Thursday, 26 September 2013

Terasa nak lepak kopitiam !


Assalamualaikum w.b.t.. Bila kat office ni sibuk giler, banyak benda kena fikir, muncul la rasa macam nak lepak kat mana-mana kopitiam best.. Borak-borak release tension.. Kalau bujang-bujang dulu, ya la.. Lepas kerja, selalu juga singgah mana-mana kopitiam.. Lepak dengan staf-staf lain.. Bincang pasal masalah negara.. Hehe..

Tapi sekarang mana boleh amal dah.. Masing-masing dah ada family.. Ada anak.. So masa mesti la kena spend bersama family.. Berharga tu.. Dah lam pergi kerja pagi-pagi lagi, balik pulak petang dah.. Kena la guna masa sebaik mungkin kan.. Kalau nak lepak pun, masa pergi kursus.. Masa tu boleh la jumpa kawan-kawan.. Kalau sekarang, hari bekerja, memang dah penat r sikit nak keluar.. Umur dah tua dan ada komitmen kat rumah kot..

Published with Blogger-droid v2.0.10

8 comments:

  1. bukan tua eraz tapi matang... he he he...

    ReplyDelete
  2. tapi sesekali nak hilangkan stress minum di kopitiam apa ler salahnya tapi bawak sekali wife dan isteri....hehe

    ReplyDelete
  3. aku bakal jd cam ni la nanti bile dah ade jodoh, hehehe...

    ReplyDelete
  4. masa muda2 dulu boleh la.... ni dah ada zara, mahunya dia merajuk karang...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.