Monday, 12 August 2013

Fenomena Hujan Meteor 12 Ogos 2013

Fenomena Hujan Meteor di Malaysia 12 Ogos 2013 | Assalamualaikum w.b.t.. Satu lagi fenomena akan melanda Malaysia malam ini iaitu Fenomena Hujan Meteor.. Serius tak sabar nak tengok gambar dan video Fenomena Hujan Meteor ni.. Eraz sebagai peminat astronomi memang menunggu fenomena-fenomena camni tapi malangnya tidak berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri..

Sedikit info tentang Fenomena Hujan Meteor di Malaysia.. Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin sehingga subuh pada Selasa boleh dilihat di Malaysia.. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.. Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.. Bagi pancuran meteor Perseid pula, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer.. Menurut Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam Isnin..

#Menunggu hasil gambar dan video Fenomena Hujan Meteor

#Disebabkan minat, hampir-hampir memohon Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Astronomi di USM untuk lepasan Matrikulasi tapi abang tak setuju..

Published with Blogger-droid v2.0.10

8 comments:

  1. Di Bukit Tumbuh,Kuala Terengganu

    Fenomena hujan meteor tidak nampak seperti gambar di atas,cuma nampak langit berkelip-kelip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ramai yang akan share hasil tangkapan masing-masing hari ni..

      Delete
  2. erm . sapa tak dapat tengok :(

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. itu la.. kebetulan cuaca baru lepas hujan..

      Delete
  4. tetapi malam tu panas macam nak hujan.....tengah malam dah hujan....tak dapat tengok.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.