Tuesday, 18 June 2013

4 Selebriti Bersaing ke Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya nyata pasukan biru diketuai oleh Syura dan ahlinya Kenchana Devi telah kecundang di tangan pasukan merah yang diketuai oleh Celina dan ahlinya Rozita Che Wan.. Lagi bernasib baik, walaupun telah kalah di cabaran luar, Syura dan Kenchana tidak perlu ke pusingan penyingkiran kerana hari ini tiada penyingkiran.. Mereka berempat akan bersaing sesama sendiri dalam 3 pusingan sebelum seorang tersingkir dan 3 akan ke separuh akhir Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2..

Dalam ketiga-tiga pusingan berkenaan, mereka berempat akan diberikan markah 1 hingga 4 untuk setiap pusingan yang mana selebriti yang mengumpulkan markah terendah akan tersingkir sebelum ke pusingan separuh akhir.. Hari ini berlangsung pusingan pertama yang mana mereka perlu menduplikasikan masakan dan resepi Dato' Fazley.. Akhirnya setelah penilaian dibuat, Che Ta telah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 3 dan diikuti oleh Celina, 2 markah.. Syura telah mendapat 1.5 markah manakala Kenchana Devi hanya mendapat 1 markah..

#Tunggu pusingan ke-2 pula..

7 comments:

  1. dah lama tinggalkan masterchef tu..ape pun tak sabar nak tunggu sape pemenang masterchef selebriti ke2

    ReplyDelete
  2. dah rasa tak sabar nak tengok final...rasanya macam Che Ta yang juara....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.