Friday, 4 October 2013

Petua Naikkan Berat Badan

Petua Naikkan Berat Badan

Petua Naikkan Berat Badan | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak kongsi beberapa petua yang Eraz jumpa bagi sesiapa yang nak naikkan berat badan.. Antara perkara yang kita boleh buat untuk berusaha menambah berat badan adalah seperti berikut :
  1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protien dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.
  2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.
  3. Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.
  4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi. Minum satu gelas susu pada setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.
  5. Bersenam secara teratur. Lakukan senaman senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan.
  6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.
  7. Amalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.

Eraz memang ada try sesetengah petua tu.. Dan memang menjadi.. So mana-mana lelaki atau wanita nak cuba naikkan berat badan, boleh la try.. Eraz ni jenis susah nak naik berat badan.. So kena usaha lebih sikit untuk tak nampak terlalu kurus.. Kadang-kadang bila dah naik, bila kurang makan, atau demam, terus turun dengan cepat.. 

SUMBER

19 comments:

  1. nampk cam sonang jer..
    tp susah jugak nk jaga nie..
    takut kang obesiti pulak jadinyer.
    ehhe

    ReplyDelete
  2. Xnk la sya naik berat badan...tkut lak jdi gemuk..^__^..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, biar selesa walaupun berapa berat badannya..

      Delete
  3. ada tak petua turunkan berat badan? hehe

    ReplyDelete
  4. 3 main meals tu mmg x pernah skip..cuma snek tu je kurang sikit..kadang2 kt ofis bila dh sibuk buat keje..mulut ni pun diam je..xde la dia nak mengunyah ke apa ke..btw,nice tips..nak cuba!

    ReplyDelete
  5. Hahahha.. Serius.. aku mkn banyak... Tapi x naik gak badan aku ni ha.. Serius. mmb wa pon jeles.. Huhu

    ReplyDelete
  6. petua kuruskan berat badan lak....hihi

    ReplyDelete
  7. Huhu mmg saya suka petua ni. sebab badan senang turun susah naik. haish.. thanks eraz!=)

    ReplyDelete
  8. dulu suka round 4 atau 5 kali pdang bola tiap hari
    memang menjadi..hehe

    ReplyDelete
  9. ade pun petua nak naikkan berat badan :3

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.