Thursday, 11 April 2013

Migrain : Tanda-Tanda, Cara Mengelak dan Cara Ubat

Tanda-Tanda, Cara Mengelak dan Cara Ubat Migrain

Assalamualaikum w.b.t.. Migrain? Tiba keluar topik migrain ( Tanda-Tanda, Cara Mengelak dan Cara Ubat Migrain ).. Sebenarnya Eraz ada bercakap tentang migrain dengan seorang kawan blogger ni.. Jadi dapat idea untuk bagi info tentang Tanda-Tanda, Cara Mengelak dan Cara Ubat Migrain.. 

Eraz sendiri sebenarnya ada migrain.. Tapi teruk sangat la.. Masih boleh dikawal.. Ubat ada, tapi selagi boleh dikawal secara semulajadi, Eraz akan elak telan ubat.. So, dibawah ni Eraz ada senaraikan Tanda-Tanda, Cara Mengelak dan Cara Ubat Migrain untuk bacaan bersama.. 

Tanda-Tanda Migrain
  • Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata..
  • Kesakitan teramat sangat dan berdenyut-denyut..
  • Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap..
  • Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk..
  • Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara..
  • Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam..
  • Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan..

Cara Mengelak Migrain
  • Elak dari memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju..
  • Elak dari makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)..
  • Elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok..
  • Elak minuman yang mengandungi kafein berlebihan..
  • Elak stress dan tekanan..
  • Elak jadual tidur yang tak tetap..
  • Elak menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama..

Cara Ubat / Rawat / Mengubati Migrain
  • Mengikut info yang Eraz dapat, tips ubati migrain sama dengan cara merawat sakit kepala.. Nak tahu caranya? Boleh klik SINI.. Antaranya mengikat serban, merawat dengan inai dan merawat dengan berbekam..
  • Makan ubat..
  • Jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat, hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan..

Kredit dan SUMBER kepada Arnamee

17 comments:

  1. Ninaa ade migrain tapi lepas berbekam , alhamdulillah kurang sikit

    ReplyDelete
  2. saya memang selalu sakit kepala kategori migrain...ada ubat selalu buat spare jer kalau dah tak tahan sangat...untuk hilangkan migrain saya kena tidur lelapkan mata dan tidak boleh bunyi bising dan tidak boleh diganggu....stress pun boleh sebabkan migrain...
    info yang patut dipatuhi bagi mengatasi migrain.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman yang bagus untuk dikongsikan.. ;D

      Delete
  3. magrain memang menyakitkan...nice info..:)

    ReplyDelete
  4. tq for the sharing =)
    nnt kawan migrain,tahu nk buat apa

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum perkongsian info yg menarik...;)

    ReplyDelete
  6. minggu lepas, asal lepas tengahari je, terus sakit kepala. mungkin panas sangat kot... migrain skit je. sebelah petang cuma rehat dan buat keja2 ringan. sebelah pagi yang buat keja betul2... straight seminggu tu sakit kepala sebelah petang.. risau juga. takde makan apa2 ubat, cuma bertahan je...

    ReplyDelete
  7. kdg2 pening tapi takut nk mkn panadol..ada yang ckp bahaya mkn panadol byk2..

    ReplyDelete
  8. Thank u..
    Insyallah...bio velocity sleep mate bleh mbantu masalah migrain...
    Jom singgah
    http://khainuar.blogspot.com/2013/05/bio-velocity-day-2013.htm

    ReplyDelete
  9. Ada kawan ofis kena migrain sampai rasa nk hantuk kepala kat dinding, kerap sgt dia kena, 1 minggu paling cket 3 kali

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.