Thursday, 9 May 2013

Perkembangan Hamil 26 Minggu

Perkembangan Hamil 26 Minggu

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Ahad lepas genap isteri Eraz hamil 26 minggu bersamaan 6 bulan 2 Minggu.. Tujuan entri ini dibuat adalah untuk berkongsi dengan bakal ibu atau ibu yang sedang hamil sekarang tentang apa yang sedang terjadi di dalam kandungan masing-masing.. Dalam masa yang sama, untuk pengetahuan Eraz sendiri dalam membuat persedian menjadi bapa dan menyambut anak pertama kami..

Selasa lepas, 07 Mei 2013 adalah temujanji isteri Eraz untuk pemeriksaan lanjut tentang kehamilan pertama ni.. Alhamdulillah, doktor yang membuat pemeriksaan itu mengesahkan semuanya sihat dan berkembang dengan baik.. Lega mendengar laporan berkenaan.. Sentiasa berdoa agar perjalanan hamil isteri Eraz akan berjalan dengan baik sekali, perkembangan juga baik sehinggalah bayi berkenaan lahir dengan sihat, sempurna dan baik.. Sekarang ni, bayi berkenaan nampak memberi respon ke arah ke lebih bagus jika perut diusap atau bunyi-bunyian..

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 26 minggu adalah seperti di bawah : 

Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter.. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram.. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini.. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk.. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. .

Kredit Perkembangan Hamil 26 Minggu : Baby Center

#Doakan agar semua wanita hamil di seluruh dunia (termasuk isteri Eraz) akan berjaya mengharungi tempoh hamil dengan sempurna sehingga kelahiran.. Juga semoga semua pasangan suami isteri yang sedang berusaha  untuk mendapatkan zuriat, dipermurahkan rezeki.. Insyaallah..

19 comments:

  1. wah, msti excited gila, kan?
    tahniah2!
    moga baby brkembang dgn sihat.

    ReplyDelete
  2. tahniah... dah boleh tahu jantina dh tu.. moga dipelihara hendaknya ibu dan baby... :)

    ReplyDelete
  3. moga terus dipermudahkan yer

    ReplyDelete
  4. amin.. moga2 sume slamat bro..

    # ejas invite bile wat majlis cukur, mane tau bleh datang, hehe

    ReplyDelete
  5. moga dipermudahkan segala urusan ye :)

    ReplyDelete
  6. saya ada pengalaman tu dulu masa Mayeesa dalam perut ibunya lagi. memang mendebarkan dan memang rasa excited sangat. sekarang dah ada depan mata dan dan berumur 4 bulan, masih lagi excited. hehehe. nak cium Mayeesa hari-hari.

    Jemput ke blog saya ye?

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  7. banyakkan membaca surah Maryam, Al-Imran, Surah Yusof....banyak manfaatnya...

    ReplyDelete
  8. amin....semoga semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum eraz...semoga dipermudahkan semuanya yer...;)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..... semoga baby sihat dalam kandungan ya...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.