Friday, 19 April 2013

Kebersihan Dalam Islam : Khutbah Jumaat

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selesai Solat Jumaat untuk hari ini.. Jika ada yang ingin membaca, Eraz nak share tentang isi Khutbah Solat Jumaat hari ini.. Di tempat Eraz la.. Tempat lain, maybe isu lain.. Topiknya ialah tentang Kebersihan Dalam Islam..

Kebersihan adalah berkait rapat dengan Kesihatan.. Adalah satu nikmat yang sangat besar kepada umat manusia bila sihat.. Selain itu, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman.. Islam sangat menggalakkan umatnya bersihkan diri sebelum beribadat.. Jika tidak, kurang sempurna ibadat itu jika dalam keadaan tidak bersih..

Begitu juga dengan tempat kita beribadat.. Masjid merupakan tempat kita solat, berzikir, membaca Al-Quran.. Jadi selain menjaga kebersihan diri sendiri, adalah tanggungjawab kita semua menjaga kebersihan tempat ibadat juga.. Bayangkan kalau kita sendiri tidak membuat kekotoran, insyaallah, kawasan berkenaan akan bersih.. Bukan hanya di dalam masjid, tetapi juga diluar masjid dan tandas..

Lambang kebersihan selain yang kita nampak untuk diri ialah Kedamaian.. Bayangkan kalau kita nampak dalam rumah dan luar rumah itu bersih je, clear dengan sampah atau benda-benda lain yang menyakitkan mata, secara automatik, kedamaian dapat dilihat disitu.. Damai pada sesuatu tempat sangat terserlah dari segi kebersihan..

Mungkin yang terakhir adalah tentang pengurusan sistem pepejal.. Contohnya sampah sarap.. Ianya perlu diambil berat.. Salah satunya berpunca daripada perubahan cara hidup selain daripada diri itu sendiri.. Jika kita ada kesedaran sivik, boleh kita berfikir bila kita membuang sampah merata-rata terutama ke dalam longkang, longkang itu akan tersumbat.. Bila longkang tersumbat, kemungkinan banjir kilat boleh berlaku.. Bila banjir kilat berlaku, mungkin akan ada penyakit akan tersebar.. Betul tak?

Jadi, jika kita dah terapkan kebersihan di dahulukan, insyaallah semua itu tidak akan berlaku.. Jadi baikilah diri sendiri dahulu.. Jika semua mementingkan kebersihan, insyaallah semua itu boleh dielak.. Insyaallah.. Itulah sedikit sebanyak apa yang Eraz boleh sharekan dengan korang..

#Selalu dipesan supaya berkongsi apa yang ada dalam khutbah jumaat dengan anak isteri..

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 comments:

  1. bagus perkongsian bersama... thx u.

    ReplyDelete
  2. Kebersihan kan memang dituntut dalam Islam...
    Tq

    ReplyDelete
  3. tq share this yer !

    ReplyDelete
  4. semuanya nampak indah jika kita tahu menjaga kebersihan......

    ReplyDelete
  5. pengkongsian yang menarik. sekecil-kecil perkara yg perlu dijaga adalah kebersihan. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  6. nampak je remeh kn tp kebersihan ni mempengaruhi byk dlm kehidupan kita.. thanks eraz tuk perkongsian ilmu dan kehidupan ni

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.