'Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar' - ND Lala
Sekali lagi E'raz menulis entri berkenaan Shila Amzah.. Tujuannya kali ini ialah ingin memaparkan kata-kata seorang bapa yang bernama ND Lala tentang kes yang sedang menimpa keluarganya.. Tentang Surat Dari Hati Shila Amzah, ND Lala berkata, “Memang Shila yang tulis.. Saya melihat dia menulis dari lubuk hati yang dalam.. Dia berusaha untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapanya... perasaan orang lain.."
Selain itu, ND Lala mengulas lagi tentang kes ini dengan memberi kenyataan “Adakah kita hanya bersyukur dan berterima kasih apabila ALLAH memberi kita nikmat sahaja? Dan kita marah, kecewa apabila kita didatangi dengan dugaan dan cubaan.."
"Jangan takut menempuh cabaran dan dugaan. Kita tempuh saja. Kita usaha, hak ALLAH menentukan.. Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi... apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji... yang penting kita redha atau tidak.."
“Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar.. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat.."
Positifnya keluarga besar ND Lala bakal ke Tanah Suci bulan depan bagi mengerjakan umrah..
“Jika panjang umur, dimurahkan rezeki kami merancang, Insya-ALLAH dengan izin ALLAH... saya akan membawa semua anggota keluarga saya untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac ini,” kata ND Lala
SUMBER
Extra : Jika diamati kata-kata dari seorang bapa, dia dan keluarganya yang lain sentiasa support Shila dan sememangnya inginkan yang terbaik buat seorang anak.. Kepada Shila, buatlah keputusan terbaik supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..
VIDEO Shila Amzah sebagai pesanan untuk semua terutama keluarganya
doakan terbaik buat shila.
ReplyDeletekasihan dgn apa yg menimpa shila.......
ReplyDeleteshe can do it..allah xkn memberi seuatu masalh dgn melebihi kemapuan Nnya
ReplyDeletesemoga keluarga ND lala temui sinar bahagia
ReplyDeleteIngat Allah , Allah mesti membantu umatnya :D
ReplyDeletedie psti mmpu hadapinyer
ReplyDelete