Friday, 1 March 2013

Al-Kisah Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)


Kisahnya hari ni adalah tentang Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).. Hari ini, hari pertama pihak kami di pusat pengajian mengagihkan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar.. Perkara atau aktiviti pemberian ini sepatutnya tiada masalah.. Tetapi disebabkan oleh sikap yang tidak perlu telah ditonjolkan, jadi keadaan menjadi tidak teratur.. Tak nak lagi komen pasal sikap, prosedur dan lain-lain..

Pelajar tidak faham bahawa prosedur yang berubah ini adalah akibat daripada salah guna Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang telah diberikan pada tahun lepas.. Orang kata, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.. Jadi terpaksa la pihak atasan membuat peraturan yang baru.. Peraturan macamana tu, tak larat Eraz nak jelaskan kat sini.. Sebagai staf, kesabaran je la yang diperlukan.. Sakit belakang, lenguh tangan dan lain-lain melibatkan badan, orang tak tahu..

Paling penting yang kena tahu, KAMI HANYA MENGIKUT PERATURAN.. Full stop.. Sekian dan Assalamualaikum... (Untuk ketahui kedai buku atau tempat yang boleh menggunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ni, senang je nak tahu, tengok banner atau banting yang ditampalkan di kedai tertentu)

p/s : Dalam masa yang sama berlaku salah faham yang agak besar di sini.. Harap-harapnya semua akan ok.. Hadapi dengan tenang.. Kalau kena menjawab dengan bos, jawab dengan jujur.. Apa nak jadi, jadi la.. Malas nak fikir.. Positif sahaja..

#Jumaat dan esok, Sabtu yang sangat sibuk... Sabar je la..

14 comments:

  1. takpe eraz.... sabar ya. keje elok2. jangan stres2..

    ReplyDelete
  2. untong jadi pelajar zaman sekarang ni...
    banyak kemudahan disediakan...

    ReplyDelete
  3. sabar je la... sally pun tak berkesempatan lg nak g ambik voucher buku sebab kerja :(

    ReplyDelete
  4. betul cakap awak.. be positive.. In Shaa Allah, masalah selesai.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Apelh mslh tu kn... kita yg xmnglami situasi staf dsana mmg xthu.. appn, xsbr nk dpt baucer.. nk bli buku fotografi.. hehe

    ReplyDelete
  6. bersabar ye Eraz..betul tu..disebabkan nila setitik rosak susu sebalanga..sikap mereka2 sebelum memang mengundang masalah kepada semua

    ReplyDelete
  7. kena byk bersabar bro....dugaan tugas camtu lah....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.