Monday, 13 May 2013

Jangan putus asa .. Usaha ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ini sebenarnya entri sebelum tidur, dapat ketenangan dan mengharapkan lena diulit mimpi yang indah.. Insyaallah.. Cuba je nak pejamkan mata, jeng jeng jeng.. Terus terfikir itu ini.. Perkara yang belum berlaku lagi pun, dah fikir.. Itu belum perkara yang telah dirancang tetapi belum terlaksana.. Sama juga masalah dan perkara yang tidak gembira sedang berlaku kan..

Fikir punya fikir, itulah kehidupan.. Jika tidak, aman sentosa la dunia ni kalau tanpa masalah.. Eraz sendiri pun, bila settle kan satu-satu perkara / masalah tu, perkara / masalah lain sampai.. Settle yang itu, yang lain pula sampai.. Tiada kesudahan kan.. So! Think positif, jangan putus asa sebab macam-macamana pun, kena hadapi juga.. Bak kata orang, usaha tangga kejayaan.. Tak berjaya cara tu, guna cara ni.. Tak jadi cara ni, guna cara tu.. Kan..

Sebab banyak benda dalam kepala secara tiba-tiba, terus taip ayat di bawah (gambar) guna tab... Hanya untuk peringatan dan kata-kata semangat untuk diri sendiri dan maybe untuk orang lain juga.. Peace no war..

#Sedang readykan diri untuk menjadi bapa.. Sebelum ni risau nak masuk u.. Alih2 dah grad, dah dapat skrol.. Lepas tu risau nak kerja, alih2 dan hampir 7 tahun kerja.. Boleh je redah.. Risau tanggungjawab sebagai anak, alhamdulillah semua berjalan lancar.. Insyaallah akan berterusan dan diperbaiki baiki baiki sebaik mungkin.. (tanggungjawab seorang anak sangat besar, tiada penghujung, sama-sama kita berusaha untuk beri yang terbaik!).. Lepas tu risau nak pikul beberapa tanggungjawab selepas berkahwin, alhamdulillah bahtera perkahwinan ni berjaya diharungi dan tanggungjawab dapat dilaksanakan.. Akan berusaha untuk kekalkan dan berusaha untuk beri yang lebih baik.. Then, bakal menjadi bapa kepada bayi yang akan lahir untuk di corakkan.. Insyaallah, akan diusahakan yang terbaik..

#Pendek kata, apa yang kita fikirkan, apa yang kite risau untuk alami, akan tetap diharungi.. Jika kena caranya, insyaallah semua akan OK.. Betul tak?

#Entri semalam, dipublishkan pagi ini..


14 comments:

  1. semangat betul bila baca kata2 motivasi eraz ni....
    tq...

    ReplyDelete
  2. seharusnya kita mengarungi suatu kehidupan yang penuh ranjau dan semangat yang ada dalam diri kita dapat menjalani kehidupan yang belum tahu penghujungnya......

    ReplyDelete
  3. Betul. nak ke tak nak kita kena lalui dengan bersemangat dan lakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. ya betul,never give up...kena hadapi semuanya....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.