Tuesday 5 March 2013

Salma (Mentor) Kini Bertudung.. Alhamdulillah..

Siapa yang kenal penyanyi yang berasal dari Sabah ni? Salma yang menang program Mentor TV3.. Dia merupakan protege kepada Erra Fazira.. Alhamdulillah, artis ini telah memilih untuk bertudung sepenuhnya.. Apa kisah disebalik perubahan atau penghijrahan yang penampilan Salma untuk berhijab ataupun bertudung ni?

Apa yang Eraz ada baca di Mingguan Malaysia hari tu, Salma yang sebelum bertudung sering mengalami suhu badan yang naik secara mendadak, sering hilang suara semasa nak buat persembahan dan murung.. Puas berjumpa doktor, tetapi tidak berjaya.. Akhirnya Salma cuba berubat melalui cara Islam.. Alhamdulillah semua ok selepas itu..

Katanya sekarang, dia lebih tenang dan berusaha untuk jadi yang lebih baik dengan mendalami ilmu agama yang disyaratkan serta kewajiban dia sebagai orang Islam contohnya seperti menutup aurat, solat dan membaca Al-Quran..

Orang yang mengubatnya melalui cara Islam itu juga ada menyatakan semua perkara negatif di atas berlaku kerana timbul individu yang kurang senang kemunculan Salma dalam industri ini dan ingin Salma menderita dan malas bekerja.. Astaqfirrullahalazim.. Sampai camtu sekali orang sanggup buat..

Perkara ini memang berlaku dalam masyarakat kita.. Siapa yang pernah, akan tahu peritnya untuk sembuh.. Mustahil mereka ini tidak tahu dosanya.. Besar dosanya kalau seseorang itu sanggup melakukan perkara seperti itu kepada manusia lain..

#Doakan semoga semua ini jauh daripada kita dan keluarga kita..

Published with Blogger-droid v2.0.10

18 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.