Saturday, 24 August 2013

Macam tak nampak matahari..

Assalamualaikum w.b.t.. Seminggu dua ni memang sangat sangat sangat busy dengan kerja.. Boleh katakan tak nampak matahari.. Mana tak nya, pergi pagi sebelum matahari naik, keluar office pula lepas matahari terbenam.. Tak sangka juga musim kali ni menjadi sangat sibuk.. Cuti pun sama.. Setakat hari ni, dah 8 hari berturut-turut kerja tanpa cuti.. Rasanya akan berlarutan sampai cuti Merdeka, baru boleh cuti..

Sabar je la demi mencari rezeki untuk anak isteri dan keluarga.. Kadang-kadang kurang bermakna hidup hari tu sebab pergi kerja, Zara tidur.. Balik kerja, Zara tidur.. Nasib baik anak papa bangun tengah malam.. Boleh juga tengok mata dan bermain..

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 comments:

  1. Sabar.
    Ada berkat untk org rajin nnti..

    ReplyDelete
  2. kerja elok2! inshaallah rezeki:)

    ReplyDelete
  3. yg penting tanggungjawap terhadap anak isteri x terabai ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab itu tak kan terabai.. Insyaallah..

      Delete
  4. Itulah pengorbanan eraz..kita dah biasa macam ni..pergi lepas subuh waktu matahari belum keluar..bila balik dah gelap, yang nampak hanya bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz ni dlu, pernah la macam ni.. Sejak kahwin ni jarang-jarang dah macam ni,..

      Delete
  5. pergi keje awal pagi balik pun dah malam.....dulu-dulu akak pun pernah keje begini masa kat KL dulu.....bz memanjang......

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.