Monday, 1 July 2013

Perkembangan Hamil 34 Minggu

Perkembangan Hamil 34 Minggu | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Semalam, genap isteri Eraz hamil 34 minggu bersamaan 8 bulan 2 Minggu.. Selesa berada di Trimester ke - 3.. Jika ditakdirkan bayi pertama kami lahir dalam masa 40 minggu, tinggal hanya 42 hari sahaja lagi.. Ada juga kemungkinan yang kami akan menimang cahaya mata ni terlebih awal.. Itu mengikut pemerhatian bidan dan doktor..

Semalam kami ke salah sebuah klinik pakar di Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut.. Alhamdulillah, doktor yang membuat pemeriksaan itu mengesahkan semuanya sihat dan berkembang dengan baik.. Doktor juga memaklumkan jika isteri Eraz bersalin sekarang, kemungkinan baby berkenaan tidak mempunyai masalah sangat kerana anggaran berat pun dah melebihi 2.00 KG iaitu dalam lingkungan 2.10 KG - 2.30 KG..  Lega mendengar laporan berkenaan.. Sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik..

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 34 minggu adalah seperti di bawah : 

Perkembangan Hamil 34 Minggu

Kredit Perkembangan Hamil 34 Minggu : Baby Center

#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..


18 comments:

  1. terima kasih eraz atas doa itu... *_^ semoga segalanya dilancarkan dan dipermudahkan oleh Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Farah... Semoga semua yang dirancang itu berjaya.. Amin..

      Delete
  2. assalamualaikum eraz....semoga selamat dan dipermudahkan hingga bersalin nanti...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.. Insyaallah di harapkan semua akan OK..

      Delete
  3. All the best both of you! :)

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya dipermudahkan...Aminnnnn...

    ReplyDelete
  5. Amin. Tak sabar nak tunggu Eraz Fadli's Jr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filzah, Eraz lagi la tak sabar ni.. Hehe...

      Delete
  6. semoga dipermudahkan segala urusan . Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Terima kasih di atas doa tu..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.