Wednesday, 5 June 2013

Perkembangan Hamil 30 Minggu

Perkembangan Hamil 30 Minggu
Perkembangan Hamil 30 Minggu

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Pada hari Ahad lepas, genap isteri Eraz hamil 30 minggu bersamaan 7 bulan 2 Minggu.. Alhamdulillah sudah masuk ke Trimester ke - 3.. Jika ditakdirkan bayi pertama kami lahir dalam masa 40 minggu, tinggal hanya 10 minggu je lagi.. Memang tak sabar menunggu saat tu.. Mungkin juga 8 minggu lagi sebab doktor dan orang-orang tua ada menjangkakan kemungkinan isteri Eraz akan bersalin awal.. 

Tujuan entri ini dibuat adalah untuk berkongsi dengan bakal ibu atau ibu yang sedang hamil sekarang tentang apa yang sedang terjadi di dalam kandungan masing-masing.. Dalam masa yang sama, untuk pengetahuan Eraz sendiri dalam membuat persedian menjadi bapa dan menyambut anak pertama kami..

Semalam adalah temujanji isteri Eraz untuk pemeriksaan lanjut tentang kehamilan pertama ni di HUSM.. Alhamdulillah, doktor yang membuat pemeriksaan itu mengesahkan semuanya sihat dan berkembang dengan baik.. Lega mendengar laporan berkenaan.. Siap ukur perut lagi semalam.. Sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik..

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 30 minggu adalah seperti di bawah : 

Perkembangan Hamil 30 Minggu

Kredit Perkembangan Hamil 30 Minggu : Baby Center

#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..


9 comments:

  1. rindu perasaan mcm eraz skrg ni... excited nak dpt baby... huhuhu... dulu kalau boleh dgn sape jer sembang mesti nak sembang pasal nak dpt baby tp tak smue org bleh terime kite sembang mcm ni coz sensitif utk org yg berusaha tp blum ada rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. akan dapat rezeki tu.. ada hikmah yang berlaku atas semua yang berlaku..

      Delete
  2. semoga ibu dan bayi sihat dan selamat hendaknya. good luck to ur wife! saya hanya tinggal lebih kurang 6 minggu saja lagi sebelum melahirkan anak ke-3 :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga dipermudahkan semuanya...saya lagi 5-6 minggu je lagi nie..

    ReplyDelete
  4. teruja bagi ibu-ibu yang mengandung dan rasai pengalaman sebagai seorang ibu.......

    ReplyDelete
  5. semoga isteri abang eraz melahirkan anak dengan selamat :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.