Edisi Tersentuh : Kisah Pesakit Minta Kucing Temankan di Hospital !
Entri ini dikreditkan kepada bro Ben Ashaari yang sharekan entri bertajuk, "Aku nangis , dah !".. Kenapa E'raz tertarik nak buat juga entri ni? Sebelum itu, untuk keterangan gambar di atas, baca di bawah :
“ nenek ini meminta pihak rumah sakit membenarkan kucingnya menemaninya di rumah sakit. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menemani tuannya sampai tuannya meninggal dunia... sayangnye si comel pada tuannye.. :') “
E'raz tertarik dengan entri berkenaan kerana kucing E'raz sendiri ada perangai camtu.. Sebelum kahwin dulu, memang E'raz jaga dia.. Bunyi kereta balik dari kerja pun dia kenal.. Then sekarang, bila dah kahwin, tinggal berasingan dengan ma abah, kucing terpaksa dijaga oleh ma abah.. Alasan nya sama dengan bro
Ben Ashaari kita, isteri E'raz pun sama tak boleh dengan kucing..
Walaupun dah lama kucing tinggal dengan ma abah bila masa E'raz balik kampung seminggu sekali atau lebih, dia masih lagi boleh cam bunyi kereta.. Mesti akan terus ke kereta bila E'raz sampai tak kira dia berada di dalam rumah atau kawasan lain.. Kadang-kadang nampak sangat dia ingin bermanja sebab bila sampai umah mak ayah, berbunyi meow meow.. Ingat kan lapar, bagi makan then lepas tu berbunyi lagi.. Rupa-rupanya dia nak duduk atas riba atau tidur di atas lengan.. Dan kadang-kadang, memang perangai kucing yang suka lagakan hidung dia dengan muka kita atau lebih tepat, hidung kita..
Kalau balik umah mak ayah, selain terus jumpa mak ayah, kucing la yang dicari kalau dia tak muncul.. Harap-harap di panjangkan umur dan jangan tamat riwayatnya dengan accident atau apa-apa yang mengejut..
The End..