Alami Kontraksi di Awal 34 Minggu Hamil | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini Eraz nak berkongsi tentang apa yang Eraz baru lepas baca.. Perkongsian ini mungkin berguna kepada sesetengah orang sekarang dan mungkin berguna kepada korang selepas ini.. Kontraksi dalam kehamilan.. Mesti pernah dengar kan.. Kontraksi secara umumnya dapat dikatakan sebagai tanda bahawa proses bersalin akan bermula..
Tetapi, bagaimana pula jika kontraksi itu bermula bukan di bulan ke - 9 atau selepas kehamilan melebihi minggu 36.. Ok.. Mengikut apa yang Eraz baca di SINI, kontraksi memang terbahagi kepada 4 :
- Kontraksi Awal
- Kontraksi Palsu
- Kontraksi Saat Berhubungan
- Kontraksi Sebenar
Dalam entri ini, Eraz akan lebih nyatakan tentang Kontraksi Palsu kerana berhubung kait dengan tajuk di atas, Alami Kontraksi di Awal 34 Minggu Hamil ?.. Kontraksi Palsu ni adalah jenis kontraksi yang biasanya disebut dengan istilah Braxton-Hicks.. Biasanya
terjadi saat kehamilan memasuki usia 32-34 minggu.. Masanya tidak dapat
ditentukan tetapi biasanya terjadi setiap 30 minit sekali dengan lama
kontraksi sekitar 30 saat.. Jika
kontraksi ini tidak terlalu lama, kemudian jaraknya semakin singkat dan tidak bertambah kuat, maka proses bersalin itu tidak akan terjadi pada masa itu.. Tetapi jika kontraksi semakin kuat dan jaraknya semakin
pendek maka ianya boleh menjadi petunjuk bahawa proses bersalin boleh berlaku..
Oleh sebab itu, jika korang mengalami simptom berkenaan, cepat-cepat la jumpa doktor dan doktor mungkin boleh berbuat sesuatu samada untuk menahan dulu proses bersalin atau meneruskan dengan proses bersalin.. Doktor akan buat dulu pemeriksaan sebelum membuat keputusan samada meneruskan proses bersalin atau memberi ubat untuk kawal.. Isteri korang atau korang sendiri mungkin akan ditahan di wad selama beberapa hari untuk pemantauan..
Apa yang penting di sini, segeralah berjumpa doktor jika apa-apa yang berlaku pada kita yang tidak biasa berlaku.. Tambah-tambah jika kehamilan berkenaan, kehamilan pertama..
Semoga semuanya OK! Insyaallah..
good info..
ReplyDeleteberkongsi apa yang Eraz baca..
Deletekehamilan pertama biasanya kontraksi tu lambat......ikut pengalaman akak dulu...orang lain may be tak sama....
ReplyDeletehaah.. mungkin berbeza mengikut orang..
Deletemudah-mudahan alami kontraksi bila cukup bln..:)
ReplyDeleteamin.. harap-harap macam tu la..
Deletesaya dah pun melalui fasa palsu itu. now tunggu time nak bersalin je, ikutkan lagi 13 hari to my EDD. saya doakan wife eraz dipermudahkan ye. take care!
ReplyDeleteooo ya ke.. masa tu kandungan berapa minggu?
Deleteassalamualaikum eraz...yer betul tu...:)
ReplyDeleteWaalaikummussalam Mama.. Kena sentiasa bersedia..
Deletepanduan berguna nie........
ReplyDeleteuntuk perkongsian bersama.. ;D
Deletegood sharing :)
ReplyDeleteuntuk perkongsian bersama.. ;D
Delete