Thursday 1 November 2012

Gaji Kakitangan Awam Naik 5 Peratus Tahun 2013

Gaji Kakitangan Awam Naik 5 % Tahun 2013


Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.. Terutama kakitangan kerajaan la kan.. E'raz terima tempias je la dari pengumuman ni.. Mungkin ini bukan berita baru lagi.. Dah ramai blogger yang buat entri tentang kenaikkan gaji ni.. Antaranya Ben Ashaari, Zamani84, DisiniBermula.. Penjawat kerajaan atau kakitangan awam dijangka naik gaji setinggi 5% pada tahun 2013..

Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.. Kajian berkenaan akan meneliti dan mengkaji segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu-isu penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum..

Tahniah semua yang terlibat kira-kira 1.4 juta kakitangan.. Pekerja swasta, walaupun mungkin tak dapat apa-apa lagi, at least gaji bulanan tetap diterima kan.. Alhamdulillah.. Yang tidak bekerja tu, errrmmmmm.. Kena fikir panjang lagi la..

5 comments:

  1. semoga Allah kabulkanlah permintaan ni:)

    ReplyDelete
  2. bersyukur dgn apa yg ada...
    kalau gaji naik pun, takkan pernah cukup..haha..=p

    ReplyDelete
  3. dengar kat berita td hanya yg sudah maksimum gaji atau bar sahaja yg dapat bukan semua pun..

    ReplyDelete
  4. Belum jadi kakitangan awam. Hukhuk

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.