Thursday, 20 December 2012

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

E'raz terjumpa artikel ini di Facebook salah sorang kawan E'raz iaitu Ustazah Siti Hafizah Norajat.. E'raz dah baca semua.. Artikel sangat sesuai dibaca oleh kaum wanita atau bakal ibu dan juga kaum lelaki atau bakal bapa ni.. Untuk pengetahuan.. So! Jom ambil masa seminit untuk baca artikel di bawah..


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar

2- Kaum wanita akan merindui saat 9 bulan kehamilan walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


18 comments:

  1. betul betul betul! hehehe (^_^)

    ReplyDelete
  2. owhh, bru tau..hehe, ^_^
    thnks for sharing~

    jom join first contest hanna
    http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. sedihnya baca ni. thanks Eraz ya :)

    ReplyDelete
  4. haha..tu la lumrah seorang bapa n ibu...semua tu kita kena sedia, jgn sesekali mengeluh....ape2, gud luck..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lumrah yang semua orang akan lalui.. insyaallah..

      Delete
  5. Everything change ! Hehe, yang paling ketara ialah pemikiran lebih matang , :B

    ReplyDelete
  6. bila la remy nak dapat baby........
    tuhan tolonglah........

    ReplyDelete
  7. Betul sangat walaupun saya masih tak berkeluarga lagi

    ReplyDelete
  8. soon or later akan berubah jua..But since dah ada anak sdiri baru taw susah&senangnya. Baru tetiba terfikir betapa kuatnya makbapak kita dulu kan !!... but all those info betul actually!! so kena make sure diri sdiri ready.. matang for me orang x ada anak pun actually matang jua. based on pembawakan diri sdiri.. hehehe btw PEace no War!!......

    ReplyDelete
  9. wahhhh;)
    mungkin kan:))
    tak sabar nak merasa jadi ibu pada anak anak.hihi

    ReplyDelete
  10. betl sangat..walaupown saya terpisah dengan baby saya..setiap saat saya ingat dia,saya sentiasa doakan anak saya jadi anak yg soleh dan dah besar harap dia akan cari saya semula..seperti mana saya xputus asa mencari baby saya...

    ReplyDelete
  11. betul sgt ..walaupun saya terpisah dgn baby saya semasa dia umur 4 hari..saya dpt rse semua tu..dan saya sentiasa berharap baby saya jdi anak soleh dan akn jumpa saya,mcm mner saya xpernah putus asa mencari dia..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.