Wednesday, 25 September 2013

Aku dan Ambulans


Assalamualaikum w.b.t.. Bila ternampak ambulans, memang terus teringat pada kisah yang berlaku pada tahun 1995 yang dulu.. Lama dah tu.. Bukan apa, pada tahun itu la Eraz pertama kali naik ambulans dari Machang ke Kota Bharu.. Masa tu Ma Eraz yang temankan dalam ambulans.. 

Eraz di kejarkan ke hospital Kota Bharu sebab kena jalankan pembedahan segera untuk buang apendiks.. Entah macamana boleh tiba-tiba ke penyakit apendiks dan serius.. Hari sebelumnya tu, sempat lagi ke sekolah dan bernasyid untuk program sekolah.. Balik sekolah tu yang tak tahan sampaikan Ma Abah bawak pergi ke hospital di Machang..

Alhamdulilah semuanya selamat selepas pembedahan dan terpaksalah tidak mengaktifkan diri untuk sukan selama sesekian waktu.. Itulah kisahku dengan ambulans..

Penyakit apendiks sebenarnya sangat bahaya jika tidak dikesan awal.. Bayangkan jika apendiks tu pecah dalam perut sebelum sempat melakukan pembedahan.. Jadi jika sesiapa ada simptoms ke arah penyakit apendiks, teruslah ke hospital untuk pemeriksaan.. 

Wassalam..

14 comments:

  1. owh..
    ada kisah seram jugak bro eraz yerp.
    seriau plak baca.
    nk kene chek jugak ni jawabnyer.

    ReplyDelete
  2. 1995 ? masa tu ieka baru lahir ke dunia hehe dah 18 tahun tu

    ReplyDelete
  3. oooo bahaya juga ya.... nasib eraz sempat masa tu... syukur...

    ReplyDelete
  4. yuppp..penyakit apendiks nie mmg bahaya...abang saudara pernah buat pembedahan sebab penyakit ini juga...

    ReplyDelete
  5. memang bahaya penyakit apendiks nie, anak buah ada operate apendiks....selamat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. better check kalau ade simptom..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.