Saturday, 2 February 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6 - Atu Zero & Azri AF9 Tersingkir


Nampaknya Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 6 malam ini sangat menarik.. Aksi semakin minggu, semakin menarik.. Aaron Aziz sebagai pengacara juga nampaknya semakin OK.. Dan paling nampak pada minggu ini ialah perangai peserta.. Mungkin ada yang perasan bahawa terdapat sesuatu yang tak kena dengan perangai salah seorang peserta.. Tambah-tambah semasa segmen permainan kedua yang melibatkan air.. Satu kenyataan yang terkeluar daripada mulutnya, menyinggung perasaan peserta lain.. Lupakan..

Segmen pertama nampaknya dimenangi oleh Alam Wakaka dan Arja.. Tetapi hadiah imuniti berkenaan telah diberikan kepada Hefni dan Hafizul On Air.. Tambahan pula, geng On Air berkenaan sedikit cedera semasa cuba menyelesaikan permainan pertama.. Elfira dan Ajak serta Hairul dan Dazrin juga bertuah mendapat imuniti dan memilih untuk menggunakannya..

Bagi segmen kedua, nampaknya peserta yang mendapat masa terpantas ialah Atu Zero dan Azri.. Tetapi malang bagi mereka kerana Azri menyudahkan permainan dengan membuat satu kesilapan.. Oleh sebab itu, mereka tersingkir untuk minggu ini dan pemenang untuk minggu ini dapat kepada Alam Wakaka dan Arja..

6 comments:

  1. yup,,tengok tadi,,tak patut betul dia cakap macam tu...isy2

    ReplyDelete
  2. Kesian Atu..dia quite competitive...

    ReplyDelete
  3. laa.. atu dan azri tersingkir ker.. xtengok mlm ini.. sapa yg cakap sampai menyinggung prasaan tu?

    by: djdanchef

    ReplyDelete
  4. Memang tak patut si orang itu cakap macam tu. Nak provoke pun profesional la sikit. anyway, sepatutnya si dia dan rakan dia yang tersingkir tapi disebabkan Atu dan Azri tersilap sikit masa pusingan kedua tersebut, makanya dorang terpaksa disingkirkan.

    From,

    Nasz

    www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  5. tak sempat nak tgk semalam...bwk parent pi mkn2...kita tunggu ulangan nanti...tak sangka atu ngan azri terkeluar.....

    ReplyDelete
  6. tiap2 minggu si jimbit tu provoke semua org..tiap2 minggu jugak kami berdosa sebab menyumpah dia..hahaha...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.