Wednesday, 6 March 2013

Nur Fureena a.k.a Misya

Siapa Nur Fureena? Siapa Misya? Nur Fureena merupakan nama sebenar dia.. Misya pula nama watak dalam drama Sehangat Asmara.. Jadi jawapannya, Nur Fureena tu sebenarnya, pelakon yang memegang watak Misya, anak kepada Rita Rudaini dan Adi Putra dalam drama Sehangat Asmara tu.. (Berbelit tak ayat?)

Kenapa Eraz memilih Nur Fureena / Misya jadi entri? Sebenarnya idea ni muncul lepas tengok drama Sehangat Asmara episod 20 pagi tadi.. Part menangis meminta penjelasan dari ibunya tentang bapanya tu betul-betul menjadi.. Pandai juga budak ni berlakon adegan menangis.. Kita yang tengok ni boleh rasa sedih.. Bayangkan sedih seorang anak yang masih bersekolah rendah kerana bapanya tiada di sisi padahal bapanya masih hidup.. Berbeza dari kawan-kawannya yang lain..

Mungkin itulah situasi yang akan berlaku kepada ibu bapa yang bercerai sewaktu anak masih kecil yang belum faham akan situasi sebenar tentang apa yang berlaku kepada ibu bapanya.. Jika tidak diberitahu dengan elok, kanak-kanak berkenaan boleh memberontak..

Minta jauh semua ni berlaku.. Penceraian tidak haram tapi tidak digalakkan dalam islam.. So kepada semua suami isteri atau bakal suami isteri, penuhilah ilmu di dada supaya perkara ini tidak dielakkan..

#Tiba-tiba entri asal tentang pelakon kanak-kanak Nur Fureena yang memegang watak Misya dalam Sehangat Asmara telah bertukar kepada isu penceraian.. Minta jauh semua tu.. Published!

#Hanya pendapat peribadi

Published with Blogger-droid v2.0.10

23 comments:

  1. Betul . Part misya menangis tu memang menjadi . Eyqa tengok pun sedih semalam time part tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian klu jmpe bdk mcm ni di alam realiti..

      Delete
  2. tak dapat tengok citer tu sbb tak langgan mustika HD...huhuhu....minat dengan Rita Rudaini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama lps tamat kt mustika HD, mesti akn ade di astro ria..

      Delete
  3. xtgk juga..tp dah layan novel nie beberapa tahun yg lalu..so sediss...berjujuran juga air mata walaupun hanya baca novel..touching..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eraz tgk biasa je.. tak sedih tgk yg dewasa.. cume sedih tgk budak tu je,. :-)

      Delete
  4. Drama Sehangat Asmara ni adaptasi dari novel ek kalau tak silap saya? Saya ni jarang tengok drama. :3

    ReplyDelete
  5. Tak pernah tengok drama ni :D hee

    ReplyDelete
  6. Eraz sendiri tak tengok drama ni dari awal.. Last-last ni je tengok bersama isteri..

    ReplyDelete
  7. 1 lagi part yg mse die ngn atok nenek mama di kt butik pgntin tu.. cara percakapan die .. cm org dewasa dah .. riak serius die.. mse die tny npe papa die xdok skali kt umah, ngs kot sy mse tu .. gila la bdk ni blakon smpai leh wt org mngs ..syabas !

    ReplyDelete
  8. Adik comel tu kalau berlakon memang mimik muka dia sgt terkesan kat hati. sgt serasi dgn watak misya dlm tu. Terbaik la adik kecik tu =)

    Moga kita terpelihara, dijauhkan dr perkara2 penceraian ni. Amin,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bdk2 skang, mmg dh ramai pandai berlakon.. :-)

      Delete
  9. benar2 berbakat dalam lakonan... bukan senang nak bawa watak yang boleh menangis. kalau kak mia, memang tak kuar airmata tu... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula2 budak ni keluar, teringat pada Sofea anak kak mia..'ade iras... hehe

      Delete
  10. tak pernah tgk lg cerita ni, pernah jumpa kisah sebenar depan mata.. mmg rasa mcm nak menangis..

    ReplyDelete
  11. kechik2 dah pandai berlakon...... ada bakat...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.