Wednesday, 10 July 2013

Giliran Kampung Girl Episod 1 selepas SSID


Kampung Girl Episod 1 | Assalamualaikum w.b.t.. Jumaat lepas SSID telah selamat melabuhkan tirai dengan episod akhir.. Jadi bermula 12 Julai ini, giliran drama Kampung Girl mengambil alih.. Tahap mana auranya tu, kena la tunggu Kampung Girl Episod 1 minggu depan.. Untuk sedikit sinopsis yang Eraz dapat daripada blog Cik Fie, korang boleh baca di bawah : 

Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah sepupu, dan dia memang tidak pernah sukakan gads itu sejak kecil lagi. Hanya kata cacian dan kutukkan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekkan Ashraf telah menerima pinangan dari ibu Ashraf.

Ainnur merahsiakan identitinya yang pernah melanjutkan pengajian ke luar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta padanya sebagai budak kampung yang tidak berpendidikan.

Daripada sinopsis yang dibaca, macam menarik.. Dengan berbekalkan pelakon seperti Akim Ahmad dan Nad Zainal, mungkin boleh menarik ramai penonton remaja.. So! Nantikan Kampung Girl Episod 1 pada 12 Julai 2013 ini..

15 comments:

  1. dah tak blh layan..nak kna layn terawih lak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz dah rekod dengan Astro PVR.. so boleh la test layan selepas tu.. Hehe..Eraz

      Delete
  2. belum tengok taktau nak cakap apa....tunggu je laa

    ReplyDelete
  3. x sempat follow lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sempat.. Tapi bulan puasa, waktu terawih.. hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. Haah bro.. Kebanyakan drama dari novel sekarang ni..

      Delete
  5. bulan nie dah tak der masa nak tonton tv....

    ReplyDelete
  6. saya layan je citer ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz tak sempat nak tengok lagi semalam..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.