Wednesday, 25 September 2013

Kisah Menantu Terlampau


Kisah Menantu Terlampau | Assalamualaikum w.b.t.. Kisah menantu terlampau ni sebenarnya untuk pengajaran.. Kisahnya bermula selepas Mamat dan Minah selesai melangsungkan perkahwinan mereka dan bangun solat subuh untuk kali pertama selepas bergelar suami isteri..

Mamat dan Minah telah melangsungkan perkahwinannya

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, Pak Haji Dollah, bapa mertua Mamat, bapa Minah, mengejutkan semua orang di dalam rumah untuk solat subuh.. Semua orang yang ada pun bangun dan juga Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh..

Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya.. Dia dok asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam..

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya.. Selepas selesai solatnya dan memberi salam.. Alhamdulillah, kira selesai la kan solat..

Akan tetapi..

Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?".. Lantas Mamat pun jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat ker? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.."

MasyaAllah.. Mengucap panjang Pak Haji.. Kantoi sudah Mamat pada awal-awal perkahwinan dia..

Pesanan : Kan dah kantoi.. Lain kali kalau nak berumahtangga, persiapkan la dengan asas / tiang agama tu dulu.. Perkara basic tu.. Peace no war..

19 comments:

  1. haha...ada lagi tak menantu macam nie ?

    ReplyDelete
  2. hehehe..kantoi!
    mcm mana nak bimbing isteri dan anak2 kalau basic thing mcm tu pun xtahu

    ReplyDelete
  3. adeh..macam mana ni..ish..kene siapkan dengan agama bukan nafsu sahaja..hehe

    ReplyDelete
  4. okeylah... peringatan buat semua bakal-bakal menantu :)

    ReplyDelete
  5. you made my day laaa......ha3......so funny....

    ReplyDelete
  6. adeh...
    harap2 x terjadi pada diriku..
    heheh.

    ReplyDelete
  7. aduiii..... kalutnya... apa kes 3 rakaat pula... nampak sangat..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.