Friday, 19 July 2013

Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran | Assalamualaikum w.b.t.. Bersempena 26 Julai 2013 pada Jumaat depan iaitu 17 Ramadhan tahun ini yang mana merupakan Hari Nuzul Al-Quran, jadi untuk entri kali ini, Eraz nak kongsi tentang peristiwa Nuzul Al-Quran.. Mungkin semua pembaca sudah tahu akan peristiwa Nuzul Al-Quran ni.. Tapi tak salah untuk bacanya sekali lagi..

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.