sepenuhnya..

      Delete
  2. memang doktor buat macam tu kalau baby tak boleh berak...

    ReplyDelete
  3. singgah sini..jemputlh datang blog ye.:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.