Thursday, 31 October 2013

Selamat Tinggal ..


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi dengan entri Selamat Tinggal Chat Box.. Malam ni entri Selamat Tinggal lagi? Hehe.. Kebetulan.. Hari ni hari terakhir untuk Oktober 2013.. Esok dah masuk 01 November 2013.. Bulan baru di tahun 2013.. Tinggal 2 bulan lagi nak masuk ke tahun 2014.. Fuh! Serius Eraz rasa memang cepat masa berlalu.. Bermula di awal tahun 2013, masa tu Zara masih dalm perut mamanya yang berusia hampir 8 minggu kot.. Tapi sekarang dah selamat dilahirkan dan berumur 3 bulan..

Alhamdulillah sebab banyak hal yang berlaku dalam tahun ni selain Zara dilahirkan, Eraz juga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat MBA.. Selain dari kegembiraan, ada juga yang kesedihan dan cabaran yang menimpa.. Insyaallah, dengan positifkan diri, semua akan yang negatif dan bertukar sebaliknya.. Mohon dari Allah supaya yang tidak baik itu berubah menjadi sesuatu yang gembira.. Hidup mesti diteruskan.. 

#Azam korang tahun ni dah tercapai ke?

10 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.