Suara SHILA AMZAH Baginya, Bapanya ND Lala dan Kekasihnya, Sharnaaz Ahmad
Akhirnya Shila Amzah muncul dengan satu kenyataan rasmi sepucuk ‘surat’.. Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.. Mesti ada yang faham apa yang bermain di dalam fikiran Shila sekarang kerananya melibatkan keluarganya, ibu dan bapa serta kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad dan keluarga.. Bersumberkan RotiKaya, ini suratnya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.
Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.
Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.
Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.
Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.
Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.
Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.
Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.
Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.
Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.
Entri berkaitan :
(1) ‘Tolong jangan biadab’ - ND Lala
(2) Maklumbalas Sharnaaz Ahmad Terhadap Kenyataan ND Lala
support shila always!! ^^
ReplyDeletemoga2 semuanya baik2 belaka.
ReplyDeletemacam kisah cinta terhalang aje..moga ada jodoh antara mereka..
ReplyDeleteredha ibubapa penting dalam perhubungan.
ReplyDeletetersepit antara dua...
ReplyDeleteBagus dia ni......
ReplyDeleteTakkan amik keputusan yang tak diredhai.....
Semoga siapa sahaja jodohnya kelak, adalah insan yang terbaik...
shila dah jelaskan.... cuma tak elok dipanjangkan........biar masing2 bersemuka....
ReplyDelete