Monday, 26 November 2012

Persembahan Shila Amzah di Separuh Akhir Muzik-Muzik 27

Persembahan Shila Amzah di Separuh Akhir Muzik-Muzik 27




Petikan daripada mStar Online

Shila Amzah menganggap berjayanya beliau ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-27 sebagai penyambung legasi bapanya, ND Lala yang pernah beraksi di pentas itu pada era 90an. Shila berkata, peluang beraksi secara solo buat julung kalinya melalui lagu keramat Patah Seribu dapat meneruskan perjuangan bapanya pada pertandingan itu suatu ketika dulu.

“Saya bersyukur sekali apabila lagu Patah Seribu mara ke AJL27. Ia bukan tuah tetapi rezeki daripada Allah atas bakat yang dipinjamkan kepada saya. Peluang beraksi secara solo buat pertama kali di AJL adalah kesinambungan kepada legasi bapa yang pernah bertanding pada AJL 1995 dan 1996 ketika saya masih kecil dulu,” SHILA AMZAH

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.