Sunday, 15 September 2013

Kereta rosak !


Assalamualaikum w.b.t.. Tak di sangka-sangka petang semalam semasa nak balik kerja, kereta tak dapat dihidupkan! Alarm pun berbunyi.. Masa-masa tu la kereta nak buat hal.. Terpaksalah tinggalkan dulu kereta di pejabat.. Nasib baik baik ada staf yang tak balik kerja lagi.. Dapat lah dia menolong hantarkan Eraz balik rumah..

Alhamdulillah, dah call seorang pomen yang biasa baiki kereta keluarga Eraz tadi.. Dia boleh luangkan masa pagi-pagi esok untuk tengokkan kereta tu.. Harap-harapnya tak de la kerosakan major.. Boleh baiki terus sebab esok plannya nak bawa Zara dan mama Zara balik Machang lepas habis berpantang.. Nak tidur kat sana..

Dalam pada berlakunya kerosakan kereta tu, ada hikmahnya.. Memang duit akan melayang.. Nasib baik la kereta tak rosak masa Eraz ke kuala krai semalam.. Ataupun rosak masa Eraz ada kat Kem PLKN semalam.. Lagi nahas kan.. Dah la jauh ke dalam.. Nasib baik juga la kereta tu tak rosak semasa di tengah jalan raya.. Atau di traffic light.. Positifnya, ada bersyukurnya juga..

#Harap-harap tak alami major kerosakan..

11 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.