Tuesday, 10 September 2013

Akhirnya kami bertemu !

Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat dengan entri Selesai Perjumpaan Blogger yang Eraz buat pada 04 September 2013 lepas? Baru hari ni Eraz berpeluang buat entri penuh tentang itu.. Pasti ada dikalangan korang dah tahu dengan siapa Eraz berjumpa dan lepak hari itu kerana mereka berdua telah membuat entri masing-masing..


Mereka adalah Kak Mialiana (Mentor Eraz sejak 05 Februari 2013 yang lepas) dan Farah iaitu protege kedua Kak Mialiana selepas Eraz.. Perjumpaan yang dirancang tak lama akhirnya menjadi.. Bukan senang nak jumpa ni sebab Eraz dari Kelantan, Kak Mia dari Johor manakala Farah dari KL.. Tapi berkat keizinan Allah, kami akhirnya bertemu..


Kami bertiga telah berjumpa di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada malam itu.. Eraz kebetulan ke KL kerana kursus.. Begitu juga dengan Kak Mia.. Boleh dikatakan perjumpaan tu sekejap je sebab kami hanya sempat berjumpa pada jam 8.30 malam sehingga hampir 10.15 malam.. Yang penting, kami dapat berjupa untuk lebih kenal supaya lebih senang untuk berinteraksi kelak.. Banyak yang dibincangkan pada malam tu.. Juga Kak Mia sempat selitkan sesi tutorial sambil menurunkan ilmu blogger pada kami.. Insyaallah kami akan praktikkan.. 

Terima kasih sekali lagi kepada Kak Mia sebab sudi membantu kami dalam dunia blogger ini.. Jom terjah entri khas mereka tentang perjumpaan istimewa kami kali ini..



25 comments:

  1. Replies
    1. Syok sebab first time jumpa dan macam dah lama kenal je.. Hehe..

      Delete
  2. wahhhh.. terbaik... thanks ya eraz..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eraz....mmg best la...:)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan.. :)

      Delete
  5. uollssss.....memang the best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa, boleh buat gathering ramai-ramai..

      Delete
  6. wah best nyee.. jeeles ni.. hehee :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Aritu tak sempat nak jumpa Adie.. insyaalla next kursus.. ok?

      Delete
  8. seronok tgk. teringin juga nak belajar blogging daripada Kak Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tahu lepas ni Kak Mia mencari protege ke 3.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.