Sunday, 7 April 2013

Cara Menghilangkan Stress


Assalamualaikum w.b.t.. Cara menghilangkan stress atau cara mengatasi stress banyak kali dicari oleh orang diluar sana kerana hidup ini tidak akan meriah jika tidak stress.. Sememangnya, setiap manusia akan menghadapi stress dan akan cuba mencari jalan cara menghilangkan stress.. Ada pelbagai cara menghilangkan stress yang ditulis di blog-blog di Malaysia.. Untuk hari ini, Eraz nak senaraikan 8 cara menghilangkan stress dan rasanya semua orang mungkin boleh praktikkan..

Jom baca cara menghilangkan stress di bawah :
  1. Perbanyaklah berzikir dan berdoa, memohonlah kepada-Nya agar diberikan jalan keluar terbaik dari masalah yang kita hadapi.. Mintalah kepada-Nya dengan segala kerendahan hati kerana Tuhanlah sebaik-baiknya pemberi jalan keluar
  2. Milikilah pandangan positif terhadap diri anda dan berupaya menahan diri dari fikiran negatif sehingga akan membantu untuk berfikir jernih dan objektif dalam mengambil keputusan dan bergaullah dengan orang-orang yang berfikir positif.
  3. Istirahat yang cukup jangan sampai ada kekurangan tidur karena denga tidur yang cukup akan membantu Anda merasa segar dan menjadi produktif terhadap pekerjaan Anda dan tanggung jawab. Ini akan membantu membersihkan fikiran dan objektif  dalam menganalisa sebuah masalah..
  4. Cubalah untuk relaks dengan melakukan hobi anda seperti mendengar musik, menonton filem, membaca, melukis, bergurau senda dengan teman-teman dan apapun yang dapat membantu menenangkan anda dan memberi suasana hati yang kondusif.
  5. Cubalah untuk berkongsi pemikiran dengan orang-orang yang anda percayai yang nuetral dalam melihat permasalahan sehingga anda dapat mendapatkan saranan, nasiihat tanpa dipengaruhi ego dan kepentingan..
  6. Rendah hatilah dan jujurlah pada diri anda sendiri agar anda dapat dengan mudah melihat kesalahan yang telah anda lakukan sehingga dapat mengevaluasi diri untuk mengambil langkah yang lebih baik dari sebelumnya..
  7. Jika anda terpaksa berada dalam keadaan yang dapat membuat anda beremosi dan marah sebaiknya anda diam, mengatur nafas daripada anda berbicara dalam keadaan emosi.. Ingat.. Keadaan emosi akan membuat lidah bergerak lebih cepat dari otak sehingga memungkinkan anda berbicara diluar kawalan dan menambah masalah-masalah baru disekitar anda yang pada akhirnya akan menambah beban stress anda..
  8. Terakhir dan paling mudah, buatlah hidupmu lebih hidup tanpa harus mengganggu kehidupan orang lain apalagi sampai merugikan yang lainnya..
Insyaallaah, usaha itu tangga kejayaan.. Jom kita cuba cara menghilangkan stress di atas.. Jika tidak berjaya, kita cuba cari cara menghilangkan stress yang lain..


18 comments:

  1. Ye betul tu Eraz. byk2 tips menjurus kepada kita perlu perbaiki diri.. Thanks utk ilmu ni

    ReplyDelete
  2. nice sharing...
    mmg tgh stress di ofis ketika ini..huu~~

    ReplyDelete
  3. baca alquran pon solusi tok kurgkn stress
    ^_^

    ReplyDelete
  4. one more! BERBELOGGING! hehehe!! =P

    ReplyDelete
  5. stress pelengkap hidup..:) nice info..berguna ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak stress, mungkin kita tidak berjaya.. ;D

      Delete
  6. salam. TQ untuk tips berguna ini :) Jom praktikkan!

    ReplyDelete
  7. lagi satu nak tambah...jom blogwalking...hilang stress gakkk....dgr citer blogger semua...

    ReplyDelete
  8. wahhhh banyak betul entri2 stres eraz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal kak.. tibe2 rasa byk.. btul2 stress ni.. haha

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.